Isnin, 6 Mei 2019

Antara Minyak Untuk Pembuatan Sabun


Minyak Kelapa


Ini adalah minyak yang mudah dikenali oleh kita. Putih atau kuning warnanya dan apabila tercampur dengan warna lain-lain bahan kimia penukaran berlaku cepat. Kandungan glycerin dalam minyak ini adalah 12 peratus. Oleh sebab itu sabun yang dibuat menggunakan minyak ini putih dan berbuih banyak.

Minyak kelapa menjadi beku di musim sejuk atau di tempat-tempat tinggi seperti di Cameron Highlands.

 

Minyak Lenga


Minyak ini dalam bahasa Inggeris ialah Sesame Oil. Ini juga satu minyak yang sering digunakan oleh suri rumah dalam masakan.


Biji lenga adalah dua jenis, iaitu Lenga putih dan Lenga hitam. Keluaran minyak dari biji putih adalah jernih manakala minyak yang didapati dari biji hitam berwarna kelabu.

Orang-orang Eropah menggunakan sedikit daripada minyak ini untuk membuat sabun. Sabun minyak lenga yang diperolehi dari biji lenga putih sungguh sesuai untuk membuat sabun. Sabun ini adalah lembut serta mengeluarkan buih yang lembut.

Minyak Kacang Tanah (Groundnut Oil)

Minyak ini dibuat dari kacang tanah. Ini juga suatu minyak yang sering digunakan. Sabun yang dibuat dari minyak ini keras macam lilin dan buihnya kurang. Oleh itu minyak ini dicampurkan dengan minyak yang lain untuk membuat sabun.

Minyak Kelapa Sawit


Minyak kelapa sawit atau palm oil adalah keluaran dari buah kelapa sawit. Pokok kelapa sawit banyak didapati di Afrika, Burma, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan juga di negara kita Malaysia.



Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *