Dalam proses membuat sabun secara besar-besaran, jentera yang menggunakan elektrik dan pengunaan bahan-bahan kimia. Proses pembuatan sabun berskala besar ini melibatkan perbelanjaan yang besar.
Tetapi dalam hal ini, anda akan
mula belajar membuat sabun cara-cara perbelanjaan banyak bukanlah sesuai.
Ikutilah proses-proses membersihkan sebarang minyak.
Campur sebanyak 10 peratus
air dengan minyak dan juga menambahkan garam kepada campuran tersebut sehingga
ia berasa pahit. Kemudian, panaskan larutan itu. Masa proses pemanasan ,
kotor-kotor semakin tebal akan berkeladak di dasar periuk manakala butir-butir
semakin ringan akan timbul ke atas permukaan minyak tersebut. Bersihkan
butir-butir ringan itu dengan menggunakan sudu dan tapiskan baki minyak itu,
dengan tidak mengacau kotoran yang tebal berkeladak di bawah. Ini adalah satu
cara yang paling senang untuk membersihkan minyak.
Suatu lagi cara yang paling
senang adalah seperti di bawah:-
Cara ini boleh digunakan jika
sekiranya minyak tersebut adalah sangat kotor. Ambil 10 peratus air yang sama
kadarnya dengan minyak yang akan dibersihkan. Seperti cara yang dahulu
campurkan garam dengan air ini dan juga campurkan Natrium Karbonat sejumlah
satu peratus kadarnya dengan minyak tersebut. Kemudian campurkan minyak itu dan
panaskan di atas api. Natrium Hidroksid boleh juga digunakan jika Natrium
Karbonat tidak ada.
Apabila larutan itu telah
panas, bersihkan butiran kekotoran yang timbul di atas dan tapiskan minyak
daripada kekotoran yang menebal di bahagian bawah. Untuk memastikan ketulenan
minyak tersebut campur peratus air garam dari kadar minyak dan panaskan
sehingga bergelombang. Ulangi cara pembersihan minyak tadi dengan membuang
kekotoran yang timbul dan tapis sekali lagi. Dengan cara ini, minyak yang akan
digunakan adalah bersih.
Minyak yang dibeli adakalanya
tidak begitu bersih, masukkan ke dalam bekas yang lebih besar atau baldi dan
biarkan kekotoran dalam minyak tersebut mendak. Untuk menggunakan minyak
tersebut dengan segera, kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan menjemur
minyak tersebut di bawah sinaran cahaya matahari. Cara ini sering dilakukan
oleh suri rumah.
Bagi penduduk di India
Selatan, minyak dibersihkan dengan cara mencampurkan tanah liat sebanyak 5% ke
dalam minyak yang kotor. Minyak tersebut dipanaskan selama satu jam. Ketika
proses ini dijalankan, tanah liat tersebut akan menyerap kekotoran yang
terdapat dalam minyak itu. Kemudian biarkan minyak tersebut menyejuk dan
memendapkan kekotoran selama 24 jam. Asingkan minyak yang jernih di bahagian
atas tanpa mengacaunya.
Ada beberapa cara boleh
digunakan dan pastikan kos kaedah yang digunakan dapat mengoptimakan pendapatan
anda.
Selepas kerja-kerja
pembersihan minyak dilakukan, anda boleh mula untuk menggunakan minyak tersebut
untuk proses pembuatan sabun.