Selasa, 21 Mei 2019

CARA MENCAMPURKAN WANGIAN KE DALAM SABUN



Terdapat dua proses pembuatan sabun iaitu cara sejuk dan cara panas. Dalam proses pembuatan cara sejuk. Bahan wangian dicampur setelah Bubur Sabun yang terhasil akan dimasukkan ke dalam acuan, wangian dicampurkan dan dikacaukan dan sekali dan Bubur Sabun itu dituang ke dalam acuan.

Bahan wangian hendaklah dicampurkan setelah pembetukan Bubur Sabun. Wangian tidak boleh dicampurkan ketika minyak sedang bertindak dengan bahan kimia untuk menghasilkan Bubur Sabun kerana bahan kimia akan melenyapkan wangian yang dimasukkan.


Dalam proses pembuatan sabun secara panas. Apabila Bubur Sabun terbentuk, padam api dan biarkan Bubur Sabun sejuk sedikit kemudian bahan wangian dicampur dan dikacau untuk sekali dan Bubur Sabun itu dituang ke dalam acuan.

Jika wangian yang dimasukkan itu di kacau lebih dari sekali, Bubur Sabun akan rosak dan menjadikan minyak dan air bercerai. Oleh itu, kacau sekali dan terus tuang Bubur Sabun ke dalam acuan.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *