Dalam proses pembuatan sabun,
Lye adalah merupakan larutan yang disediakan dan paling penting. Tanpa Lye Bubur
Sabun tidak akan terbentuk. Bubur Sabun terjadi sebaik sahaja Lye dicampur
dengan minyak atau lemak dipanaskan. Meskipun hampir keseluruhan pembuatan
sabun memerlukan Lye tetapi terdapat juga jenis sabun yang tidak memerlukan
kepada penyediaan Lye.
Kini banyak bahan-bahan yang disediakan secara sintetik. Ianya merupakan bahan bermutu dan adakalanya bahan sintetik lebih baik dari bahan yang asli bagi sesetengah keperluan kandungannya. Bahan-bahan ini dihasilkan melalui penyediaan bahan kimia. Lye juga dapat dibuat dan diberikan nama yang tertentu. Pembuat sabun yang berskala besar dengan penggunaan jentera menggunakan bahan kimia dalam proses penyediaan sabun