Isnin, 13 Mei 2019

Kostik Potash


Kimia ini dinamakan Potassium dalam kajian sains. Ianya mempunyai bahan pedas lebih banyak dari Kostik Soda. Ia juga mempunyai kuasa menarik air lebih kuat dari Kostik Soda. Oleh itu kimia ini juga digunakan dengan perhatian teliti seperti Kostik Soda.


Kostik Potash sesuai untuk pembuatan sabun cara sejuk. Kostik Potash ini akan bercantum dengan minyak dan menjadi Bubur Sabun dengan cepat. Hasilnya ketulan sabun yang agak lembut. Sabun yang baik adalah tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Pengeluar sabun biasanya menggunakan Kostik Soda dalam jumlah yang lebih banyak berbanding Kostik Potash kerana harga Kostik Soda lebih murah jika dibandingkan dengan Kostik Potash.

Sabun yang dibuat menggunakan Kostik Soda lebih keras. Tahap kepedasan Kostik Potash pula adalah lebih berbanding Kostik Soda.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *