Khamis, 23 Mei 2019

MINYAK WANGI



Minyak wangi akan menghilangkan bau minyak dan NaOH yang tidak menyenangkan. Dan memberikan kesegaran wangian pada sabun yang digunakan.

Bahan-bahan wangi yang digunakan adalah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan iaitu bunga-bungaan dan kulit pokok. Terdapat juga minyak wangi buatan iaitu dihasilkan di dalam makmal. Harga minyak wangi adalah bergantung kepada sumber dan kaedah pembuatan. Harga minyak wangi yang digunakan adalah menjadi asas kepada harga sabun yang berkualiti tinggi.


Bahan pewangi yang dihasilkan dari tumbuhan boleh diperolehi secara runcit, sabun yang dihasilkan adalah harum baunya. Wangian yang mahal biasanya digunakan untuk membuat sabun mandi manakala wangian yang murah digunakan untuk membuat sabun mencuci.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *