Minyak Linseed (Linseed oil)
Minyak Linseed ini berwarna
kuning dan tebal kandungannya. Minyak ini diperolehi dari biji Lin iaitu buah
pokok Flex.
Minyak ini juga digunakan
oleh pencetak-pencetak dakwat pencetakan. Minyak ini boleh dicampur dengan
minyak-minyak lain samarata dan sabun yang diperbuat daripadanya adalah lembut
dan berbuih. Oleh kerana minyak ini agak mahal sedikit, orang-orang Eropah
menggunakan minyak ini untuk membuat sabun yang bermutu tinggi dan mahal
harganya.
Minyak
Zaitun
Minyak zaitun diperolehi dari
biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini
berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.
Meskipun warnanya berbeza,
minyak zaitun ini adalah bermutu tinggi jika dibandingkan dengan minyak
tumbuhan yang lain. Tetapi dalam proses pembuatan sabun, minyak kelapa adalah
lebih baik. Sabun-sabun yang diperbuat menggunakan minyak zaitun akan
menghasilkan sabun yang berwarna putih bersih.
Minyak zaitun mempunyai
keupayaan untuk menarik molekul air yang lebih berbanding dengan minyak lain.
Oleh itu, sabun yang dihasilkan akan mempunyai saiz bentuknya yang lebih besar.
Minyak zaitun ini boleh
dicampur dengan pelbagai jenis minyak yang lain untuk membuat sabun. Nisbah
campuran minyak ini ialah 2 : 1 dengan minyak kelapa untuk membuat sabun.
Minyak ini membeku pada hari yang sejuk.
Minyak
Jarak
Minyak Jarak atau Castor Oil
adalah agak likat berbanding dengan minyak yang lain. Minyak ini diperolehi
dari biji jarak dan digunakan dalam pembuatan ubat dan minyak rambut.
Dalam proses pembuatan sabun,
minyak ini digunakan di antara 10 hingga 20 peratus bersama minyak tumbuhan
yang lain. Sabun yang dibuat menggunakan minyak jarak tidak memegang dan
menghilangkan kekotoran. Tetapi sabun yang dihasilkan menggunakan minyak ini kelihatan
sangat cantik dan boleh memancarkan cahaya berbanding sabun-sabun yang
menggunakan minyak yang lain.
Minyak
Margosa
Minyak Margosa adalah minyak
pahit sejenis konstituen yang amat sesuai dalam perbuatan sabun. Sabun yang
dibuat dengan menggunakan minyak ini
adalah keras dan bergelembung-gelembung.
Minyak tersebut berbau dan boleh juga menyembuhkan penyakit-penyakit kulit.
Untuk mengelakkan baunya, ia boleh di
campur dengan minyak kelapa. Minyak ini akan melonggar sendiri selepas ia di
panaskan. Selepas itu ini boleh dicampurkan dengan minyak-minyak tumbuhan yang
lain.
Minyak
Biji Sawi
Minyak biji sawi adalah
berwarna kuning. Minyak ini terpaksa dicampur dengan minyak kelapa dalam
hintungan kadar yang sesuai bagi membuat sabun. Minyak biji sawi sendirinya
tidak boleh digunakan untuk membuat sabun.
Sabun yang dibuat dengan
mencampur minyak ini adalah berwarna kuning. Ianya berjegang dengan sesuai nya
dan juga membersih dengan baik.
Minyak
Kayu Jati (Teak Wood Oil)
Ramai daripada pernah
mendengar nama pokok jati tetapi tidak pernah menyangka ada minyak kayu jati
ini. Minyak ini diperolehi dari kulit pokok jati, minyak kayu jati ini boleh
didapati dalam bentuk yang tulin atau pun yang tidak tulin. Minyak ini
kebanyakannya digunakan untuk membuat minyak-minyak wangi.
Sabun yang dibuat dengan
menggunakan minyak ini didapati menyegang dan membersih dengan sesuai nya.
Selain daripada ini sabun tersebut boleh dipakai selama dari dua tahun dengan tidak apa jua kesan buruk. Oleh kerana yang demikian minyak
kayu jati banyaknya digunakan dalam sabun untuk mencukur dan juga sabun mencuci
kain.