Isnin, 2 April 2018

Membuat Sabun - Hobi Yang Bermanfaat



Musim kahwin bermula sebaik cuti persekolahan bermula. Lazimnya begitulah pemilihan tarikh dibuat. Sepertinya anda terfikir bagi mengadakan kelainan untuk memberikan cenderahati untuk tetamu yang hadir. Unik dan berbeda tetapi praktikal. Apa kata saya cadangkan anda menghasilkan sabun sendiri? Mungkin ramai menganggap ini kerja seni yang rumit, memerlukan modal besar dan peralatan khas. Tanggapan tersebut adalah silap sama sekali.

Sekarang anda boleh membuat sabun untuk kegunaan seisi keluarga dengan mudah sebenarnya. Kaedah membuat sabun sememangnya mudah dan praktikal, atas pilihan anda. 

Membuat sabun seperti dibuat oleh kebanyakkan orang baru untuk bermula adalah mudah dan menyeronokkan. Bahan-bahan yang diperlukan juga boleh didapati dengan harga yang anda mampu. Setelah mempelajari kaedah dan teknik yang ditunjukkan, anda mampu menghasilkan sabun dengan bentuk, warna dan wangian pilihan anda sendiri. 

Selain untuk diguna sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hobi yang boleh menjana pendapatan. Jadi, jangan berlengah lagi untuk memulakan sesuatu yang menarik, bermanfaat dan menyeronokkan ini.





Sabtu, 24 Februari 2018

Anda Ingin Belajar Membuat Sabun?

Cara Buat Sabun. Baca info dalam blog ini.

Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.

Isnin, 12 Februari 2018

Membina Kejayaan Produk Jenama Anda



Apa yang ada pada jenama? Kenapa jenama sangat penting dalam perniagaan sehingga sesetengah syarikat di negara maju sanggup melabur sampai jutaan ringgit untuk memperkembangkan jenama produk mereka?

Penjenamaan (branding) di dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya.

Jenama adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal.

Tidak kiralah sebesar mana pun atau sekecil mana pun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai. Jenama bukan setakat menaikkan nilai sesuatu barangan, malah jenama juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku di pasaran.

Rabu, 7 Februari 2018

Kejayaan Jenama Produk Anda



Ambillah peluang yang datang ini.

Contohnya begini: Anda sekarang berada di negara anda, anda berkunjung ke pasaraya dan anda sekarang melihat banyak produk sabun berada di pasaran. Banyak produk sabun jenama luar negara yang memenuhi rak sedia untuk dibeli oleh anda.

Untuk anda yang positif, anda nampak ini adalah satu peluang yang tak boleh diabaikan. Anda boleh dan mempunyai peluang besar untuk menjual produk sabun anda dan akan tentunya menjadi seorang yang membanggakan negara bila mana produk anda pula yang akan berada di rak-rak pasaraya di luar negara pula.

Luangkan masa anda hari ini untuk melihat rak-rak pasaraya di tempat anda. Bukan hanya di pasaraya-pasaraya malah kedai runcit 7E di kawasan perumahan anda juga penuh dengan produk luar negara. Apalagi BERTINDAKLAH pada HARI INI JUGA.

Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan akan nampaklah peluang yang ada, kerana peluang ini mahu menjadi milik anda sebenarnya.

 

Khamis, 25 Januari 2018

Minyak Berkualiti


Minyak Zaiton

Minyak zaitun diperolehi dari biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.

Meskipun warnanya berbeda, minyak zaitun ini adalah bermutu tinggi jika dibandingkan dengan minyak tumbuhan yang lain. Tetapi dalam proses pembuatan sabun, minyak kelapa adalah lebih baik. Sabun-sabun yang diperbuat menggunakan minyak zaitun akan menghasilkan sabun yang berwarna putih bersih.

Minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menarik molekul air yang lebih berbanding dengan minyak lain. Oleh itu, sabun yang dihasilkan akan mempunyai saiz bentuknya yang lebih besar.

Minyak zaitun ini boleh dicampur dengan pelbagai jenis minyak yang lain untuk membuat sabun. Nisbah campuran minyak ini ialah 2 : 1 dengan minyak kelapa untuk membuat sabun. Minyak ini membeku pada hari yang sejuk.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *