Khamis, 25 November 2021

SABUN SEPINTAS LALU


SABUN SEPINTAS LALU

Sabun adalah surfaktan; gabungan natrium atau kalium dengan asid lemak daripada minyak tumbuhan atau haiwan yang berbentuk ketul, lembut, cair atau serbuk, berbuih yang digunakan sebagai pencuci bagi tujuan pembersihan, dengan tambahan wangian, dan bahan lainnya yang tidak membahayakan kesihatan. Kandungan utama penyusun sabun adalah asid lemak dan alkali. Asid lemak merupakan monokarboksilat berantai panjang dengan panjang rantai yang berbeda-beda, tetapi bukan siklik atau bercabang. Pada umumnya, monokarboksilat yang ditemui  adalah tidak bercabang dan memiliki jumlah atom yang genap.

#carabuatsabun

Khamis, 15 April 2021

PERLU GUNA BAHAN KIMIA?

 

PERLU GUNA BAHAN KIMIA?

Pada mulanya bahan kimia itu perlu dimasukkan, akhirnya bahan kimia itu lenyap apabila ianya bertindakbalas dengan bahan-bahan lemak seterusnya menghasilkan sabun.

Terdapat banyak kesalahfahaman mengenai pembuatan sabun. Saya sering ditanya apakah itu lye? Saya beritahu ianya adalah bahan kimia yang telah dilarutkan bersama air.

"Adakah saya mesti menggunakan bahan kimia?"

"Adakah berbahaya bahan kimia itu? dan" adakah pembuatan sabun dapat menjimatkan wang saya? "" Bolehkah saya benar-benar membuat sabun dan menjualnya untuk keuntungan? Inilah dan banyak lagi soalan yang sampai ke email saya, yang membuatkan saya tahu sejauh mana salah tanggap yang ada terhadap proses pembuatan sabun.

Pembuatan sabun, mempunyai dua proses; iaitu proses sejuk dan proses panas. Pembuatan sabun ialah saponifikasi. Teknik yang menggunakan kaedah mencairkan dan mencampurkan dan memasukkan semula ke dalam acuan, sebenarnya sama sekali tidak membuat sabun, sebaliknya melibatkan pencairan sabun yang telah dibuat sebelumnya kembali ke bentuk cair, kemudian menambahkan wangian dan warna, mungkin beberapa ramuan,  atau herba dan kemudian membiarkannya kembali.

Sabtu, 28 November 2020

EBOOK CARA MEMBUAT SABUN

Ebook Cara Membuat Sabun ini berharga RM50.00 sahaja, ambil peluang keemasan ini.

Ebook >>> Dengan kepelbagaian formula untuk anda buat secara kecil-kecilan atau untuk menjadikannya satu industri.

KRIM MANDIAN, CECAIR PEKAT SABUN PENCUCI PAKAIAN, PENCUCI PINGGAN, MANGKUK, PES PENCUCI PINGGAN MANGKUK, SABUN BUKU, SABUN TRANSPARENT,  SABUN UNTUK RAMUAN HERBA,SABUN BUKU BIASA,  PENCUCI PEMBASMI KUMAN, SOFTENER- PELEMBUT KAIN, SABUN BASUH DEBU, CAIR, PEKAT, PEMBERSIH TANGAN DAN FORMULA YANG DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA SERTA PELUANG MEMASARKAN HASILAN PRODUK.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat bagi menempah Ebook Cara Membuat Sabun ini. Tidak perlu membuat sebarang bayaran lagi, anda hanya perlu mengisi borang dibawah dan maklumbalas segera akan dihantar kepada anda secara email atau WhatsApp.

Sebarang pertanyaan khusus boleh di email kepada saya: trilionwan@gmail.com



Mulakan hari ini juga kerana pelanggan sedang menunggu untuk membeli produk anda di pasaran.

PERTANYAAN ANDA

sila isi maklumat anda dalam borang di bawah:-

Jumaat, 13 November 2020

MANFAAT LEMAK AYAM

MANFAAT LEMAK AYAM

Bagi anda yang gemar makan dan sering membeli ayam segar. Penjual yang memotong ayam akan membuang lemak dalam perut, lebihan kulit semasa memotong ayam mengikut saiz yang dikehendaki pelanggan. Sisa tersebut biasanya akan diambil oleh  penternak ikan untuk dijadikan makanan ikan. Manakala jika anda membeli ayam segar seekor tanpa dikerat kerana anda ingin memotong mengikut cara masakan anda, sebahagian besar lemak dan lebihan kulit ayam itu akan dibuang begitu ke dalam tong sampah sahaja tanpa dimanfaatkan.

Justeru, saya ingin menyarankan kepada anda, sebaik-baiknya mintalah penjual memotong ayam mengikut saiz yang anda kehendaki, dengan cara ini sedikit sebanyak secara tidak langsung anda turut menyumbang memakmurkan usaha ternakan ikan yang dijalankan oleh masyarakat kita.

Walau bagaimanapun, masih ada jalan untuk anda memanfaatkan lemak ayam itu iaitu dengan menghasilkan pelbagai produk daripada lemak ayam, antaranya menggunakan lemak ayam sebagai campuran dalam membuat sabun untuk kegunaan sendiri.

Rabu, 11 November 2020

ANDA TENTUKAN MINYAK ATAU LEMAK YANG DIGUNAKAN

 ANDA TENTUKAN MINYAK ATAU LEMAK YANG DIGUNAKAN

Proses sejuk adalah kaedah pembuatan sabun yang tidak menggunakan sumber haba luaran. Proses pembuatan sabun dengan kaedah ini adalah paling mudah. Minyak atau lemak bertindakbalas dengan alkali iaitu proses safonikasi untuk menghasilkan sabun. Proses ini sering digunakan oleh penggemar dan pemilik industri kecil sabun.

Membuat sabun cair dan tuangkan adalah cara mudah dan kreatif untuk membuat sabun anda sendiri. Bagi anda yang pernah membuat produk sabun dengan kaedah cairkan sabun kemudian campurkan rumusan mengikut formula kemudian tuang ke acuan. Sebilangan pembuat sabun lebih suka mencairkan dan mencurahkan kerana prosesnya mudah dan membolehkan pembuat sabun lebih menumpukan perhatian pada aspek estetika pembuatan sabun. Mungkin anda juga rasakan cara ini lebih mudah tetapi sekali anda telah cuba untuk membuat sabun dengan kaedah proses sejuk, barulah anda berkata YA dan mengesahkan membuat sabun secara PROSES SEJUK sangat menakjubkan.

Natrium hidroksida, juga dikenal sebagai alkali, digunakan dalam pembuatan sabun proses sejuk. Proses sejuk dapat menghasilkan 100% produk tanpa bahan sisa atau bahan yang kena dibuang.

Dalam bentuk termudah, potong apa yang anda perlukan, cairkan, dan tuangkan ke dalam acuan sabun kegemaran anda. Mempelajari cara menukarkan minyak atau lemak menjadi bubur sabun dan tuangkan adalah kaedah pembuatan sabun termudah yang boleh anda pelajari.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *