Khamis, 1 Jun 2017

FORMULA UNTUK MEMBUAT SABUN

Sabun Pears adalah antara sabun hebat dan mempunyai sejarahnya sendiri. Sejak ianya dipasarkan sehingga kini nama Pears terus berada di pasaran. Anda akan berpuashati apabila menggunakan sabun Pears.




Bukan hanya Pears, anda juga boleh berjaya. Membina jenama dan terus berada di pasaran dan memiliki perniagaan yang diwarisi.

Anda juga boleh membuat sabun mandi sendiri yang sangat menarik, ini satu contoh formula mudah. Untuk membuat sabun yang boleh memasuki pasaran. Banyak lagi perkara yang perlu anda pelajari untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa dan ianya memerlukan azam dan kesungguhan.

 

Bahan-bahan:

Minyak Kelapa Sawit
Minyak Zaitun
Lye
Minyak wangi pilihan
Bahan Pengisi - untuk jenis sabun eksklusif anda
Pewarna pilihan

Cara-cara Membuatnya: 

1. Penyediaan larutan Lye dibuat dengan menyukat air suling dalam sebuah jag plastik bermuncung. Kemudian;

2. Timbang Natrium Hidroksid dan masukkan ke dalam air suling. (Ingat masukkan Natrium Hidroksid ke dalam air bukan sebaliknya).

3. Gunakan sudip plastik dan kacau sehingga larut.



4. Tindakbalas kimia akan menyebabkan suhu larutan meningkat, biarkan campuran itu menyejuk dalam masa 15 minit. Larutan ini dikenali sebagai larutan Lye.

5. Dalam masa yang sama, campurkan minyak Kelapa Sawit dan minyak Zaitun dalam bekas stainless steel, campurkan pewarna dan kacau hingga rata.

6. Kemudian, campurkan larutan Lye dengan campuran minyak itu.

7. Gunakan sudip plastik, kacau hingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk.

8. Masukkan minyak wangi dan kacau sekali.

9. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan bubur sabun membeku dalam tempoh 24 jam.

10. Keluarkan blok sabun dari acuan dan potong mengikut saiz yang anda inginkan.

11. Susun di atas rak untuk proses sejatpulih dalam tempoh 4 minggu sebelum ianya boleh mula digunakan.

12. Pastikan tempoh masa yang cukup untuk sejatpulih, selepas 4 minggu proses sejatpulih,

13. Cetak jenama anda dan bungkus sabun dalam kertas yang cantik.

SENARAI PEMBEKAL BAHAN UNTUK MEMBUAT SABUN

Dapatkan sekarang ilmu yang bermanfaat ini, dan mulakan hobi menambahkan pendapatan anda dengan jayanya. Pada setiap usaha dan hanya sedikit perbelanjaan dikeluarkan, tentunya pengorbanan kecil anda ini akan membuahkan KEJAYAAN. Jika anda sentiasa berkira-kira, maka sampai bila pun kejayaan akan berkira-kira untuk anda temui.

Cara yang baik, jujur dan benar akan menjadikan setiap usaha itu berkat, seterusnya mencapai impian ANDA.

Pembekal bahan mentah ada disenaraikan untuk anda memperolehinya.

Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha mencapainya. Kejayaan adalah milik setiap orang yang menuju ke arah itu. Walaupun ianya nampak semudah A,B,C tetapi tanpa pengetahuan yang lengkap tentang perkara itu tentulah pencapaian tidak akan sesempurna sebagaimana mereka yang memiliki ilmu.

KLIK UNTUK MEMILIKI EBOOK.

CARA DAPATKAN EBOOK




Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *