Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.
Misalnya sabun buku. Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap). Sabun untuk bayi (Baby Soap).
Sabun untuk kucing (Cat Soap), anjing (Dog Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain- baju.
Dalam Serbuk Sabun. Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.
Bagi sabun cair pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya.
Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan cap dan namanya tertentu (Brand Name).