Ada yang bertanya saya, bolehkah sabun dibuat tanpa menggunakan bahan kimia iaitu LYE?
Sebenarnya tanpa LYE sabun tidak akan dibentukkan. LYE adalah bahan kimia yang membuatkan lelemak bertukar menjadi sabun. LYE yang digunakan diperolehi melalui tindakbalas air bahan bahan kimia. Bahan kimia kerana ianya mudah diperolehi tetapi bahan kimia kostik sabun yang anda gunakan sebenarnya telah terawat semasa tindakbalas pembentukkan sabun itu sendiri.
Manakala, sabun yang terbentuk perlu direhatkan secara sejatpulih bagi memastikan semua tindakbalas telah selesai.
Bagi anda yang tidak mahu menggunakan bahan kimia yang dibuat secara makmal atau industri, anda boleh membuat LYE dengan menggunakan larutan air hujan dan abu arang. Abu arang diperolehi melalui pembakaran abu dari dapur arang atau setelah pembakaran kayu besar dibuat.
Kumpulkan abu yang terhasil dari dapur arang yang anda gunakan untuk penyediaan larutan LYE bagi digunakan dalam pembuatan sabun.