Isnin, 11 Mei 2020

TINDAKAN PENCUCIAN SABUN


Tindakan Pencucian Sabun

Sabun ialah agen pencuci yang digunakan untuk menanggalkan kotoran bahan organik. Apabila dicampurkan ke dalam air, molekul sabun akan tercerai kepada ion natrium (atau ion kalium) dan ion sabun (anion sabun). 

Secara amnya, struktur ion sabun dapat digambarkan seperti lakaran di bawah. Ion sabun terdiri daripada dua bahagian iaitu :-




a) Bahagian kepala 
1.     Terdiri daripada bahagian anion 
2.     Bersifat ionik 
3.     Juga disebut bahagian hidrofilik 
4.     Larut dalam air 

b) Bahagian ekor
1.     Terdiri daripada bahagian hidrokarbon (rantai hidrokarbon) 
2.     Merupakan molekul yang bersifat kovalen 
3.     Juga disebut bahagian hidrofobik 
4.     Larut dalam gris atau minyak (kotoran) 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *