Jumaat, 6 November 2015

Sabun

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun diseluruh dunia. Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita.

Pada zaman dahulu manusia yang hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang cukup dan membersihkan diri seperti orang purba. Mereka tinggal jauh dari manusia biasa dan tidak bezanya bagi mereka yang juga suka hidup tanpa kebersihan. Kebersihan adalah asas keimanan.

Anda Yang Membuat Keputusan


Anda ingin menjadi usahawan? Tahniah.

Bila kita ingin bermula, kita akan berfikir dengan bisnes apa lagi yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Kita juga berjumpa dengan ramai lagi ahli bisnes dengan bisnes masing-masing. Kalau boleh kita nak satu bisnes yang lebih mudah tetapi menguntungkan.

Setiap bisnes memang ada risiko tetapi setiap risiko masih boleh dikurangkan atau diurus dengan baik. Antara ciri-ciri bisnes yang ideal ialah risiko rendah.

Antara ketiga-tiga barangan untuk diniagakan manakah produk yang dapat bertahan lama dari menjadi busuk dan rosak? 1, 2 atau 3

 

Khamis, 5 November 2015

3 kunci kejayaan dalam pembuatan sabun


Anugerah alam untuk memerlihara kecantikan.

Ramai yang menghantar sms, e-mail dan ada yang menelefon saya bagaimana untuk memastikan sabun yang berkualiti dapat dihasilkan? Jawapannya mudah saja. Apa saja usaha yang hendak dibuat mestilah dimulai dengan mencari ilmunya terlebih dahulu.

Tiga kunci kejayaan dalam pembuatan sabun ialah:

1. Ketepatan penimbangan bahan mentah.
2. Formula yang bagus.
3. Teknik yang betul.

Untuk kali ini, saya ingin mengemukakan satu formula untuk membuat sabun yang sesuai bagi kulit yang normal dan sensitif.

SABUN ZAITUN LILIN LEBAH MADU

Bahan-bahannya;

Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Sawit
Lilin Lebah
Natrium Hidroksid
Air Suling.
Minyak wangi pilihan

Cara Membuatnya:

1. Sediakan lye dengan memasukkan natrium hidroksid ke dalam air suling. Biarkan semalaman.

2. Panaskan dengan api perlahan bagi melarutkan minyak zaitun, minyak kelapa sawit dan Lilin Lebah.

3. Padamkan api dan biarkan menyejuk sehingga suhu turun dan mencapai 55 Celcius.

4. Masukkan lye dan kacau hingga bubur sabun terbentuk.

5. Akhir sekali masukkan minyak wangi pilihan dan kacau.

6. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan ianya membeku untuk tempoh 24 jam.

Untuk maklumat lanjut berhubung sukatan; layari http://galerisabun.blogspot.com

Sabun



Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia.

Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun.

Begitulah penting kegunaan sabun di seluruh dunia.

Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita.

Kehidupan sekarang telah mencapai kemajuan yang pesat berbanding pada zaman dahulu, yang mana manusia pada waktu itu hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang berkhasiat dan membersihkan diri dengan bahan cucian yang sempurna.



Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan, penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia.

Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan.

Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Rabu, 4 November 2015

Resin



Resin adalah keluaran daripada pokok ru iaitu baki dari proses penghasilan minyak turpentine. Minyak turpentine apabila dibersihkan akan meninggalkan residue atau sisa. Residue ini dinamakan resin.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *