Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Khamis, 5 November 2015
3 kunci kejayaan dalam pembuatan sabun
Anugerah alam untuk memerlihara kecantikan.
Ramai yang menghantar sms, e-mail dan ada yang menelefon saya bagaimana untuk memastikan sabun yang berkualiti dapat dihasilkan? Jawapannya mudah saja. Apa saja usaha yang hendak dibuat mestilah dimulai dengan mencari ilmunya terlebih dahulu.
Tiga kunci kejayaan dalam pembuatan sabun ialah:
1. Ketepatan penimbangan bahan mentah.
2. Formula yang bagus.
3. Teknik yang betul.
Untuk kali ini, saya ingin mengemukakan satu formula untuk membuat sabun yang sesuai bagi kulit yang normal dan sensitif.
SABUN ZAITUN LILIN LEBAH MADU
Bahan-bahannya;
Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Sawit
Lilin Lebah
Natrium Hidroksid
Air Suling.
Minyak wangi pilihan
Cara Membuatnya:
1. Sediakan lye dengan memasukkan natrium hidroksid ke dalam air suling. Biarkan semalaman.
2. Panaskan dengan api perlahan bagi melarutkan minyak zaitun, minyak kelapa sawit dan Lilin Lebah.
3. Padamkan api dan biarkan menyejuk sehingga suhu turun dan mencapai 55 Celcius.
4. Masukkan lye dan kacau hingga bubur sabun terbentuk.
5. Akhir sekali masukkan minyak wangi pilihan dan kacau.
6. Tuang bubur sabun ke dalam acuan dan biarkan ianya membeku untuk tempoh 24 jam.
Untuk maklumat lanjut berhubung sukatan; layari http://galerisabun.blogspot.com