Anda siapa??? Siapa pun anda, sama anda seorang pelajar, kakitangan jabatan, pekerja swasta, guru, suri rumah, peniaga, wanita, lelaki atau usahawan dan yang paling penting anda adalah pengguna tegar bagi kebanyakan produk di pasaran.
Suka saya memberitahu kepada anda bahawa jika anda berpeluang atau telah berkunjung ke Negara Jepun dan anda tentunya akan terasa kagum apabila melawat setiap rumah ada industri kecilnya yang tersendiri. Mereka meneruskan usaha warisan keluarga atau ada usaha penghasilan produk yang dilakukan di rumah masing-masing.
Lebih mengagumkan lagi, produk yang dibuat dengan teliti dan penuh istiqamah itu, kelihatan seperti produk pengeluaran kilang dan ianya dihasilkan hanya di sebuah ruang dalam rumah mereka. Atas kesungguhan yang dilakukan itu tentunya bukanlah lagi suatu kesukaran tetapi dengan masa-masa terluang yang dimanfaatkan telah memberikan caruman pendapatan kepada isi rumah mereka.
Berbalik kepada masyarakat kita yang dikatakan mempunyai daya kreatif lebih tinggi daripada masyarakat Jepun perlulah kita sendiri memberi peluang kepada diri kita, sedia mengenali potensi diri untuk sama-sama memanfaatkan masa dan ruang kecil di belakang rumah bagi menghasilkan produk secara kecil-kecilan.
Jangan merendah diri, kerana industri berjenama hebat dari luar Negara yang anda egokan itu, kebanyakannya adalah bermula dari perusahaan di rumah sahaja. Mereka tekun, mewarisi usaha dan melakukan penambahbaikan bersesuaian dengan kehendak pengguna.
Tidak perlu berlengah lagi, inilah masanya anda memberikan peluang kepada diri anda untuk memiliki satu kemahiran baru dalam meningkatkan keyakinan diri di dalam meneroka ilmu yang pelbagai, hanya terpulang kepada anda untuk membuat pilihannya.
Jadikan penerokaan ini suatu platform yang memberi motivasi kepada anda bagi mencuba ilmu baru dan bermanfaat.
Pelbagai peluang disediakan dengan pelbagai maklumat dan kursus yang menarik dan boleh menjana pendapatan dan yang paling penting ianya boleh diwarisi.
Kemampuan anda dalam memberikan sentuhan kreatif tersendiri dalam penghasilan produk keperluan pengguna. Ia sebagai langkah pertama bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Ini kerana, kursus yang disediakan ini sememangnya mendapat permintaan lebih tinggi dan hasil pendapatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi anda jika ia dilakukan secara konsisten.
Pada masa sama, anda hendaklah terus menambah ilmu dan kemahiran dengan mengikuti program apa juga program yang diadakan oleh mana-mana institusi sokongan sebagai satu pelaburan yang menguntungkan jika ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Anda perlu memanfaatkan masa terluang anda dengan sebaik-baiknya bagi membuka ruang untuk mencari kemahiran di bidang yang diminati. Sebelum bermula, anda perlu ada asas ilmu untuk produk yang anda minati.
Kesungguhan anda ini akan memudahkan anda dalam menyumbang dan mengaplikasikan kemahiran anda yang sememangnya mempunyai potensi untuk berjaya tanpa mengira peringkat usia.
Jika orang yang telah memiliki perniagaan sendiri turut mengambil peluang mengikuti pelbagai kursus dengan tujuan menambah pendapatan, mengapa tidak anda yang mempunyai masa terluang untuk sama-sama merebut habuan yang berbaloi ini.
Sedikit pelaburan yang dibelanjakan mampu membuka keyakinan dan ianya dapat mempelbagaikan kemahiran yang ada. Mulakan ianya sebagai hobi yang mana hobi ini bakalan membantu meningkatkan ekonomi anda, keluarga kerana ia boleh dijadikan sebagai punca pendapatan.