Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Khamis, 12 November 2015
Kejayaan Menjana Pendapatan Melalui Sabun
Saya teruja untuk bertanya kepada anda; bagaimanakah RM5 dapat ditambah nilai menjadi RM25? Jawapannya ialah kreativiti kita berfikir menggunakan minda. Tahukah anda dengan duit sebanyak RM5 itu, banyak perkara yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh mudah anda membeli sekilogram gula dan sebungkus serbuk teh.
Jika setiap gelas memerlukan 20 gram gula, wow manisnya. Berapa gelas dapat dibuat dengan sekilogram gula.
Dengan sekilogram gula anda akan dapat membancuh air teh ‘o’ sebanyak 50 gelas. Jika satu gelas itu teh ‘o’ itu dinilaikan RM0.50. Nah…anda telah menjadikan nilai duit anda yang hanya RM5 itu menjadi RM25. Anda telah berjaya menghasilkan caruman RM20.
Dalam hal pembuatan sabun pula; jika harga sekilogram atau 1000 gram minyak kelapa sawit ialah RM2.50.
Manakala; jika harga bagi 100 gram sabun berkualiti anda ialah RM2.50. Ini bererti anda telah secara kasarnya atau melalui pengiraan ringkas, harga untuk 1 kilogram sabun ialah RM25.
Di sini, anda telah mencarum pendapatan sebanyak RM22.50(RM25 – RM2.50).
Pendapatan ini hanyalah pengiraan kasar; belum ditolak dengan beberapa kos yang tidak sebanyak mana dari bahan-bahan kimia dan asas yang anda gunakan dalam pembuatan sabun.
Bagaimana pula, jika sabun anda adalah sabun eksklusif yang harganya lebih dari RM2. Memang berbaloi. Rahsianya akan anda ketahui hanya setelah anda memiliki e-book dan memulakannya.
Jangan biarkan masa berlalu meninggalkan anda, hanya kerana pelaburan RM50 untuk mendapatkan e-book ini anda masih berkira-kira. Anda harus memulakan langkah, mana tahu; kelak, suatu masa nanti anda bakal menjadi pemilik kilang sabun dengan jenama anda yang terkemuka menguasai pasaran sabun dunia.
Bahan mentah berada di sekeliling anda dan rebutlah peluang ini. Tidak kira berapa umur anda, siapa diri anda, sama ada lelaki atau perempuan dan yang paling penting ialah fokuskan pada diri anda sendiri.
Berikan keyakinan dan kebolehan anda untuk menjayakan insan yang tidak lain dan tidak bukan iaitu diri anda sendiri. Buktikan kehebatan anda.