Pada sesetengah pengguna, sabun buatan sendiri adalah jauh lebih hebat.
Jika dibandingkan dengan sabun buku yang dibeli.
Sabun buatan sendiri mampu mengekalkan bahan semulajadi seperti gliserin dan pelembap, kedua-duanya membantu mencegah kulit anda daripada menjadi kekeringan atau gatal.
Jika anda membuat sabun, anda boleh memilih bahan yang benar-benar berkualiti untuk diletakkan ke dalam formula sabun anda; ini amat berguna kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, alahan atau kebimbangan mengenai kandungan bahan kimia.
Kemahiran membuat sabun, akan memberikan anda suatu kelebihan untuk membuatnya bagi kegunaan sendiri atau sebagai sumber baru untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya.
Semoga anda berjaya.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Isnin, 5 Disember 2016
Jumaat, 2 Disember 2016
Menambah Pendapatan Tanpa Risiko
Gunakan masa yang ada untuk menghasilkan produk sendiri yang eksklusif. Membuat sabun ketul berjenama sendiri tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana untuk membuat kilang. Tetapi sabun jenama yang popular dan dihasilkan di kilang adalah bermula dengan komitmen setelah memulakannya secara kecil-kecilan.
Masa terluang yang anda ada harus dimanfaatkan untuk sesuatu yang memberikan pulangan. Banyak perkara boleh dibuat, ianya bergantung kepada minat anda. Minat juga harus dipupuk dan ditambahbaik ilmunya.
Jika anda ke pasar malam, hampir semua perniagaan sudah ada. Untuk menjadi jutawan pasar malam, anda harus mempunyai produk baru. Tak perlu semua orang jual ayam goreng, karipap atau mee rebus. Mulakan idea baru anda. Jika anda telah ada IDEA yang lain, maka teruskanlah idea anda itu. Saya hanya memberikan cadangan.
Anda mungkin punya idea yang lebih baik untuk mempamerkan produk sabun ketul anda.
Tetapi jika anda belum ada lagi, suka saya cadangkan kepada anda untuk membuat sabun sendiri pelbagai warna, corak, bau wangian atau ramuan herbanya. Cara pembungkusan yang menarik. Nah, cetak saja JENAMA sabun anda.
Selasa, 29 November 2016
Sesuatu Yang Berharga Ada Di Sini
Terima kasih kerana anda telah berkunjung ke blog ini. Sama ada anda hadir untuk mendapatkan maklumat atau tiba secara kebetulan saya ingin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika anda sememangnya mencari ilmu untuk membuat sabun, semoga anda berjaya mendapatkan manfaat di sini.
Tetapi jika anda secara kebetulan datang ke blog ini, mungkin ini antara klu kejayaan masa depan anda.
Ilmu membuat sabun, sememangnya ianya adalah ilmu yang tidak ternilai harganya dan amat bermanfaat untuk anda mengetahui cara untuk membuat sabun kerana kita semua adalah pengguna.
Sejak beribu tahun orang Mesir Purba telah membuat sabun bagi kegunaan untuk membersih. Amat malang, jika ilmu yang bukan rahsia besar itu tidak diambil peduli oleh kita semua.
Mungkin anda tidak menyedari bahawa telah banyak pembaziran bahan mentah atau kos yang dibayar hanya kerana anda tiada pengetahuan dalam bidang yang patut diketahui.
Kalau dalam sampah pun masih ada barangan berharga, tentunya banyak lagi perkara berharga dalam timbunan ilmu.
Sebagai contoh, bagi pelombong timah tradisional yang menggunakan dulang untuk mendapatkan timah akan terlepas pandang kandungan emas yang turut terdapat di dalam timah yang diperolehi daripada aktiviti mendulang tersebut.
Tetapi bagi pembeli bijih timah itu, selain timah dan adakalanya emas yang terdapat dalam bijih timah itu jauh lebih tinggi harganya.
Negara kita mempunyai bahan mentah seperti minyak kelapa sawit. Bahan eksport ini telah dimanfaatkan oleh pengimport luar negara dalam menghasilkan pelbagai produk seperti gliserin, vitamin A dan termasuklah menghasilkan sabun berjenama.
Untuk membeli sabun berjenama, kita sanggup membayar pada harga yang mahal. Maka, mengapa kita tidak membuat sabun sendiri yang mengadungi gliserin dan pelembab semulajadi.
Anda juga boleh membuat sabun dengan wangian pilihan anda, yang bahan-bahannya anda tidak tahu sumbernya.
Mungkin tidak anda menyedari selama ini anda menjadi pengguna pada setengah bahan tertentu yang subahah dan tidak sesuai dengan anda.
Pelajarilah cara membuat sabun, ilmu ini dapat dimanfaatkan. Jika anda tidak membuatnya sekarang, anda boleh melakukannya pada masa depan.
Ahad, 27 November 2016
Jadilah Orang Hebat Yang Mencipta Peluang...
“Jadilah orang hebat yang mencipta peluang, kerana dengan menunggu peluang anda menjadi orang yang semakin lemah. ” itulah ungkapan yang sering diungkapkan oleh pakar motivasi bila mana menyampaikan pidatonya dengan merujuk kepada Orison Swett Marden yang berkata menyarankan kita mencipta peluang.
Banyak pembahagian peluang yang dapat kita kategorikan tetapi maksudnya hanya membawa kepada satu iaitu satu bentuk elemen yang bisanya akan muncul tanpa dirancang. Peluang jika direbut akan menyebabkan ada orang lain yang tidak mendapatnya, bererti jika kita mendapatnya akan ada orang lain yang terlepas untuk mendapatnya. Maka, sebagai orang hebat kitalah yang perlu mencipta peluang itu.
Penciptaan peluang itu akan memberi manfaat kepada ramai orang. Contohnya; jika anda membuka sebuah kilang, akan ada orang yang dapat bekerja di kilang anda dan akan lahir satu peluang untuk orang lain memulakan bisnes warong berhampiran kilang anda atau mereka mendapat peluang untuk mengurus kantin di kilang anda.
Produk yang dikeluarkan di kilang anda memerlukan bahan mentah.
Ini memberi peluang kepada pembekal untuk mendapat peluang dari anda. Pekerja kilang mungkin memerlukan pengangkutan untuk berulang-alik. Ramai yang mendapat manfaatnya. Orang yang hebat sentiasa melahirkan peluang, dan peluang itu ibarat sepohon pokok yang banyak ranting dan mengeluarkan banyak buah pada setiap rantingnya.
Membuka sebuah resort atau pusat beli belah di dalam ceruk hutan yang tidak nampak logik sebenarnya pada pandangan seorang usahawan ianya akan mampu memberi peluang kepada ramai orang. Ramai orang yang secara tidak langsung pula akan merebut peluang yang terhasil daripada penciptaan peluang itu.
Kita perlu menyedari bahawa peluang perlu diciptakan dan bukannya hanya menunggu peluang itu tiba dengan sendirinya.
Sekarang, dengan minda kurniaan illahi ini hendaklah diguna dengan bijak untuk anda mencipta peluang. Yakinlah, insyaAllah peluang itu akan terbuka dengan seluas-luasnya dan kita sendiri yang perlu membuat keputusan sama ada berani berdepan dengan segala kemungkinan atau pun tidak.
Peluang hanya akan tercetus bila mana anda meninggalkan apa saja perkara yang tidak perlu dan sia-sia. Gunakan masa dan kesempatan yang anda ada untuk mencipta peluang.
Mungkin anda masih keliru, tetapi dengan niat yang ikhlas, berkat kesungguhan dan kesabaran anda akan berjaya untuk mencipta peluang yang bakal memberi manfaat kepada ramai orang.
Pintu kepada penciptaan peluang ialah bila mana anda mempunyai kencenderungan mencari ilmu untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda terus membina rangkaian persahabatan. Hubungkan silaturahim dengan waris, sanak-saudara, sahabat taulan.
Bayangkan jika anda jadikan sabun sebagai produk anda, produk sabun lebih bertahan lama dari projek pembuatan makanan tetapi apa yang penting adalah minat anda.
Gabungjalinkan rakan-rakan anda sejak di bangku persekolahan sehinggalah anda mencapai umur sekarang.
Jika anda mempunyai sahabat yang ramai dan ditambah pula anda yang mempunyai peribadi yang mulia. Nah, produk yang anda hasilkan pasti akan mendapat pengiklanan tanpa berbayar. Itu baru 1,000 orang sahabat tak termasuk lagi saudara mara, dan kalau anda ada 5,000 orang atau 50,000 orang. Wow…
Sabtu, 26 November 2016
Membuat Sabun Homemade Dengan Mudah
Sabun homemade biasanya menggunakan sabun asas yang diperbuat daripada minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak sawit yang kaya dengan vitamin.
Anda boleh membuat sabun homemade dengan mudah yang dirumus menggunakan bahan semulajadi untuk kegunaan sendiri.
Minyak-minyak dari sumber semulajadi ini membantu mereka yang mempunyai kulit sensitif dan juga menderita penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis, eczema dan masalah kulit kering.
Penggunaan sabun biasa akan menyebabkan kulit anda akan jadi kering dan kasar.
Bagi sesiapa yang mementingkan penggunaan bahan organik, sabun buatan sendiri adalah alternatif bagi masalah sensitif pada kulit.
Bahan-bahan semulajadi dalam sabun homemade atau sabun buatan sendiri akan menjadikan kulit lebih halus, lembut dan lembab tanpa rasa gatal, mengelupas atau kering.
Ini kerana sabun homemade dibuat dalam kuantiti bahan untuk surfaktan yg kecil serta menggunakan bahan semulajadi sahaja untuk menjaga kesegaran dan kualiti berbanding sabun biasa.
Sabun homemade mengandungi gliserin, agen pelembab semulajadi yang diperlukan oleh kulit secara semulajadi berbanding sabun biasa tidak mengandung gliserin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Anda tentu menginginkan kulit yang baik dan tentulah tidak berbaloi jika wang yang dibelanjakan tidak memberikan pulangan yang setimpal.
Minyak semulajadi dalam sabun homemade ini dapat membantu memberi keseimbangan kelembapan dan kesegaran kulit secara natural.
Langgan:
Catatan (Atom)