Sabtu, 11 Mac 2017

Belajar Buat Produk Dan Mulakan Bisnes Anda

PRAKTIKAL

Latihan praktikal disediakan untuk yang berminat.


Dapatkan ilmu pembuatan pelbagai produk pengguna secara praktikal. Anda boleh belajar secara individu atau berkumpulan untuk mendapat latihan secara praktikal bagaimana membuat atau menghasilkan produk pengguna, antaranya ialah:-



•Produk-produk kegunaan SPA: Facial Masks,Massage Lotion & Creams, Astringent & Toners, Bath Products dll.
•Pelbagai kosmetik: Facial Serum, Skin Whitening Cream, Facial Wash Cream, Lotion,dll.
•Toileteris: Sabun Mandi, Krim Mandian,Syampu Rambut, Ubat Gigi, Hands Sanitizer,dll.
•Bahan cucian pembasmi jangkitan (disinfectant cleaners).
•Bahan cucian lantai & pencuci karpet (floor & carpet cleaners).
•Bahan pencuci industri makanan (food industry cleaners).
•Bahan cucian am & untuk kegunaan industry (general & industrial cleaners).
•Sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, bleach & peluntur (laundry products).
•Bahan pencuci logam & degreaser (metal cleaners & degreasers).
•Produk pencuci kenderaan pengangkutan (transportation cleaning products).
•Pencuci gelas tingkap (window & glasscleaners).
•Produk-produk Aromathraphy
•Pewangi penyegar udara (air freshener).



 Pilih kursus untuk produk yang anda minati. Setiap sesi kursus lengkap untuk penghasilan produk tersebut mengambil masa antara 3 hingga 5 jam, iaitu bergantung kepada jenis produk itu diproses/dibuat supaya anda dapat memahami kaedah dan berkebolehan menggunakan teknik menghasilkan produk itu. Sesi Kursus akan dilaksanakan seperti berikut:



1. Nota Pelajaran, peralatan dan bahan-bahan mentah untuk diproses bagi pembuatan produk diedarkan kepada anda dan ANDA akan membaca nota latihan itu sepintas lalu.



2. Pengajar memberikan keterangan dan disemak oleh ANDA supaya ANDA benar-benar memahami isi kandungan nota latihan.



3. ANDA mengenali satu demi satu bahan-bahan mentah yang digunakan untuk membuat produk itu sambil meneliti mengenali bahan-bahan mentah tersebut.



4. Pengajar menerangkan formula/resipi sesuatu produk untuk supaya ANDA fahami dan seterusnya menunjukkan terus secara praktikal menyukat dan menimbang bahan-bahan yang digunakan mengikut formula/resipi pembuatan produk. Seterusnya; ANDA menjalani latihan secara hands-on experience menghasilkan produk dengan diselia serta dibimbing oleh pengajar.



5. Sesi dialog mengakhiri pelajaran khusus bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ANDA, dan penerangan diberi kepada ANDA di manakah ia boleh mendapatkan bahan-bahan yang digunakan itu jika ia nanti mahu menghasilkan sendiri produk itu di rumah atau secara Industri Kecil dan Sederhana nanti.



Pada amnya kebanyakan produk pengguna boleh dihasilkan secara kecil-kecilan dahulu tanpa perlu menggunakan mesin-mesin; sekiranya sekali proses membuatnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 50 kg bagi satu regu (batch), sebagai industri kecil di rumah sendiri; di mana ia boleh dihasilkan tanpa menggunakan mesin. ANDA boleh bermula dengan kos yang paling minima.



Anda boleh membuat produk yang yang dipelajari dengan mudah dan berkualiti, serta menghasilkan pengeluaran untuk dipasarkan; atau melibatkan diri menghasilkan produk sebagai kegiatan home-based industry atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan pembuatan produk pengguna sendiri secara Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dan berkembang menjadi pemilik industry berjaya ke tahap global.


Rabu, 1 Mac 2017

SOAP HISTORICAL

Humans have known cleanliness from the beginning. Water is used as a major ingredient for washing, such as cleaning the affected limbs such as mud, blood and so on.

Ancient early evidence discovered through the excavations carried out has shown that such materials of soap were made around 2800 BC in Babylon.

Formula such as soap shows the material contains water, alkali and cassia oils recorded on clay sheets around 2200 BC. While the papers on Papyrus Eber in Egypt, the health document, about 1550 BC showed ancient Egyptians bathing using fatty substances from animals, plant oils and alkaline salts made of soap.

Ancient Egyptian documents have also recorded the use of such materials as soap used in the preparation of animal fur for the purpose of weaving.

In Rome's historical record, during the Pompeii rule in 79 AD, such ingredients of soap were made by milling. However, this statement is quite wrong with the onset of the use of mineral soap.

In the meantime, there is evidence that soapstone has been used in Fullonica for cleaning and cleaning of textiles.

According to Roman legend, soap gets its name from Sapo Mountain, where the animal is sacrificed. The down rains will drain the water down and bring along animal fat, candles and dust from the burnt wood.

Rainwater has made the materials mixed up and down the mountain and flows along the Tiber river. Women who use water to clean clothes along the river find that the water from the river containing the wax-like material has found that cleaning dirty clothing becomes easier.

 

Jumaat, 10 Februari 2017

SABUN SUSU OATMEAL


Dalam sejarah Mesir Purba, orang-orang Mesir telah menggunakan oatmeal dalam perawatan kulit mereka. Bangsa Romawi dan Yunani mencatat bahawa masalah kulit dapat disembuhkan dengan mandi dengan oat. Sejarah penggunaan oatmeal sebagai penyembuh kulit alami telah digunakan sejak berabad-abad lalu, dan pada tahun 1989; FDA telah mengakui oatmeal adalah selamat dan berkesan sebagai pelindung kulit.  

Dr. Amy Wechsler, seorang  Dermatologis yang berasal dari Amerika Syarikat, menjelaskan bahawa; ada empat sebab mengapa oatmeal sesuai untuk kulit manusia.

1. Mencegah kekeringan: Oatmeal mengandung polisakarida, yang menjadi agar-agar dalam air dan meninggalkan lapisan pelindung baik pada kulit, mencegah kulit kusam, kering serta bersisik.

2. “Moisturizing”: Oatmeal kaya akan lemak sehat serta dapat memberikan kelembapan kepada kulit.

3. Pertahanan kulit: Protein dalam oatmeal berfungsi untuk menjadi pelindung semulajadi, yang menghalang kulit mati dan kotoran dari luar tidak masuk ke dalam manakala protein yang diperlukan dapat diresap ke dalam kulit.

4. Membersihkan liang pori-pori: Oatmeal dipenuhi dengan pembersih semulajadi (disebut saponin) yang lembut menghilangkan kotoran dan minyak dari liang pori-pori.

Sebagai bahan organic, Oatmeal membantu menyelesaikan masalah kulit, termasuk: kulit kering, biang keringat, gatal-gatal, terbakar sinar matahari, gigitan serangga, gatal musim dingin, dermatitis atopik, dan alergi atau dermatitis.

Sabun Susu Oatmeal disediakan dengan bahan organic lain seperti susu kambing, Minyak dedak beras (rice bran oil), Minyak zaitun, Minyak sawit, Minyak kelapa dan Minyak jarak.



Banyak perkara akan anda temui;
1. Siapakan pembuat sabun dan bilakah ianya dibuat?
2. Berapakah jenis sabun yang terdapat di pasaran sekarang?
3. Siapakah T.J. Barratt dan apakah penemuannya yang cemerlang?
4. Siapakah Andrew Pears, apakah karier awalnya?

Rabu, 1 Februari 2017

Tambahkan Pendapatan Sampingan Anda

Formula membuat produk pelbagai jenis sabun, seterusnya menjana pendapatan anda dengan jayanya.

Berikan masa anda untuk membaca dan meneliti kandungan yang ditulis dalam blog ini, sekiranya anda mempunyai hasrat serta cita-cita untuk berjaya. Ataupun untuk mula mencari peluang menambah pendapatan sampingan anda dan keluarga. Ibarat yang pipih tidak mudah datang melayang. Tiada pula kesenangan datang bergolek, berusahalah untuk berjaya. Saya berdoa, yakin dan percaya; anda boleh berjaya dengan panduan yang diperolehi ini. Semoga anda tekun meneroka pengembaraan ilmu. In sya Allah.... 



Belajarlah cara membuat pelbagai produk sabun secara DIY, buat dengan sendiri dengan bantuan yang terarah sebagaimana prosedur yang diberikan. 

Kenapa perlu membeli barang, kalau anda membuatnya sendiri dan mencarum keuntungan dengannya. 

Bayangkan anda pandai membuat sabun pencuci pinggan mangkuk sendiri. anda tahu apakah bahan-bahan yang digunakan sama ada berbahaya atau tidak semasa anda gunakan pencuci tersebut. Jika anda rasa jenama pencuci dipasaran kurang kualiti anda sudah tahu apakah bahan yang tidak dimasukkan kedalam formula membuat pencuci tersebut. 

Cuba anda fikirkan kenapa pencuci di pasaran sekarang berbeza harga dan berbeza kualitinya? ada yang mahal ada yang murah. Kenapa ada yang mahal dan ada pulak yang murah? Anda tertanya-tanya bukan, jom kita selidik kenapa jadi begini..

Antara formula atau cara membuat pelbagai produk sabun yang diberikan di dalam ebook ini adalah seperti di bawah :


ISI KANDUNGAN


  •          CECAIR PEKAT PENCUCI PINGGAN MANGKUK
  •          KRIM MANDIAN
  •          CECAIR PEKAT SABUN PENCUCI PAKAIAN
  •          PENCUCI PINGGAN MANGKUK PEKAT JIMAT
  •          SABUN BUKU - TOILET SOAPS
  •          SABUN BUKU TRANSPARENT
  •          SABUN DARI SOAP CHIPS
  •          SABUN BUKU BIASA
  •         PENCUCI PEMBUNUH KUMAN

 Kenapa anda perlu takut untuk menambahkan pendapatan anda sedangkan berjuta orang boleh melakukannya!!! 

 
Berapalah yang perlu anda belanjakan untuk memiliki pengetahuan yang tidak ternilai harganya ni?

Ada yang memberitahu saya, dia telah membelanjakan sebanyak RM3K hanya untuk mendapat formula membuat beberapa jenis pencuci, sebaliknya dia mengucapkan terima kasih kepada saya kerana Ebook ini lebih lengkap dengan harga yang boleh dikatakan hampir percuma jika dibandingkan nilainya?




Pupuklah hasrat anda untuk memiliki kejayaan dengan sedikit pelaburan bagi mendapat ilmu yang boleh diwarisi. Anda juga boleh mengikuti latihan secara amali dengan lebih mudah jika anda mahu, saya sedia membantu dengan pengajar yang terlatih dalam melahirkan usahawan industri yang berjaya.

NAH!!! JALAN KEJAYAAN TERBUKA LUAS 



MELANGKAHLAH



Selasa, 31 Januari 2017

Kegunaan Sabun


Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cecair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.

Misalnya sabun buku. Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap). Sabun untuk bayi (Baby Soap). Sabun untuk kucing (Cat Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain-baju.

Dalam Serbuk Sabun. Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi cecair pencuci pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya.

Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan memberikan jenama tertentu (Brand Name).

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *