Khamis, 25 April 2019

Sejarah Sabun Islam

Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. 

Rabu, 24 April 2019

Sejarah Sabun Rome

Dalam catatan sejarah Rome pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil. 

Selasa, 23 April 2019

Sejarah Sabun

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM. 

Jumaat, 5 April 2019

Pendapatan lumayan kraftangan bunga sabun.



Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan; penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan bunga sabun untuk diabadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan dengan jayanya kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Setiapkali tiba musim cuti persekolahan, kenduri perkahwinan dibuat merata tempat dan permintaan untuk memenuhi keperluan cenderahati akan meningkat sehingga puluhribuan unit. Bayangkan tambahan pendapatan yang bakal dijana dengan sedikit pelaburan modal. Hanya sedikit sahaja pelaburan, usaha anda bakal meraih keuntungan.

Selasa, 12 Mac 2019

Bahan-Bahan Pengisi Dalam Sabun

Bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk mengisi dalam sabun adalah seperti resin, serbuk batu sabun (soap stone powder), Starch, Bahan Wangi dan warna yang digunakan.

Bahan yang utama dalam pembuatan sabun ialah Minyak atau lemak, Lye (Kostik Soda), dan air suling. Penggunaan pengisi dalam pembuatan sabun adalah untuk memastikan sabun tidak dibazirkan semasa kerja-kerja penyucian dilakukan, manakala minyak wangi pula akan menarik perhatian pengguna.

Pembuat sabun murah menggunakan Soap Stone Powder atau Tepong Ubi (Starch) dicampurkan dalam proses pembuatan. Terdapat juga resin dicampurkan dengan lemak, bahan pedas dan air untuk membuat sabun murah.

Penggunaan pengisi akan menjadikan sabun akan bertambah berat tetapi dalam masa yang sama mutunya menurun. Oleh itu, sabun lebih mudah dijual pada harga yang mampu dibeli pada harga yang sederhana.

Harga sabun dapat dikurangkan memandangkan harga pengisi seperti resin, soap stone powder, starch adalah lebih murah daripada bahan-bahan penting seperti minyak dan kimia. Oleh itu, pembuat sabun akan memasukkan bahan pengisi untuk sabun yang dijual pada harga yang murah.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *