Bahan-bahan tambahan yang
digunakan untuk mengisi dalam sabun adalah seperti resin, serbuk batu sabun
(soap stone powder), Starch, Bahan Wangi dan warna yang digunakan.
Bahan yang utama dalam
pembuatan sabun ialah Minyak atau lemak, Lye (Kostik Soda), dan air suling.
Penggunaan pengisi dalam pembuatan sabun adalah untuk memastikan sabun tidak
dibazirkan semasa kerja-kerja penyucian dilakukan, manakala minyak wangi pula
akan menarik perhatian pengguna.
Pembuat sabun murah
menggunakan Soap Stone Powder atau Tepong Ubi (Starch) dicampurkan dalam proses
pembuatan. Terdapat juga resin dicampurkan dengan lemak, bahan pedas dan air
untuk membuat sabun murah.