Jumaat, 17 Mei 2019

Resin



Resin adalah keluaran daripada pokok ru iaitu baki dari proses penghasilan minyak turpentine. Minyak turpentine apabila dibersihkan akan meninggalkan residue atau sisa. Residue ini dinamakan resin.
  
Bentuk Resin

i.                     Terang seperti kaca atau cermin.
ii.                   Kelabu
iii.                  Kuning.

Khamis, 16 Mei 2019

Bahan-Bahan Pengisi Dalam Sabun



Bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk mengisi dalam sabun adalah seperti resin, serbuk batu sabun (soap stone powder), Starch, Bahan Wangi dan warna yang digunakan.

Bahan yang utama dalam pembuatan sabun ialah Minyak atau lemak, Lye (Kostik Soda), dan air suling. Penggunaan pengisi dalam pembuatan sabun adalah untuk memastikan sabun tidak dibazirkan semasa kerja-kerja penyucian dilakukan, manakala minyak wangi pula akan menarik perhatian pengguna.

Pembuat sabun murah menggunakan Soap Stone Powder atau Tepong Ubi (Starch) dicampurkan dalam proses pembuatan. Terdapat juga resin dicampurkan dengan lemak, bahan pedas dan air untuk membuat sabun murah.

Rabu, 15 Mei 2019

Sodium Silikat


Sodium Silikat biasanya dikenali dengan nama soda basuh. Ianya boleh diperolehi dalam bentuk cecair dan serbuk. Ianya digunakan secara kombinasi dengan Kostik Soda atau Kostik Potash dalam pembuatan sabun bagi menjadikan sabun yang dihasilkan itu keras. Jika terlebih, sabun akan keras seperti batu.

Selasa, 14 Mei 2019

Sodium Karbonat


Sodium Karbonat tidak mempunyai bahan pedas yang banyak dan tidak bahaya. Dalam proses pembuatan sabun, Sodium Karbonat tidak digunakan bersendirian tetapi ia akan dikombinasikan dengan Kostik Soda atau Kostik Potash, bahan lemak atau resin. Sodium Karbonat akan menjadikan minyak berbuih dengan banyak dalam periuk. Oleh itu, pastikan periuk yang lebih besar digunakan untuk mengelakkan ianya tumpah.

Isnin, 13 Mei 2019

Kostik Potash


Kimia ini dinamakan Potassium dalam kajian sains. Ianya mempunyai bahan pedas lebih banyak dari Kostik Soda. Ia juga mempunyai kuasa menarik air lebih kuat dari Kostik Soda. Oleh itu kimia ini juga digunakan dengan perhatian teliti seperti Kostik Soda.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *