Sekarang kita akan melihat
tentang warna-warna dan bahan-bahan wangi yang digunakan dalam buatan sabun.
Warna-warna
(Colour)
Antara warna-warna ada dua
bahagian, iaitu warna yang boleh dicampur dengan air dan warna yang boleh
dicampur dengan minyak. Warna yang boleh dicampur itu tidak boleh dicampur
dengan minyak dan sebaliknya. Warna-warna ini didapati banyak cara seperti
warna untuk buat kuih-muih yang boleh dimakan, warna-warna untuk buatan
barang-barang, untuk kain dan juga dakwat. Begitu banyaknya cara warna-warna
yang dijual dikedai-kedai.