Rabu, 22 Mei 2019

CARA UNTUK MENCAMPURKAN WARNA KE DALAM SABUN




i.              Warna Minyak

Ambil sedikit minyak asas sabun anda dan larutkan dengan perwarna yang akan digunakan. Kacau hingga sebati kemudian gunakan kain nipis dan tapiskan campuran minyak dan warna terlarut tadi. 

Kemudian minyak yang telah berwarna itu campurkan dalam minyak yang anda akan gunakan untuk membuat sabun tersebut.
  
ii.            Warna Air

Selasa, 21 Mei 2019

CARA MENCAMPURKAN WANGIAN KE DALAM SABUN



Terdapat dua proses pembuatan sabun iaitu cara sejuk dan cara panas. Dalam proses pembuatan cara sejuk. Bahan wangian dicampur setelah Bubur Sabun yang terhasil akan dimasukkan ke dalam acuan, wangian dicampurkan dan dikacaukan dan sekali dan Bubur Sabun itu dituang ke dalam acuan.

Bahan wangian hendaklah dicampurkan setelah pembetukan Bubur Sabun. Wangian tidak boleh dicampurkan ketika minyak sedang bertindak dengan bahan kimia untuk menghasilkan Bubur Sabun kerana bahan kimia akan melenyapkan wangian yang dimasukkan.

Isnin, 20 Mei 2019

Warna-warna Sabun (Soap Colour)


Sekarang kita akan melihat tentang warna-warna dan bahan-bahan wangi yang digunakan dalam buatan sabun.

Warna-warna (Colour)

Antara warna-warna ada dua bahagian, iaitu warna yang boleh dicampur dengan air dan warna yang boleh dicampur dengan minyak. Warna yang boleh dicampur itu tidak boleh dicampur dengan minyak dan sebaliknya. Warna-warna ini didapati banyak cara seperti warna untuk buat kuih-muih yang boleh dimakan, warna-warna untuk buatan barang-barang, untuk kain dan juga dakwat. Begitu banyaknya cara warna-warna yang dijual dikedai-kedai.

Ahad, 19 Mei 2019

Starch (Tepung Ubi)


Ini adalah sejenis serbuk yang didapati dari Ubi dan tumbuh-tumbuhan, dicampur dengan kimia dan dijual dikedai-kedai. Bahan ini juga seperti serbuk batu sabun murah harganya menambahkan keberatan sabun. Lama-kelamaan sabun ini akan berubah bentuknya dan menjadi kurus-kekeringan seperti tulang. Oleh kerana inilah pembuat-pembuat sabun tidak banyak menggunakan bahan ini.

Sabtu, 18 Mei 2019

Soap Stone Powder (Sebuk Batu Sabun)


Satu lagi bahan yang digunakan dalam buatan sabun murah ialah serbuk batu sabun. Serbuk batu sabun ini disediakan dari sejenis batu sejenis batu kapur putih dicampur dengan kimia dan dijual di kedai-kedai. 

Sekiranya bahan ini digunakan dalam buatan sabun ia akan menambahkan keberatan bahan mengurangkan modal dan anda boleh jual banyak sabun dengan harga yang murah.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *