Jumaat, 27 Disember 2019

LYE UNTUK MEMBUAT SABUN BUKU ORGANIK

Ada yang bertanya saya, bolehkah sabun dibuat tanpa menggunakan bahan kimia iaitu LYE?

Sebenarnya tanpa LYE sabun tidak akan dibentukkan. LYE adalah bahan kimia yang membuatkan lelemak bertukar menjadi sabun. LYE yang digunakan diperolehi melalui tindakbalas air bahan bahan kimia. Bahan kimia kerana ianya mudah diperolehi tetapi bahan kimia kostik sabun yang anda gunakan sebenarnya telah terawat semasa tindakbalas pembentukkan sabun itu sendiri.

Manakala, sabun yang terbentuk perlu direhatkan secara sejatpulih bagi memastikan semua tindakbalas telah selesai.


Bagi anda yang tidak mahu menggunakan bahan kimia yang dibuat secara makmal atau industri, anda boleh membuat LYE dengan menggunakan larutan air hujan dan abu arang. Abu arang diperolehi melalui pembakaran abu dari dapur arang atau setelah pembakaran kayu besar dibuat.

Rabu, 10 Julai 2019

Bahan Untuk Membuat Sabun



Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-

1. Minyak
2. Kostik
3. Air bersih

Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Minyak wangi

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Hanya dengan bertindaklah; maka detik untuk menuju kejayaan akan bermula.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA ISIKAN MAKLUMAT ANDA DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN DI BAWAH.

Untuk menambah pendapatan, CARA MEMBUAT SABUN

Rabu, 29 Mei 2019

Alat Untuk Menyukat Lye


Larutan Air dan soda yang ditapiskan ialah Lye. Lye perlu disukat untuk memastikan tahap pedasnya menepati keperluan untuk pembuatan sabun. Tekanan Lye boleh diuji menggunakan Hydrometer. Melalui penggunaan alat tersebut sukatan air dan sukatan Kostik Soda dapat diketahui. Tekanan larutan adalah mengikut sukatan campuran air dan Kostik Soda yang diguna. Peningkatan tekanan berdasarkan penambahan kandungan Kostik Soda dan peningkatan isipadu air ke dalam campuran akan menurunkan tekanan larutan.

Selasa, 28 Mei 2019

AIR

Air terbahagi kepada dua jenis:-

i.                 Air Lembut
Air yang diperolehi dari air hujan, air terjun, air bekalan air paip.

ii.                Air Keras
Air yang diperolehi dari perigi, telaga, kolam, air sungai, air laut. Kandungan mineral yang terdapat dalam tanah akan menjadikan air tersebut air keras.

Terpulang kepada kandungan mineral yang terdapat di dalamnya, lebih banyak mineral yang terdapat dalam kandungannya maka tahap kekerasan sabun akan turut meningkat. Air yang kurang kandungan mineral di dalamnya boleh dikategorikan sebagai air lembut. Perubahan rasa akan terjadi mengikut tahap kandungan mineral di dalamnya.

Isnin, 27 Mei 2019

Kepentingan Air



Air adalah asas kehidupan. Air adalah satu-satunya bahan yang penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Kini keperluan air bersih untuk manusia telah menjadi agenda yang penting. Kebanyakkan kita yang hidup dalam suasana kemewahan air agak kurang untuk menghargai air. Berikan sumbangan kita kepada masa depan dunia dengan menjimatkan penggunaan air dalam kehidupan seharian.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *