Selasa, 28 Disember 2021

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Ada sesiapa lagi yang tidak atau belum lagi diberitahu tentang kebaikan produk sabun yang anda buat?

Pelanggan berpontesi akan melihat sesuatu dalam produk anda. Produk yang baik mempunyai daya penarik semulajadi.

Mungkin pelanggan sedang mencari jawapan untuk penyelesaian kepada masalah kulit akibat alergik pada sabun komersil yang dibeli di premis penjagaan diri. Mungkin mereka mengenalpasti dengan diri anda secara peribadi  yang sentiasa jujur dalam percakapan, perbuatan dan tindakan. Mungkin mereka pernah berpengalaman menggunakan sabun buatan anda dan ingin cuba sesuatu yang berbeza dari segi kepelbagaian sabun anda, dari segi warna, haruman, cara dan corak pembungkusan yang mempunyai sentuhan seni anda.



Mungkin mereka suka kepada baunya kerana haruman itu membuatkan mereka disenangi oleh tersayang.

Siapa tahu?

Tapi tugas anda adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada produk yang anda buat. Dalam cara yang anda perlihatkan kepada pelanggan yang menjadi sasaran seperti di minda anda. Anda mungkin memenuhi keperluan pelanggan istimewa yang bilangan kecil yang mungkin mahukan sabun tanpa sebarang haruman. Ia mungkin sangat kecil pasarannya. Tetapi itu telah menjadi antara sumber caruman keuntungan kepada perniagaan anda. Anda berfikir diluar kotak kerana anda sedang membawa kotak itu.  Membuat sabun untuk kegunaan sendiri yang berkualiti tentulah lebih baik daripada membuat sabun hanya untuk keuntungan peribadi sahaja. Sikap yang dimiliki oleh pembuat sabun inilah menjadikan sabun sendiri menjadi produk murni bagi orang yang mencari kemurnian.

Anda pastinya akan bertemu pelanggan yang amat menghargai kejujuran, yang bukan mahu mendapatkannya secara percuma tetapi sanggup membayar lebih kerana merekalah orang-orang yang amat mengagumi kerja anda.

Terdapat beribu-ribu cara untuk membuat produk anda benar-benar berbeza. Dalam berberapa kes mungkin ada orang yang paling tidak dapat menerima dengan apa yang anda cakap pada masa itu, tetapi tindakan jujur anda benar-benar berjaya menghasilkan produk luarbiasa. Anda boleh dan menjadi, kemudian anda menyedari anda sebenarnya telah berada dalam posisi menawarkan sesuatu yang unik. Ia mungkin dapat dijual lebih dari kuantiti yang anda fikirkan.

Bayangkan  dalam perjalanan terbang anda menuju destinasi pelancongan, seorang CEO yang berada di sebelah anda berkata, “saya mandi dengan sabun tanpa haruman kerana saya sentiasa guna pewangi dengan haruman kegemaran saya sendiri selepas mandi dan yang pasti saya tidak mahu dicemari bau wangi yang lain”.

YES…..    

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Isnin, 27 Disember 2021

BERMULA DENGAN PROJEK BERSKALA KECIL




BERMULA DENGAN PROJEK BERSKALA KECIL

Kebanyakan syarikat sabun yang besar dengan produk yang dilihat mewah kini sebenarnya, syarikat tersebut pada mulanya hanya berskala kecil. Ada yang bermula dari rumah. Menempuh pelbagai halangan, ada yang terus bertahan meskipun tidak berkembang tetapi dalam keadaan senyap dapat memberikan peluang kerja yang menarik. Perniagaan menjadi semakin maju seiring keuntungan, dapat diagihkan kepada pekerja yang setia saban akhir tahun. Oleh itu, jika anda mempunyai minat ke arah itu; anda boleh bermula mulai sekarang. Meskipun pada asasnya secara kecilan, ianya lebih baik daripada melakukan apa-apa dan kekal dengan tidak memiliki apa-apa pun. Dengan ketabahan, ketekunan dan seterusnya berkembang, atau hanya kekal kecil sebagai sumber pendapatan daripada hobi. Dalam lain perkataan, tidak seperti banyak perniagaan yang ideal dan kelihatan menonjol, ini adalah satu-satunya peluang paling sesuai untuk sesiapa yang bersedia sanggup bekerja untuk dijadikan satu laluan membangunkan diri sendiri.

Perniagaan sabun bukanlah skim cepat kaya. Terdapat banyak perkara perlu dilibatkan dan kerjanya amat menarik yang perlu dibuat secara ringan tetapi agak teliti. Apalagi bila tiba masa anda perlu membuat sabun memenuhi kuantiti yang diperlukan oleh pelanggan. Contohnya, anda menghasilkan sabun kreatif untuk cenderahati hari perkahwinan. Bayangkan temapahan yang anda terima seperti anda telah dapat menjual sabun mengikut bilangan tetamu majlis.

Membuat apa yang anda buat itu memenuhi keperluan pelanggan. Namun, setelah itu sabun yang baik akan mempunyai kelebihan serta dapat menjual dirinya sendiri. Nombor telefon yang terselit dikertas pembungkusan itu telah menjadi catatan penting kerana ia benar-benar dapat memuaskan hati pengguna serta akan membuat belian ulangan atau anda telah mendapat pelanggan baru. Produk sabun anda akan menjadikan perniagaan sabun anda mempunyai potensi tarikan yang sangat baik. Haruman yang diguna pilihan pelanggan. Apalagi antara tetamu yang hadir itu pengusaha hotel dan chalet.

Anda adalah founder bila mana anda berjaya menemui resipi untuk menghasilkan produk sabun berkualiti. Menempah produk siap yang telah sedia siap menggunakan resipi kilang OEM dan diletakkan jenama anda bukanlah founder namanya.  Jangan terkeliru dengan istilah tersebut.

Jika anda mengeluarkan produk sabun yang mempunyai idea unik yang mana anda yang buat atau cipta resipinya, sehingga produk itu menjadi viral. Anda dapat membuat jualan yang baik, boleh yakini, untuk anda membina asas produk berdasarkan ini. Ini hanyalah perkara untuk  membuat  produk hebat, dapat menjual dan memperolehi pendapatan yang terus meningkat. Anda boleh lakukan apa yang inginkan iaitu terus BERTINDAK sebaik sahaja anda siap merancangnya.

Jika anda berminat untuk membuat sabun buatan sendiri berskala kecil dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Sabtu, 25 Disember 2021

Beralih Hobi Dengan Memulakan Bisnes Pembuatan Sabun

Beralih Hobi Dengan Memulakan Bisnes Pembuatan Sabun

Artikel berikut adalah mengenai cara untuk memulakan perniagaan sabun di rumah. Adalah benar untuk memulakan perniagaan membuat sabun sama ada secara sambilan atau sepenuh masa bekerja dari rumah adalah antara cara mudah untuk menambahkan pendapatan. Ia mudah untuk anda bermula secara kecilan kerana ia hanya memerlukan sedikit modal.

Tambahan pula, bagi sesetengah orang aktiviti membuat sabun telah menjadi hobi popular, sebab utama ianya berprestij; sangat menarik dan boleh digubah dan dihias dengan pelbagai cara mengikut kreativiti anda sendiri.

Namun begitu, beralih dengan menukar minat kepada hobi baru iaitu membuat sabun adalah hobi yang boleh membawa keuntungan, ianya boleh menjana pendapatan. Ia boleh dibuat pada waktu yang anda tentukan, sama ada dengan waktu terancang atau ketika anda mempunyai masa yang terluang. Anda tidak mengikat diri anda dengan masa ketika anda mempunyai hobi ini, anda boleh berhenti pada bila-bila masa jika anda mempunyai urusan lain.

Untuk bermula, semestinya anda perlu yakin. Bagi tujuan itu, ambil masa, belajar bagi mendapat kefahaman dan tekun sebagai persediaan diri bagi menjayakan usaha anda untuk menghasilkan sabun. Semak artikel CaraBuatSabun berikutnya untuk mendapatkan tip dan idea.

Rabu, 8 Disember 2021

EBOOK SEJATPULIH

FORMULA MEMBUAT SABUN

Pelbagai formula atau resipi membuat sabun yang anda boleh 

pelajari untuk menghasilkan sabun yang benar-benar berkualiti 

dan bersesuaian dengan kulit anda. Sabun yang anda buat 

daripada hasil usaha boleh anda gunakan sendiri atau dijadikan 

hadiah kepada rakan taulan. Anda juga boleh memulakan 

usaha untuk menambahkan pendapatan dengan memasarkan 

sabun buatan anda. Jangan tergesa-gesa tetapi dalam zaman 

sekarang semuanya perlu cepat. Tanpa berlengah lagi luangkan 

masa anda untuk mendapatkan ilmu membuat sabun ini 

dengan melayari BLOG SABUN - CARABUATSABUN. Klik dan 

anda akan menemui banyak maklumat untuk membuat sabun. 

Setelah anda berpuashati, dapatkan sebuah 

EBOOK SEJATPULIH yang mengandungi pelbagai maklumat

 tentang pembuatan sabun, ianya bakal menjawab persoalan

 anda yang berkaitan. 

Untuk membuat sabun yang berkualiti, gunakan minyak 

yang berkualiti, elakkan daripada menggunakan minyak

 bermutu rendah.

Selasa, 7 Disember 2021

FORMULA MEMBUAT SABUN KETUL LEMBUT UNTUK BAYI

 

FORMULA MEMBUAT SABUN KETUL LEMBUT UNTUK BAYI

PERALATAN

Untuk membuat sabun anda memerlukan peralatan seperti yang tersenarai. (Sebaiknya gunakan peralatan ini disimpan dalam almari khusus, hanya untuk tujuan pembuatan sabun sahaja.):

1. Penimbang Digital – untuk menimbang berat bahan yang akan diguna.

2. Periuk stainless steel

3. Jag berskil, jenis kaca atau plastik yang tujuan menyukat.

4. Baldi atau tong plastik yang telah dibersihkan.

5. Senduk kayu atau plastik – untuk mengacau minyak atau kacau larutan lye.

6. Sudip

7. Termometer – 2 unit; 1 untuk minyak, 1 untuk lye

8. Acuan sabun – anda boleh gunakan seperti kotak kasut atau sebarang kotak, pastikan anda melapis kotak tersebut dengan plastik nipis bagi mengelakkan ianya melekat pada kotak.

9. Sarung tangan getah – pakai sepanjang masa semasa membuat sabun.

10. Gugel – cermin mata keselamatan

11. Kadbod untuk menutup acuan. Kaintebal atau guni untuk menudung acuan sabun yang ditutup.

12. Baju makmal, apron – jangan sesekali memakai pakaian tanpa ciri keselamatan seperti singlet dan seluar pendek (seluar keput). Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk melindungi badan anda.

13. Cuka – Ianya tidak digunakan dalam formula ini, tetapi dikekalkan sebagai bahan peneutralan sekiranya secara tidak sengaja larutan lye terkena pada kulit anda. Lye adalah beralkali dan boleh menyebabkan kecederaan pada kulit manakala cuka pula bersifat asid yang boleh meneutralkan lye. Tanda-tanda anda terkena percikan larutan lye ialah rasa sedikit pedih pada kulit. Jangan panic, hanya segera bubuh cuka pada bahagian yang terkena tepuk-tepuk sapu pada bahagian kulit yang terkena.

Bahan-bahannya:

Sukat dan timbang semua bahan yang digunakan menggunakan penimbang digital:

1. Minyak Kelapa                                                     -           85 gram

2. Minyak Jojoba                                                      -           28 gram

3. Minyak Zaitun                                                       -           710 gram

4. Natrium Hidroksid                                                 -           105 gram

5. Air Suling                                                                -           285 gram

6. Pati Minyak Wangi Chamomile atau Lavender -      14 gram atau 7 gram sejenis

 

Cara-Cara Membuatnya:

1. Sediakan air sejuk di dalam sinki bagi tujuan menyejukkan larutan lye ketika disediakan.

2. Pastikan semua tingkap dibuka atau sebaiknya buat larutan lye di luar rumah. Pakaikan sarung tangan getah, letakkan 285 gram air suling ke dalam jag dan tuang , isikan air ke dalam jag dan tuang air perlahan-lahan ke dalam bekas yang mengandungi lye sehingga 285 gram air itu habis dituang. Wap yang keluar amat berbahaya dan toksidan, jangan sekali-kali anda menghirup gas itu.  Kacau perlahan-lahan sehingga semua NaOH terlarut. Suhu larutan akan meningkat dengan cepat sehingga mencapai 105°C atau lebih. Masukkan bekas yang panas itu ke dalam air takungan sinki yang telah anda sediakan tadi, untuk menurunkan suhunya. Biarkan suhunya menurun hingga 37.5°C.

3. Campurkan semua minyak di dalam satu periok, kecuali pati minyak wangi lavender dan chamomile. Panaskan periuk yang mengandungi minyak hingga suhui mencapai 37.5°C. Tindakbalas ini berlaku sangat cepat. Anda perlu pastikan dan sediakan agar larutan lye dan minyak di dalam periuk pada masa yang sama dan serantak berada pada suhu 37.5°C. Inilah kebijakan anda dalam penyediaan membuat sabun. Gunakan air dalam sinki untuk menurunkan suhu minyak dan larutan lye agar mencapai 100oF.

4. Apabila larutan lye dan minyak telah berada pada suhu yang sama 37.5°C, tuang larutan lye ke dalam periuk yang mengandungi minyak itu. Dengan menggunakan sptula atau sudip kacau berterusan sehingga campuran itu membentuk bubur sabun. Tempoh mengacau mengambil masa pada kebiasaannya setengan jam atau sehingga 2 jam atau lebih. Kacau 15 minit, berhenti  10 minit, dan kacau kembali. Teruskan mengacau dan rehat hingga bubur sabun terbentuk.

5. Selepas bubur sabun terbentuk, masukkan pati minyak wangi dan kacaukan dalam bentuk garisan sekali sahaja. Kemudian tuangkan bubur sabun ke dalam acuan. Tutup acuan dengan kadbod dan tudung acuan sabun itu dengan kain tebal atau kain guni untuk menurunkan bagi memastikan suhu bubur sabun itu turun dengan perlahan-lahan.

6. Anda boleh membuka kain atau guni yang menudungnya, tetapi sabun itu sendiri mengambi masa berberapa hari untuk benar-benar mengeras. Sabun yang menggunakan formulasi campuran ini biasanya lembut dan perlu lebih lama sebelum dapat dipotong. Setelah sabun telah keras baru keluarkan daripada acuan dan potong ikut rekabentuk anda. Pada masa ini sabun masih lagi belum sempurna dan masih beralkali dan perlukan masa sehingga 6 minggu menjalani proses sejatpulih sebelum ianya dapat diguna sepenuhnya.

7. Sama ada anda seorang pembuat sabun yang telah mahir atau baru bermula, anda pasti menyukai harumannya, sabun berkrim – meskipun anak-anak di rumah telah membesar. Membuat sabun bayi untuk kegunaan sendiri, selebihnya jadikan hadiah kepada keluarga, jiran tetangga atau sahabat handai dibungkus dalam bungkusan yang menarik dan kreatif.

sejatpulih, carabuatsabun, caramembuatsabun

#carabuatsabun

 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *