Rabu, 30 Mac 2016

Tambah Pendapatan Dengan Sabun Organik



Ketahuilah cara-cara untuk menghasilkan sabun organik buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan dari sumber alam semulajadi seperti buah-buahan yang sememangnya diketahui mempunyai pelbagai khasiat.


Sabun organik telah mula menjadi pilihan generasi kini. Ada yang telah beralih untuk menggunakan sabun organik dengan alasan untuk tidak menggunakan sabun yang diperbuat dengan menggunakan bahan kimia. Inilah masanya yang paling sesuai untuk anda yang berminat menggunakan sabun organik buatan sendiri.

Bahan-bahan semulajadi seperti minyak tumbuhan, kelapa, kelapasawit, minyak zaitun, jarak, dengan penggunaan sireh, daun jambu, madu, kayu manis, kunyit dan sebagainya.

http://carabuatsabun.blogspot.com/p/pesanan.html











Selasa, 29 Mac 2016

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun Castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak jojoba.

Dalam masa moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun ketul yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu pengiklanan produk ini mula berkembang.

Isnin, 28 Mac 2016

Membuat Sabun Buku Sendiri



Inilah masanya, untuk anda mencipta nama dengan menghasilkan sabun bagi kegunaan sendiri, keluarga, dijadikan hadiah atau peluang untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya. Jangan berlengah lagi. Bertindaklah sekarang.


Ahad, 27 Mac 2016

Sabun Buku – Mandi



Berikut adalah formula untuk membuat sabun buku secara proses sejuk iaitu tanpa pemanasan haba.

Bahan-bahan:-

1. Minyak Kelapa Sawit, 200 gm
2. Minyak Zaitun, 20 gm
3. Kostik Lye, 114 gm
4. Warna Pilihan, 1 gm
5. Minyak Wangi Pilihan, sedikit

Cara-caranya:

Gunakan bekas plastik bersaiz 1 kg.

Penyediaan pewarna; masukkan sedikit minyak kelapa sawit ke dalam cawan dan masukkan pewarna. Kacau sehingga pewarna itu larut sepenuhnya. Gunakan kain nipis yang bersih tapis larutan berwarna itu dan masukkan ke dalam campuran minyak kelapa sawit dan minyak jarak dalam bekas plastik dan dengan menggunakan sudip kecil kacau sekurang-kurangnya 3 minit atau sehingga minyak itu larut sepenuhnya. Tuangkan Lye dan kacau selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati bubur sabun terbentuk dengan baik sekali. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali.

Tuang bubur sabun itu ke dalam acuan yang telah dilapik dengan plastik nipis. Biarkan bubur sabun itu untuk membeku semalaman. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau pemotong agar.

Bungkus dalam kertas yang menarik dan perkenalkan kepada rakan-rakan anda. Sabun buku buatan anda yang pastinya hebat.

Untuk Maklumat Tentang Bahan-bahan dan Kaedah Penyediaan Lye Ikuti Cara Membuat Sabun

Khamis, 17 Mac 2016

Bahan Kimia Untuk Sabun




Untuk membuat sabun tiga bahan yang paling penting diperlukan ialah ;

1. Minyak
2. Lye
3. Air bersih

Sabun tidak dapat dibuat tanpa tiga bahan itu. Manakala, untuk membuat sabun secara kecil-kecilan atau industri kecil dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan yang diperlukan ialah :-

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Wangian

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Wangian digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi dan tidak perlu dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya digunakan dalam sabun murah sahaja. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Senarai pembekal bahan kimia ada saya letakkan dalam blog yang kedua saya, akses akan diberikan kepada setiap pembeli ebook.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *