Jumaat, 15 Mei 2020

PROSES PEMBUATAN SABUN


Menganalisa proses pembuatan sabun daripada minyadan tindakapencucian sabun

·         menyatakan minyak
·         mengandungi asid lemak dan gliserol, 
·         memberikan satu contoh asid lemak, 
·         memerihalkan proses pembuatan sabun, 
·         menyatakan sabun sebagai garam yang dihasilkan daripada tindakbalas antara asid lemak dengan larutan natrium hidroksida, 
·         menyatakan ciri-ciri komponen molekul sabun, 
·         menerangkan tindakan pencucian sabun.

Lemak terdiri daripada kumpulan sebatian yang luas. Pada umumnya; lemak larut dalam pelarut organik dan biasanya tidak larut dalam air. Secara kimia, lemak merupakan gabungan tiga molekul gliserol dan asid lemak. Lemak mungkin membentuk pepejal atau cecair pada suhu bilik, bergantung kepada struktur dan komposisinya. Sungguhpun perkataan "minyak", "lemak", dan "
lipid" kesemuanya digunakan bagi merujuk kepada lemak, "minyak" biasanya merujuk kepada lemak yang bersifat cecair pada suhu bilik normal, sementara "lemak" biasanya digunakan bagi merujuk kepada lemak yang bersifat pepejal pada suhu bilik normal.'

Isnin, 11 Mei 2020

TINDAKAN PENCUCIAN SABUN


Tindakan Pencucian Sabun

Sabun ialah agen pencuci yang digunakan untuk menanggalkan kotoran bahan organik. Apabila dicampurkan ke dalam air, molekul sabun akan tercerai kepada ion natrium (atau ion kalium) dan ion sabun (anion sabun). 

Secara amnya, struktur ion sabun dapat digambarkan seperti lakaran di bawah. Ion sabun terdiri daripada dua bahagian iaitu :-


Jumaat, 1 Mei 2020

FORMULA MEMBUAT SABUN

FORMULA ASAS PEMBUATAN SABUN

Di sini adalah formula mudah untuk anda membuat sabun asas. Sabun ini boleh dibuat menggunakan minyak tumbuhan seperti minyak zaitun atau campuran minyak kelapa atau minyak kelapa sawit. Ianya sangat cantik dan lembut untuk kulit. Anda boleh membuatnya 
300 gram sabun dengan menggunakan bahan berikut:-

Bahan-Bahannya:-

240 ml Minyak zaitun atau campuran minyak kelapa atau kelapa sawit
80 ml Air
30 gram NaOH

Cara-cara Membuatnya:-

Jumaat, 27 Mac 2020

Membuat Sabun Susu Kambing



Membuat Sabun Susu Kambing untuk kegunaan sendiri adalah merupakan satu hobi yang memberikan kepuasan. Buatlah sabun untuk kegunaan sendiri, buat dan stok serta berikan hadiah kepada saudara mara dan sahabat taulan.

Pelajarilah ilmu yang bermanfaat ini.

Isnin, 6 Januari 2020

Membuat Sabun Untuk 2020


Pada sesetengah pengguna, sabun buatan sendiri adalah jauh lebih hebat.

Jika dibandingkan dengan sabun buku yang dibeli.

Sabun buatan sendiri mampu mengekalkan bahan semulajadi seperti gliserin dan pelembap, kedua-duanya membantu mencegah kulit anda daripada menjadi kekeringan atau gatal.

Jika anda membuat sabun, anda boleh memilih bahan yang benar-benar berkualiti untuk diletakkan ke dalam formula sabun anda; ini amat berguna kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, alahan atau kebimbangan mengenai kandungan bahan kimia.

Kemahiran membuat sabun, akan memberikan anda suatu kelebihan untuk membuatnya bagi kegunaan sendiri atau sebagai sumber baru untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya.

Semoga anda berjaya.



Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *