Anda Boleh Buat Duit Dengan Sabun?
Berdasarkan pengalaman saya,
jawapannya adalah...YA! Banyak orang dapat membuat pendapatan
secara separuh masa dengan membuat dan menjual sabun dan mereka telah membuat kejayaan.
Ada di antara mereka yang berjaya dengan luarbiasa. Tapi itu tidaklah begitu
mudah! Jika jawapan anda kepada soalan boleh anda buat duit dengan sabun dengan
mudah itu adalah "Tidak." Jika anda membuat sabun hanya sebagai hobi,
anda mesti mulakan berfikiran seperti usahawan untuk mencapai kebolehan membuat
duit.
Pertama, RAMAI TERSILAP
bila menyangka jumlah jualan anda mestilah cukup besar untuk mencapai sasaran
keuntungan anda. Dan anda memang sepatutnya mempunyai banyak matlamat. Ada banyak
cara untuk menjual sabun. Antaranya ialah sentiasa mencari peluang
untuk menyertai pesta kraf, pasar karat, pasar malam dan sebagainya. Anda boleh
jual secara consignment dengan kedai kraf, seluruh jualan di kedai runcit, jual
secara online. Kita RAMAI TELAH BERJAYA menerusi kemudahan Internet dengan
memanfaatkan media social seperti whatsapp, facebook, istagram, telegram dan
sebagainya.
Kos perlu diambilkira
dan bukannya hanya membayangkan nilai keuntungan semata-mata. Apabila satu
punca pendapatan dijana melalui perniagaan sabun, seperti juga peniaga
barangan kraf, sememangnya pelaburan modal pemula yang diperlukan adalah kecil
sahaja. Boleh katakan inilah satu-satu perniagaan yang boleh dimulakan dengan
modal yang kecil saja. Tiada sebab atau alasan untuk anda berkata sukarnya
mencari ilmu dan modal untuk berniaga. Kerana ianya berada di depan mata, janganlah terlalu berkira-kira. Kekadang
suatu usaha dengan sedikit pengorbanan yang kecil boleh menjadi asbab kepada
terbukanya jalan-jalan yang lebih baik.