Produk
Sabun Anda Menjadi Pilihan
Ada sesiapa lagi yang
tidak atau belum lagi diberitahu tentang kebaikan produk sabun yang anda buat?
Pelanggan berpontesi akan
melihat sesuatu dalam produk anda. Produk yang baik mempunyai daya penarik
semulajadi.
Mungkin pelanggan sedang
mencari jawapan untuk penyelesaian kepada masalah kulit akibat alergik pada
sabun komersil yang dibeli di premis penjagaan diri. Mungkin mereka mengenalpasti
dengan diri anda secara peribadi yang
sentiasa jujur dalam percakapan, perbuatan dan tindakan. Mungkin mereka pernah
berpengalaman menggunakan sabun buatan anda dan ingin cuba sesuatu yang berbeza
dari segi kepelbagaian sabun anda, dari segi warna, haruman, cara dan corak
pembungkusan yang mempunyai sentuhan seni anda.
Mungkin mereka suka
kepada baunya kerana haruman itu membuatkan mereka disenangi oleh tersayang.
Siapa tahu?
Tapi tugas anda adalah
untuk memberikan persembahan terbaik kepada produk yang anda buat. Dalam cara
yang anda perlihatkan kepada pelanggan yang menjadi sasaran seperti di minda
anda. Anda mungkin memenuhi keperluan pelanggan istimewa yang bilangan kecil
yang mungkin mahukan sabun tanpa sebarang haruman. Ia mungkin sangat kecil
pasarannya. Tetapi itu telah menjadi antara sumber caruman keuntungan kepada
perniagaan anda. Anda berfikir diluar kotak kerana anda sedang membawa kotak
itu. Membuat sabun untuk kegunaan
sendiri yang berkualiti tentulah lebih baik daripada membuat sabun hanya untuk
keuntungan peribadi sahaja. Sikap yang dimiliki oleh pembuat sabun inilah
menjadikan sabun sendiri menjadi produk murni bagi orang yang mencari
kemurnian.
Anda pastinya akan
bertemu pelanggan yang amat menghargai kejujuran, yang bukan mahu
mendapatkannya secara percuma tetapi sanggup membayar lebih kerana merekalah
orang-orang yang amat mengagumi kerja anda.
Terdapat beribu-ribu
cara untuk membuat produk anda benar-benar berbeza. Dalam berberapa kes mungkin
ada orang yang paling tidak dapat menerima dengan apa yang anda cakap pada masa
itu, tetapi tindakan jujur anda benar-benar berjaya menghasilkan produk
luarbiasa. Anda boleh dan menjadi, kemudian anda menyedari anda sebenarnya
telah berada dalam posisi menawarkan sesuatu yang unik. Ia mungkin dapat dijual
lebih dari kuantiti yang anda fikirkan.
Bayangkan dalam perjalanan terbang anda menuju destinasi
pelancongan, seorang CEO yang berada di sebelah anda berkata, “saya mandi
dengan sabun tanpa haruman kerana saya sentiasa guna pewangi dengan haruman
kegemaran saya sendiri selepas mandi dan yang pasti saya tidak mahu dicemari
bau wangi yang lain”.
YES…..
Jika
anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan
info CaraBuatSabun di sini.