Isnin, 27 Mei 2019

Kepentingan Air



Air adalah asas kehidupan. Air adalah satu-satunya bahan yang penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Kini keperluan air bersih untuk manusia telah menjadi agenda yang penting. Kebanyakkan kita yang hidup dalam suasana kemewahan air agak kurang untuk menghargai air. Berikan sumbangan kita kepada masa depan dunia dengan menjimatkan penggunaan air dalam kehidupan seharian.

Ahad, 26 Mei 2019

Apakah Lye?



Pembuat sabun tradisional membuat Lye dengan campuran abu dari kayu yang dibakar dengan air dan kemudian ianya ditapiskan. Bahan yang terhasil adalah kostik dan dinamakan ‘kostik Lye’.

Kini pembuatan lye adalah daripada kemajuan teknologi hasil penyelidikan di makmal. Bahan-bahan kostik yang digunakan untuk penyediaan Lye ialah Kostik Potash, Sodium Silikat, Potassium Karbonat  dan Soda Ash. 

Sabtu, 25 Mei 2019

Pembuatan Lye


Dalam proses pembuatan sabun, Lye adalah merupakan larutan yang disediakan dan paling penting. Tanpa Lye Bubur Sabun tidak akan terbentuk. Bubur Sabun terjadi sebaik sahaja Lye dicampur dengan minyak atau lemak dipanaskan. Meskipun hampir keseluruhan pembuatan sabun memerlukan Lye tetapi terdapat juga jenis sabun yang tidak memerlukan kepada penyediaan Lye.

Jumaat, 24 Mei 2019

Antara Senarai Wangian


Berikut adalah wangian yang biasa digunakan dan anda boleh memilih wangian untuk keluaran sabun anda.

1.                  Essence of Cassia.
2.                  Essence of Citronella
3.                  Essence of Jasmine
4.                  Essence of Lavender
5.                  Essence of Lemon Grass
6.                  Essence of Musk
7.                  Essence of Neroli
8.                  Essence of Rose
9.                  Essence of Thyme
10.              Essence of Sandalwood
11.              Oil of Almond
12.              Oil of Bergamot
13.              Oil of Clove
14.              Oil of Geranium
15.              Oil of Orange
16.              Oil of Peppermint


Khamis, 23 Mei 2019

MINYAK WANGI



Minyak wangi akan menghilangkan bau minyak dan NaOH yang tidak menyenangkan. Dan memberikan kesegaran wangian pada sabun yang digunakan.

Bahan-bahan wangi yang digunakan adalah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan iaitu bunga-bungaan dan kulit pokok. Terdapat juga minyak wangi buatan iaitu dihasilkan di dalam makmal. Harga minyak wangi adalah bergantung kepada sumber dan kaedah pembuatan. Harga minyak wangi yang digunakan adalah menjadi asas kepada harga sabun yang berkualiti tinggi.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *