Selasa, 4 Oktober 2022

SABUN SUSU KAMBING

 

SABUN SUSU KAMBING 

 

Bahan-bahan:- 

1. Minyak Kelapa Dara - 150 gm 

2. Minyak Kelapa Sawit - 2000 gm 

3. Minyak Zaitun - 350 gm 

4. Cocoa Butter - 400 gm 

5. Shea Butter - 385 gm 

6. Susu Kambing Segar – 1250 gm 

7. Natrium Hydroksid – 465 gm 

8. Pewangi pilihan - atas pilihan anda. 

 

 Cara-caranya: 

 

 Langkah 1 

 

 Sediakan acuan. Gunakan acuan atau bekas plastik bersaiz 5 kg.

 

 Langkah (2) – Penyediaan Lye Susu Kambing 

 

1. Susu kambing segar dibekukan dalam tray kiub ais sebanyak 1250 gram. Guna semasa ianya telah dibekukan sepenuhnya. 

2. Masukkan susu kambing beku ke dalam baldi yang boleh memuatkan 10 liter. 

3. Timbang NaOH sebanyak 465 gram. 

4. Masukkan NaOH ke dalam baldi yang telah diletakkan ais susu kambing terlebih dahulu. 

(INGAT : NaOH dituang ke atas Kiub Susu) 

5. Kacau perlahan-lahan sambil NaOH melarut bersama susu. 

 

 Langkah (3) – Penyediaan Minyak 

 

1. Di dalam periuk yang lain, campurkan kesemua minyak tersebut menjadikan 3285 gram. (Kombinasi minyak adalah bergantung kepada cadangan kualiti sabun anda) 

2. Panaskan sedikit dengan api yang perlahan 50oC sahaja. Kacau perlahan-lahan sambil pastikan cocoa butter dan shea butter larut dalam minyak sepenuhnya. 

 

 Langkah 4 – Menuangkan (2) ke dalam (3) 

 

1. Setelah semua minyak itu telah larut, padamkan api, alihkan periuk dan biarkan suhu menurun 38oC. 

2. Tuangkan lye susu kambing perlahan-lahan ke dalam periuk dan kacau dengan menggunakan sudip kayu selama 3 minit, rehat 30 saat dan kacau lagi 3 minit, rehat 30 saat dan kacau 3 minit lagi. Anda akan dapati Bubur Sabun terbentuk dengan baik sekali. 

3. Tuangkan minyak wangi pilihan anda dan kacau sekali. 

4. Tuang Bubur Sabun itu ke dalam ACUAN yang telah dilapis dengan plastik nipis. Untuk bentuk bulat boleh gunakan paip pvc garispusat 2”. 

5. Biarkan Bubur Sabun itu untuk membeku semalaman. 

6. Keesokkan harinya, keluarkan dan potong menggunakan pisau nipis atau jaluran dawai.

7. Rehatkan ketulan sabun di atas rak di tempat teduh selama 4 minggu untuk proses SEJATPULIH.

8. Bungkus sabun anda di dalam bungkusan kreatif anda.

9. Perkenalkan sabun buatan anda kepada kawan-kawan.

 

 

http://carabuatsabun.blogspot.com

 

Isnin, 3 Januari 2022

FORMULA MEMBUAT SABUN

Membuat sabun dengan menggunakan formula sendiri adalah satu kepuasan bagi anda yang ingin menghasilkan sabun yang unik atau mempunyai kelainan. Sebenarnya, terdapat pelbagai formula sabun boleh anda buat, terdapat cara dan kaedah yang mudah untuk membuat formula tersebut. Anda akan diberikan pendedahan tentang rahsia untuk merumus formula sabun sendiri. 

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Khamis, 30 Disember 2021

Anda Boleh Buat Duit Dengan Sabun?

 


Anda Boleh Buat Duit Dengan Sabun?

Berdasarkan pengalaman saya, jawapannya adalah...YA! Banyak orang dapat membuat pendapatan secara separuh masa dengan membuat dan menjual sabun dan mereka telah membuat kejayaan. Ada di antara mereka yang berjaya dengan luarbiasa. Tapi itu tidaklah begitu mudah! Jika jawapan anda kepada soalan boleh anda buat duit dengan sabun dengan mudah itu adalah "Tidak." Jika anda membuat sabun hanya sebagai hobi, anda mesti mulakan berfikiran seperti usahawan untuk mencapai kebolehan membuat duit.

Pertama, RAMAI TERSILAP bila menyangka jumlah jualan anda mestilah cukup besar untuk mencapai sasaran keuntungan anda. Dan anda memang sepatutnya mempunyai banyak matlamat. Ada banyak cara untuk menjual sabun. Antaranya ialah sentiasa mencari peluang untuk menyertai pesta kraf, pasar karat, pasar malam dan sebagainya. Anda boleh jual secara consignment dengan kedai kraf, seluruh jualan di kedai runcit, jual secara online. Kita RAMAI TELAH BERJAYA menerusi kemudahan Internet dengan memanfaatkan media social seperti whatsapp, facebook, istagram, telegram dan sebagainya.

Kos perlu diambilkira dan bukannya hanya membayangkan nilai keuntungan semata-mata. Apabila satu punca pendapatan dijana melalui perniagaan sabun, seperti juga peniaga barangan kraf, sememangnya pelaburan modal pemula yang diperlukan adalah kecil sahaja. Boleh katakan inilah satu-satu perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang kecil saja. Tiada sebab atau alasan untuk anda berkata sukarnya mencari ilmu dan modal untuk berniaga. Kerana ianya berada di depan mata, janganlah terlalu berkira-kira. Kekadang suatu usaha dengan sedikit pengorbanan yang kecil boleh menjadi asbab kepada terbukanya jalan-jalan yang lebih baik.

Rabu, 29 Disember 2021

Mulakan Perniagaan Membuat Sabun Milik Anda

 


Mulakan Perniagaan Membuat Sabun Milik Anda

Jurujual bercakap tetap Kelebihan Produk Anda. Itulah uniknya menjual produk anda. Apakah perkara unik mengenai produk anda? Bagaimana produk anda berbeza daripada pesaing? Jika tiada beza, bagaimana sepatutnya ianya dibuat dengan sedikit perubahan? Sedikit perbezaan itu menjadikan produk anda ada signature… itu mungkin yang dicari atau membuatkan orang mencarinya.  Jika benar-benar ia tiada sebarang perbezaan maka anda harus mengenali dan memahami seluruh idea mengenainya kerana anda mencuba untuk jual sesuatu yang unik ...

Ia bukannya sekadar,…  produk anda perlu berbeza, anggaplah ianya berbeza, begitulah. Apa yang berbeza mengenai perniagaan anda? Beritahu cerita anda, sama ada secara bersemuka atau dengan alat pemasaran. Biar sebegitu ramai orang tahu kenapa mereka patut pilih dan beli produk anda, dan tanya yang mana mereka sudah memilih untuk muktamadkan jualan. Menjual sabun adalah cabaran, cabaran yang untuk membuat duit, dan itulah sebenarnya seni yang menarik dalam permainan ini.

Jika anda melibatkan sabun anda dalam permainan anda, anda perlu memahami, anda cepat belajar! Anda telah membuat sesuatu terjadi, ianya memerlukan kerja yang bersungguh-sungguh. Sememangnya anda bakalan pergi ke tahap yang lebih tinggi kerana anda lebih baik lagi daripada saya. Namun, jika anda berkata belum ada sebarang produk. Ianya berada di depan mata anda. Sabun produk yang bertahan lama jika dibandingkan dengan berniaga menjual produk basah yang risikonya kena dihabiskan pada hari yang sama.

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Selasa, 28 Disember 2021

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Produk Sabun Anda Menjadi Pilihan

Ada sesiapa lagi yang tidak atau belum lagi diberitahu tentang kebaikan produk sabun yang anda buat?

Pelanggan berpontesi akan melihat sesuatu dalam produk anda. Produk yang baik mempunyai daya penarik semulajadi.

Mungkin pelanggan sedang mencari jawapan untuk penyelesaian kepada masalah kulit akibat alergik pada sabun komersil yang dibeli di premis penjagaan diri. Mungkin mereka mengenalpasti dengan diri anda secara peribadi  yang sentiasa jujur dalam percakapan, perbuatan dan tindakan. Mungkin mereka pernah berpengalaman menggunakan sabun buatan anda dan ingin cuba sesuatu yang berbeza dari segi kepelbagaian sabun anda, dari segi warna, haruman, cara dan corak pembungkusan yang mempunyai sentuhan seni anda.



Mungkin mereka suka kepada baunya kerana haruman itu membuatkan mereka disenangi oleh tersayang.

Siapa tahu?

Tapi tugas anda adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada produk yang anda buat. Dalam cara yang anda perlihatkan kepada pelanggan yang menjadi sasaran seperti di minda anda. Anda mungkin memenuhi keperluan pelanggan istimewa yang bilangan kecil yang mungkin mahukan sabun tanpa sebarang haruman. Ia mungkin sangat kecil pasarannya. Tetapi itu telah menjadi antara sumber caruman keuntungan kepada perniagaan anda. Anda berfikir diluar kotak kerana anda sedang membawa kotak itu.  Membuat sabun untuk kegunaan sendiri yang berkualiti tentulah lebih baik daripada membuat sabun hanya untuk keuntungan peribadi sahaja. Sikap yang dimiliki oleh pembuat sabun inilah menjadikan sabun sendiri menjadi produk murni bagi orang yang mencari kemurnian.

Anda pastinya akan bertemu pelanggan yang amat menghargai kejujuran, yang bukan mahu mendapatkannya secara percuma tetapi sanggup membayar lebih kerana merekalah orang-orang yang amat mengagumi kerja anda.

Terdapat beribu-ribu cara untuk membuat produk anda benar-benar berbeza. Dalam berberapa kes mungkin ada orang yang paling tidak dapat menerima dengan apa yang anda cakap pada masa itu, tetapi tindakan jujur anda benar-benar berjaya menghasilkan produk luarbiasa. Anda boleh dan menjadi, kemudian anda menyedari anda sebenarnya telah berada dalam posisi menawarkan sesuatu yang unik. Ia mungkin dapat dijual lebih dari kuantiti yang anda fikirkan.

Bayangkan  dalam perjalanan terbang anda menuju destinasi pelancongan, seorang CEO yang berada di sebelah anda berkata, “saya mandi dengan sabun tanpa haruman kerana saya sentiasa guna pewangi dengan haruman kegemaran saya sendiri selepas mandi dan yang pasti saya tidak mahu dicemari bau wangi yang lain”.

YES…..    

Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan membuat sabun buatan sendiri dapatkan info CaraBuatSabun di sini.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *