Selasa, 30 November 2021

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

 

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

1. Bekas atau Periuk



Bahan alkali yang digunakan adalah sangat mengkakis, oleh itu sentiasa gunakan periuk yang dibuat dari stainless steel. Periuk selain stainless steel; yang mengandungi aluminium, besi, timah boleh menyebabkan reaksi berbahaya jika bersentuhan dengan larutan alkali ini. Jangan dicuba! Reaksinya bahan kimia ini menghasilkan toksik. Anda boleh juga menggunakan gelas ukur pyrex atau sejenisnya dan bekas dari plastik yang agak tebal. Anda memerlukan dua bekas/ periuk, satu untuk tempat larutan alkali dan satunya lagi untuk tempat minyak sekaligus meraksikan sabun.



2. Pengisar Batang atau Alat Pemukul Telur

Jika penggaulan dilakukan dengan Alat Pemukul Telur maka boleh memakan waktu hingga satu jam. Untuk mempersingkat waktu penggaulan gunakan Pengisar Batang, hanya memakan waktu kurang lebih 5 – 10 minit. Sentiasa gunakan peralatan yang dibuat dari stainless steel!



3. Sudip, Spatula Getah atau Plastik

Untuk memastikan semua sabun masuk ke dalam acuan.

4. Penimbang Digital

Cara paling baik untuk mengukur bahan untuk membuat sabun adalah dengan mengukur beratnya (g, kg, ouns, pound, dll).

Mengukur dengan isipadu (ml, liter, cc, dll) sering tidak tepat. Ketidaktepatan dalam mengukur bahan dapat membuat komposisi sabun menjadi tidak baik, seperti terlalu banyak minyak, terlalu banyak alkali. (berlebihan).

Oleh itu, anda memerlukan sebuah alat penimbang yang baik. Menggunakan Penimbang Digital menjadikan kerja lebih mudah dan ukuran yang lebih tepat.

5. Acuan

Anda boleh membuat acuan asas dari kotak kertas seperti kotak kasut dan anda hanya perlu lapisi kotak itu dengan plastik. Terdapat juga acuan individual dengan pelbagai bentuk menarik, sesuai untuk homemade. Boleh menggunakan acuan kayu jika ingin membuat sabun dalam jumlah yang besar. Jangan menggunakan acuan dengan alas aluminium, seperti bekas bekas susu cair atau selinder kerepek. Untuk sabun berbentuk bulat penggunaan batang paip PVC merupakan pilihan dalam merekabentuk sabun buatan anda.

 

#carabuatsabun

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *