Isnin, 29 November 2021

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

 

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

Sediakan alat pemarut keju, satu ketul sabun Shinzui, satu tin susu steril bear brand kemasan putih, satu sudu makan madu lebah asli dan putih telur dari sebiji telur saja, juga balang plastic atau kaca boleh tutup yang bersih untuk menyimpan baki ramuan.

Parut sabun ketul shinzui di dalam besin agar teksturnya menjadi lebih halus dan mudah larut dengan alat parutan keju.

Setelah sabun itu selesai diparut, tambahkan susu beruang putih, madu dan putih telur.

Kecok semua bahan hingga tercampur rata dan warna adunan menjadi krim. Anda boleh menggunakan mixer atau blender agar hasil campuran bertekstur mulus tidak menggental.

Setelah semua bahan tercampur, pindahkan campuran ke dalam bekas.

Gunakan ramuan pada bahagian tubuh yang hendak diputihkan seperti leher, tangan, kaki, ketiak dan bahagian siku atau lipatan tubuh yang mengalami pigmentasi.

Hindari menggunakan ramuan ini di bahagian muka yang kulitnya lebih sensitive. Setelah melakukan cara memutihkan badan dengan Susu Beruang dan sabun Shinzui, cuba usahakan agar tidak langsung berada di bawah sinaran panas matahari.

Biarkan selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih atau mandi seperti biasa.

Ramuan ini dikatakan cukup selamat untuk digunakan setiap hari, namun jangan lupa menggunakan losyen setiapkali selesai perawatan untuk mencegah kulit daripada menjadi kering.

Gunakan bahan – bahan tersebut secukupnya, dan sisanya boleh anda masukkan ke dalam balang plastic atau kaca, tutup rapat untuk digunakan lain kali. anda boleh menyimpan ramuan ini di dalam peti ais selama tiga minggu.

AWAS: Harap dilabel, nantikan si abang ingatkan mayonislah pula.


#carabuatsabun

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *