Terdapat
lebih daripada 150 jenis minyak di dalam dunia ini. Antaranya terkandung minyak
makan, minyak bahanapi, minyak ubat, minyak wangi dan sebagainya. Bukan mudah
semua orang dapat menggunakan semua minyak. Ada juga antara kita yang tidak
tahu semua nama minyak. Lagipun bukan semua orang membuat kerja berasaskan
minyak. Tetapi untuk menceburi bidang ini, kita perlu mengetahui bahan-bahan
yang akan kita gunakan.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Ahad, 5 Mei 2019
Sabtu, 4 Mei 2019
Lain-lain Minyak
Dalam
minyak fosil yang diperolehi daripada aktiviti penggalian dari bumi seperti
minyak api, minyak diesel dan minyak petrol tidak mempunyai gliserin garam atau
bahan lemak. Oleh sebab itu minyak-minyak tersebut tidak boleh digunakan untuk
membuat sabun.
Jumaat, 3 Mei 2019
Minyak Yang Sesuai Untuk Sabun
Antara
tiga bahagian minyak tersebut minyak dari tumbuh-tumbuhan adalah sungguh sesuai
untuk membuat sabun. Dalam minyak tumbuhan terdapat gliserin, alkali dan
kimia-kimia lemak. Gliserin dan bahan-bahan lemak membuat untuk menukarkan
bahan-bahan sabun dan menjadikan sabun. Oleh itulah diketahui bahawa minyak
tumbuh-tumbuhan sungguh sesuai untuk membuat sabun.
Lemak
yang didapati dari binatang-binatang juga boleh menjadikan minyak. Dalam minyak
ini terkandung gliserin dan bahan lemak yang sesuai untuk sabun. Tetapi minyak
ini patut dicampurkan dengan minyak tumbuhan untuk membuat sabun.
Khamis, 2 Mei 2019
Pemilihan Minyak Untuk Membuat Sabun
Minyak Tumbuh-Tumbuhan
Keluaran minyak dari
pokok-pokok tumbuhan, biji-bijian dan buah-buahan. Misalnya, minyak bijan,
kelapa, minyak kacang, minyak lenga, minyak kelapa sawit, minyak cendana dan
lain-lain lagi.
Minyak Haiwan
Keluaran minyak atau lemak
dari haiwan seperti lembu, ayam, khinzir, ikan dan sebagainya.
Rabu, 1 Mei 2019
Minyak
Minyak adalah di antara bahan
yang penting untuk kehidupan manusia ialah minyak. Minyak boleh diperolehi daripada tumbuhan,
lemak binatang-binatang dan juga dari sebahagian ikan. Manakala minyak fosil
untuk bahanapi pula adalah sebatian hidrokarbon yang diperolehi dari perut
bumi.
Minyak terbahagi kepada lima
bahagian:-
(a) Minyak
makan, (edible oil)
(b) Minyak
haiwan, (animal fats)
(c) Minyak
fosil, (fuel oil)
(d) Minyak
wangi, (aromatic oil)
(e) Minyak
ubat, (medicated oil)
Langgan:
Catatan (Atom)