Minyak Linseed (Linseed oil)
Minyak Linseed ini berwarna
kuning dan tebal kandungannya. Minyak ini diperolehi dari biji Lin iaitu buah
pokok Flex.
Minyak ini juga digunakan
oleh pencetak-pencetak dakwat pencetakan. Minyak ini boleh dicampur dengan
minyak-minyak lain samarata dan sabun yang diperbuat daripadanya adalah lembut
dan berbuih. Oleh kerana minyak ini agak mahal sedikit, orang-orang Eropah
menggunakan minyak ini untuk membuat sabun yang bermutu tinggi dan mahal
harganya.
Minyak
Zaitun
Minyak zaitun diperolehi dari
biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini
berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.