Sodium Silikat biasanya
dikenali dengan nama soda basuh. Ianya boleh diperolehi dalam bentuk cecair dan
serbuk. Ianya digunakan secara kombinasi dengan Kostik Soda atau Kostik Potash
dalam pembuatan sabun bagi menjadikan sabun yang dihasilkan itu keras. Jika
terlebih, sabun akan keras seperti batu.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Rabu, 15 Mei 2019
Selasa, 14 Mei 2019
Sodium Karbonat
Sodium Karbonat tidak
mempunyai bahan pedas yang banyak dan tidak bahaya. Dalam proses pembuatan
sabun, Sodium Karbonat tidak digunakan bersendirian tetapi ia akan
dikombinasikan dengan Kostik Soda atau Kostik Potash, bahan lemak atau resin.
Sodium Karbonat akan menjadikan minyak berbuih dengan banyak dalam periuk. Oleh
itu, pastikan periuk yang lebih besar digunakan untuk mengelakkan ianya tumpah.
Isnin, 13 Mei 2019
Kostik Potash
Kimia ini dinamakan Potassium
dalam kajian sains. Ianya mempunyai bahan pedas lebih banyak dari Kostik Soda.
Ia juga mempunyai kuasa menarik air lebih kuat dari Kostik Soda. Oleh itu kimia
ini juga digunakan dengan perhatian teliti seperti Kostik Soda.
Ahad, 12 Mei 2019
Kepentingan Kostik Soda
Pemahaman tentang Kostik Soda
amatlah penting dalam proses pembuatan sabun. Anda akan dapat menetukan dan
bahan pedas Kostik Soda itu bahagian apakah Kostik Soda itu. Pengetahuan anda
berhubung jenis Kostik Soda ini akan membantu anda dalam buatan sabun (ada tiga
cara membuat sabun yang kami akan bincang dalam pelajaran berikut).
Sebagai contohnya:- Jika anda
ketahui Kostik Soda itu mengandungi bahan pedas 76 hingga 77 peratus ini
mempunyai bahan pedas yang banyak. Soda ini boleh digunakan untuk membuat sabun
“cara sejuk”.
Sabtu, 11 Mei 2019
Natrium Hidroksid
Nama yang biasa disebut ialah
Kostik Soda. Ini adalah satu kimia garam
yang pedas dan ia boleh memasakkan
lain-lain bahan. Elakkan terkena pada kulit dan anggota badan kerana
ianya boleh menyebabkan bahagian yang terkena akan melecur. Oleh itu
berhati-hati apabila menggunakannya.
NaOH mempunyai kuasa menarik
air dan karbon dioksida dalam udara. Oleh itu ianya perlu disimpan dalam bekas
yang bertutup rapat. Gunakan sudu plastik ketika mengeluarkannya, jangan
sekali-kali menggunakan tangan. Bekas yang menyimpan bahan ini perlu ditutup
segera apabila dibuka.
Langgan:
Catatan (Atom)