Dalam proses pembuatan sabun,
Lye adalah merupakan larutan yang disediakan dan paling penting. Tanpa Lye Bubur
Sabun tidak akan terbentuk. Bubur Sabun terjadi sebaik sahaja Lye dicampur
dengan minyak atau lemak dipanaskan. Meskipun hampir keseluruhan pembuatan
sabun memerlukan Lye tetapi terdapat juga jenis sabun yang tidak memerlukan
kepada penyediaan Lye.
Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.
Sabtu, 25 Mei 2019
Jumaat, 24 Mei 2019
Antara Senarai Wangian
Berikut adalah wangian yang
biasa digunakan dan anda boleh memilih wangian untuk keluaran sabun anda.
1.
Essence of Cassia.
2.
Essence of Citronella
3.
Essence of Jasmine
4.
Essence of Lavender
5.
Essence of Lemon Grass
6.
Essence of Musk
7.
Essence of Neroli
8.
Essence of Rose
9.
Essence of Thyme
10.
Essence of Sandalwood
11.
Oil of Almond
12.
Oil of Bergamot
13.
Oil of Clove
14.
Oil of Geranium
15.
Oil of Orange
16.
Oil of Peppermint
Khamis, 23 Mei 2019
MINYAK WANGI
Minyak wangi akan
menghilangkan bau minyak dan NaOH yang tidak menyenangkan. Dan memberikan
kesegaran wangian pada sabun yang digunakan.
Bahan-bahan wangi yang
digunakan adalah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan iaitu bunga-bungaan dan kulit
pokok. Terdapat juga minyak wangi buatan iaitu dihasilkan di dalam makmal.
Harga minyak wangi adalah bergantung kepada sumber dan kaedah pembuatan. Harga
minyak wangi yang digunakan adalah menjadi asas kepada harga sabun yang
berkualiti tinggi.
Rabu, 22 Mei 2019
CARA UNTUK MENCAMPURKAN WARNA KE DALAM SABUN
i.
Warna
Minyak
Ambil
sedikit minyak asas sabun anda dan larutkan dengan perwarna yang akan
digunakan. Kacau hingga sebati kemudian gunakan kain nipis dan tapiskan
campuran minyak dan warna terlarut tadi.
Kemudian minyak yang telah berwarna
itu campurkan dalam minyak yang anda akan gunakan untuk membuat sabun tersebut.
ii.
Warna
Air
Selasa, 21 Mei 2019
CARA MENCAMPURKAN WANGIAN KE DALAM SABUN
Terdapat dua proses pembuatan
sabun iaitu cara sejuk dan cara panas. Dalam proses pembuatan cara sejuk. Bahan
wangian dicampur setelah Bubur Sabun yang terhasil akan dimasukkan ke dalam
acuan, wangian dicampurkan dan dikacaukan dan sekali dan Bubur Sabun itu
dituang ke dalam acuan.
Bahan wangian hendaklah
dicampurkan setelah pembetukan Bubur Sabun. Wangian tidak boleh dicampurkan
ketika minyak sedang bertindak dengan bahan kimia untuk menghasilkan Bubur
Sabun kerana bahan kimia akan melenyapkan wangian yang dimasukkan.
Langgan:
Catatan (Atom)