Ahad, 1 November 2015

Natrium Hidroksid



Natrium Hidroksid adalah bahan kimia utama dalam penyediaan lye untuk membuat sabun. Lye akan bertimdak dengan minyak bagi membentuk bubur sabun. Tindakbalas ini dikenali sebagai proses saponifikasi.

Beberapa langkah keselamatan perlu diketahui serta cara untuk mengendalikan Natrium Hidroksid, dan yang paling penting berhubung sukatan yang betul untuk menyediakan lye. Lye dibuat dengan mencampurkan Natrium Hidroksid kepada air suling.

Kepada anda yang ingin membuat sabun dengan menghasilkan sabun berjenama sendiri, dapatkan maklumat lengkap sebelum memulakannya. Semua ini diterangkan dalam E-Book Cara Membuat Sabun.

Rabu, 9 September 2015

Pelajarilah Cara Membuat Sabun

Assalamualaikum wbt. Melalui laman blog ini saya akan menerangkan kepada anda. Bagaimana anda boleh belajar membuat sabun dan mula membuatnya secara kecil-kecilan dan menambahkan pendapatan sampingan anda dengan jayanya.

Respon anda amatlah dihargai.

Semoga anda memahami dengan penerangan yang akan saya berikan. Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan terperinci dengan segera, sila hubungi saya melalui e-mail saya : trilionwan@gmail.com

UNTUK PESANAN KLIK

Selasa, 25 Ogos 2015

Formula Syampo Badan Untuk Mandian



Formula di bawah ialah untuk membuat syampo badan untuk mandian iaitu sabun cecair digunakan untuk mandian.

Bahan-bahannya:

Minyak Kelapa Sawit
Minyak Kelapa
Minyak Zaitun
Lye Kostik Potesh
pewangi pilihan
pewarna


Cara-caranya:

1. Sediakan dahulu sehari sebelum digunakan Lye Kostik Potesh dengan mencampurkan Potassium Hydroxide ke dalam Air Suling dan biarkan melarut.

2. Timbang minyak yang akan digunakan dan campurkan ketiga-tiga minyak itu sehingga sekata, panaskan minyak tersebut sekiranya minyak kelapa membeku.

3. Campurkan pewarna dengan sedikit minyak dan tapiskan dengan kain nipis.

4. Ketika suhu minyak sekitar antara 45-50 C, masukkan larutan Lye Kostik Potesh dan kacau hingga cairan sabun terbentuk dan masukkan pewarna dan pewangi pilihan anda.

5. Kacau lagi hingga larut dan syampo mandian dengan pewangi pilihan anda telah sedia digunakan. Masukkan syampo mandian ke dalam botol yang menarik.

Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan syampo mandian anda sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIK CARA MEMBUAT SABUN.

Selasa, 21 Julai 2015

JUJUR ASAS KEJAYAAN

Kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi.

Sifat ini perlu menjadi pegangan utama kepada sesiapapun yang dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan melalui perniagaan sabun hingga ke peringkat global.

Sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini. Dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri sifat keperibadian yang mulia iaitu kejujuran dapat meyakinkan mereka yang akan mengabungjalinkan idea dan tindakan yang akan menjurus kepada kejayaan.

Rabu, 1 Julai 2015

PERSEDIAAN UNTUK ELAKKAN SITUASI MUDAH MISKIN

Hari ini jika anda mempunyai pekerjaan, bererti anda ada mempunyai sumber pendapatan tetap. Dengan pendapatan daripada penggajian, anda merancang dan membiayai segala keperluan perbelanjaan kos tetap anda. Andai kata, esok atau bulan depan atau dua tiga bulan lagi atau tahun depan ataupun pada bila-bila masa anda tidak lagi bekerja atau diberhentikan. Berapa  lama anda boleh bertahan dengan simpanan yang anda ada?


Itu kalau anda ada menyimpan lebihan. Apa halnya jika gaji yang diperolehi selama ini hanya sekadar cukup makan dan banyak juga bil-bil yang masih tertunggak, kredit kad, dengan tayar dan kereta yang juga perlu diservis. Mungkin hutang itu akan hanya sedikit berkurang tatkala anda mendapat bonus pada akhir tahun yang juga tidak mampu membawa anda dan keluarga untuk pergi melancong.

Dibuang atau diberhenti kerja tidaklah mengejutkan jika anda telah bersedia untuk menghadapinya. Ini dapat diketahui melalui maklumat bahawa perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. 

Biasanya terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat oleh pekerja bahawa pembuangan pekerja akan dilakukan. Sebagai pekerja, anda boleh melihat sesuatu yang tidak kena seperti sebelum ini; mungkin terdapat semakin kurang kerja kerana permintaan yang semakin merosot untuk produk yang dikeluarkan. 

Adakah syarikat itu sedang membuat pengambilan pekerja atau telah menghentikannya? Jika kerja semakin perlahan dan permintaan semakin merosot ia bukanlah tanda yang baik. 

Jika syarikat mendapat keuntungan yang sedikit atau berada dalam keadaan bahaya anda boleh menjangkakan dengan meneliti angka jualan, kos dan keuntungan. 

Langkah pemotongan kos juga menunjukkan syarikat bermasalah seperti pembiayaan sepenuhnya untuk percutian kakitangan. Pemotongan kos juga mungkin termasuk pengurangan tenaga kerja. 

Jadi sebenarnya terdapat banyak tanda yang boleh anda jadikan iktibar yang menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan syaritkat itu. Kadangkala tandanya lebih jelas dalam jabatan tertentu. Sebagai contoh, bahagian jualan dan pemasaran akan merasakannya terlebih dulu sebelum bahagian pengeluaran. 

Mereka yang berada di jabatan perakaunan akan mengetahui bagaimana buruknya situasi itu. Anda perlu bercakap dengan teman anda di jabatan lain untuk mendapat maklumat mengenai situasi kewangan syarikat.

Semua cabaran dan kemungkinan ini tidak akan mampu mengugat kestabilan ekonomi apabila anda mempunyai ilmu dan kemahiran yang boleh menjana pendapatan. Apalah sangat yang perlu anda takutkan untuk mendapat maklumat yang berharga ini. Sediakan payong sebelum hujan. Biarlah anda tahu cara membuat sabun.

Selasa, 23 Jun 2015

SUKSES SEBAGAI USAHAWAN

TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA
DENGAN JAYANYA ......

TAHNIAH KERANA SAAT INI ANDA TELAH HADIR KE LAMAN YANG AKAN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN HIDUP YANG ANDA HARAPKAN. JANGAN BERLENGAH LAGI… BERTINDAKLAH SEKARANG JUGA…..

PELBAGAI FORMULA

Pelajarilah cara membuat sabun untuk mandi, mencuci pakaian, membersih lantai, syampo, peluntur, softner dan sebagainya untuk kegunaan sendiri, hadiah atau untuk memulakan perniagaan bagi menambahkan pendapatan anda dengan jayanya.
DAPATKAN SEKARANG JUGA

Untuk anda yang memesan EBook Cara Membuat Sabun .....
Sebuah ebook tambahan Produk Industri akan diberikan secara percuma. Jangan lepaskan tawaran ini.



Sabtu, 6 Jun 2015

Dapatkan Wang Tambahan

Membuat Wang Melalui Jualan Sabun - Belajar membuat sabun dan mula membuat wang melalui penjualan sabun adalah manfaat daripada setelah membuat sabun yang baik. Ia mengambil beberapa langkah asas yang sememangnya tiada kesukaran.




.

Menjual Sabun - Untuk membuat pelan pendapatan lumayan ianya bergantung kepada kebolehan anda untuk boleh menjual dalam kuantiti, dan sama ada anda boleh membuat produk yang berkualiti pada kos yang sememangnya berpatutan. Membuat sabun secara homemade dan menjualnya sebagai produk organik adalah satu-satunya idea yang hebat untuk didengar dan diperkatakan.

Jumaat, 29 Mei 2015

Pendapatan lumayan milik anda

TETAPKAN MATLAMAT ANDA, KERANA ANDA BOLEH BERJAYA




Adakah penyataan di bawah ini terjadi kepada anda?

  • Bosan kerja dengan pendapatan yang kecil tetapi ingin memiliki kemudahan hidup juga seperti orang lain?
Ikut segala teknik dan prinsip yang digariskan, terus bertindak, usaha berterusan dan kelak anda mampu untuk mempunyai tambahan pendapatan yang lebih baik.

  • Surirumah atau ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja tetap dan mempunyai banyak masa untuk membuat kerja sambilan?
Pelajari cara membuat sabun dan sesuaikan dengan keadaan dan lakukan bila anda mahu.

  • Pencen dan kebosanan?
Jangan terus pencen! Siapa kata anda tidak produktif pada usia emas?

  • Tidak dapat bekerja teruk disebabkan masalah kesihatan?

Adakah terdapat keadaan fizikal yang menghalang anda untuk bergerak cergas? Asasnya anda boleh meminta sedikit bantuan bagi perkara yang anda benar-benar tidak dapat lakukan

  • Lepasan sekolah atau belia yang tiada punca pendapatan tetapi mempunyai masa terluang?
Kos memulakan projek ini amatlah kecil, bergantung kepada kemampuan anda untuk menentukan skala bisnes anda.

  • Gemar mencari ilmu untuk hidup berdikari?
Gunakan masa lapang anda sekarang, sedikit usaha dan berikan ruang pada diri anda untuk mengetahui cara membuat sabun sebagai langkah persediaan masa depan.

Jika jawapan anda YA, pada mana-mana persoalan di atas, pasang niat untuk berubah dan mempelajari Cara Membuat Sabun adalah satu alternative untuk kejayaan anda.

Klik CARA MEMBUAT SABUN untuk memulakan titik perubahan anda. Semoga anda sukses.

Jumaat, 8 Mei 2015

Menambah Pendapatan Berganda Dengan Serbuk Pencuci

Kami merasa bangga jika anda dapat menghasilkan serbuk pencuci yang benar-benar mencuci pakaian. Kadangkala kita tertarik kepada kepelbagaian warna, walhal warna hanyalah daya penarik tetapi tidak memberi kesan dalam menanggalkan kotoran yang optimun. Setengah warna mungkin perlu untuk menjadikan warna berseri seperti warna biru pada nila atau warna-warna untuk menyegarkan warna pakaian yang sewarna dengannya, yang kadangkala akan melusuhkan warna pakaian yang lain pula.


Untuk maklumat lanjut: sila klik:- http://carabuatsabun.blogspot.com/2013/05/serbuk-pencuci-sabun-serbuk.html


Sabtu, 2 Mei 2015

Komen Daripada Hasil Pencapaian



Mempunyai asas yang lengkap dalam pembuatan sesuatu produk, sebelum memulakan penghasilan produk adalah langkah terbaik untuk bertahan dalam bidang yang akan diusahakan. Untungnya, apa yang kami laksanakan ini telah memberikan keyakinan dan harapan dalam menyokong anda untuk berjaya dalam bisnes dan menghargai potensi yang sememangnya sedia membuat transformasi yang lebih baik. Kami menerima banyak ucapan terima kasih atas kejayaan yang telah mereka perolehi. Alhamdulillah, syukur. Itu adalah nikmat atas titik peluh anda. Kepada mereka semua; kami ucapkan tahniah kerana anda mempunyai keyakinan yang mantap. Bermula dengan sedikit pelaburan dan komited mendapat ilmu yang jelas. 

Anda akan BERJAYA.


Khamis, 9 April 2015

Jenama Sabun Anda Memberi Pulangan Berbaloi


Sebaik anda menceburkan diri dalam bidang pembuatan sabun, tentunya anda akan memasarkan produk anda di pasaran. Nah!!! Anda mungkin mempunyai perkataan yang sangat menarik untuk dijadikan jenama sabun anda. Kalau anda belum membuat sabun pun anda mungkin ada idea hebat untuk dijadikan jenama sabun. Mungkin anda sedang tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dijadikan jenama. Jenama yang bakal menguasai pasaran sabun dunia.

Berikut adalah syarikat pengeluar atau jenama sabun keluarannya.

Ach. Brito, Barf , Biechele Soap, Boraxo, Camay, Caswell-Massey, Chandrika ,Coast ,Defense Soap, Dettol, Dial ,Dove (toiletries), Fels-Naptha, Fenjal,Hamam (soap),Imperial Leather, Irish Spring, Ivory ,Kerala Soaps Limited,L'Amande, Lano, Lava ,Lever 2000,Lifebuoy ,Liril, Lux, Margo, Medimix, Mysore Sandal Soap, Pears soap, Rozalex Safeguard , Sapolio, Sebamed, Shower Shock, Simple Skincare, Sunlight, Swan Soap, Swarfega, Wright's Coal Tar Soap, Zest .

Saya pasti anda juga mempunyai idea untuk memberikan jenama yang terbaik untuk produk sabun anda.

KEPENTINGAN CAP DAGANGAN DALAM PERNIAGAAN 

Cap dagangan adalah merupakan antara cabang daripada komponen harta intelek. Cap dagangan atau trade mark di dalam bahasa Inggeris adalah komponen cap dagangan yang paling mudah ditemui di sekeliling kita. Setiap produk atau perkhidmatan yang kita gunakan seharian mempunyai cap dagangan tersendiri.

Secara umumnya, cap dagangan merujuk pada suatu tanda yang boleh membezakan antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan pemilik lain. Cap dagangan biasanya dirujuk sebagai jenama atau logo sesuatu produk atau perkhidmatan.

Cap dagangan diwujudkan bagi memudahkan pelanggan memilih sesuatu barangan di dalam kategori yang sama.

Sebagai contoh, pengeluar barangan sabun A menggunakan jenama CAP BUNGA bagi membezakan barangan sabunnya dengan pemilik barangan sabun B, yang mana pemilik sabun B menggunakan jenama CAP BURUNG bagi sabunnya. Maka di sini pelanggan akan dapat membezakan di antara sabun A dan sabun B menerusi jenama CAP BUNGA dan CAP BURUNG.

Cap dagangan tidak terhad kepada jenama atau logo semata-mata, ia merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, gambar, logo dan kombinasi antaranya.

5 Fungsi Cap Dagangan 

#1 – Fungsi Identiti Cap dagangan membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan.

 #2 – Fungsi untuk membuat pilihan Cap dagangan membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah.

 #3 – Fungsi kualiti Pelanggan memilih sesuatu cap dagangan berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan.

 #4 – Fungsi pemasaran Cap dagangan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan.

 #5 – Fungsi ekonomi Cap dagangan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai cap dagangan itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik cap dagangan mempunyai pilihan untukmelesenkan atau memindahkan hak milik cap dagangan dengan ganjaran yang tinggi.

Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Permohonan untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap dagangan.

Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman yang melibatkan cap dagangan.

 

Rabu, 8 April 2015

Produk Sabun Mampu Bertahan Di Pasaran



Lux adalah jenama sabun kecantikan yang diedarkan oleh Unilever dari Britain sejak 1925. Sabun Lux menjadi hebat kerana ia mampu bertahan kerana kualitinya yang sentiasa dijaga dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Selain sabun, Lux juga termasuk jenama shampo, shower gel, dan kondisioner. Syarikat Unilever mula mengeluarkan produk sabun sejak tahun 1899 sebagai Sunlight Flakes.

Sasaran pasaran syarikat ini adalah pengguna di berbagai negara, seperti Afrika Selatan, Arab Saudi, Thailand, Brazil, India, dan Indonesia.

Bayangkanlah betapa unggulnya produk syarikat ini hingga mampu bertahan dan berada di pasaran sejak 116 tahun lalu hinggalah ke hari ini.

Jenama Lux terbitan syarikat ini sudah menjangkau usia 90 tahun. Inilah masanya, untuk anda memutuskan kepada diri anda untuk menjadi pengasas produk jenama sendiri yang mampu bertahan dari generasi ke generasi. Anda juga tentunya ingin mengusahakan perusahaan yang boleh diwarisi.

Banyak perkara yang perlu dipelajari, tetapi jika anda telah memulakannya pada hari ini, sudah tentu banyak pengalaman dan pelbagai perkara telah anda pelajari dan sudah pasti ianya tidak akan sama untuk anda memulakannya pada 10 tahun yang akan datang.

Jika banyak perkara yang telah anda tinggalkan dahulu, jangan lagi dibiarkan, masa terus berlalu sebenarnya bukan perkara itu yang anda tinggalkan tetapi anda sebenarnya peluang keemasan itulah yang telah meninggalkan anda. Jom bertindaklah hari ini.

Ahad, 22 Mac 2015

FORMULA MEMBUAT SERBUK PENCUCI - Sabun Serbuk

Pada masa kini, penggunaan serbuk pencuci adalah lebih berbanding sabun buku untuk mencuci pakaian.Serbuk pencuci menjadi pilihan kerana ianya lebih mudah digunakan. Selain mencuci kain, serbuk pencuci digunakan untuk mencuci lantai, dinding, dapur dan peralatan untuk memasak dan pinggan mangkuk. Perbezaan kegunaan memerlukan penggunaan bahan kimia yang berbeza bagi mencekapkan kerja-kerja pembersihan untuk membuang kekotoran. Kandungan kimia tertentu untuk tindakan pembersihan tertentu.


Penggunaan serbuk pencuci menjadi meluas setelah perang dunia kedua. Penggunaan bahan kimia terbitan “Petro Chemicals”. Permintaan terhadap keperluan bahan cucian jenis yang baru terjadi berikutan pada masa tersebut kain-kain Wollen, Sutera serta kain-kain sintetik seperti Terlin, Tetron mula diperkenalkan dalam masyarakat. Sabun buku tidak dapat mencuci kain jenis baru dengan cekap.

Penemuan bahan kimia baru telah menghasilkan serbuk pencuci yang dapat membersihkan kotoran pada kain jenis sintetik dengan lebih bersih bercahaya. Serbuk pencuci ini bukan sahaja membersihkan kain jenis baru tetapi mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sedia ada dengan lebih baik. 


Permintaan terhadap serbuk pencuci di seluruh dunia telah meningkat berikutan kecekapan dan dapat digunakan dengan lebih mudah. Pelbagai jenama terdapat di dalam pasaran seperti Fab, Hola, Breeze, Drive, Harimau, dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pengguna. Proses pembuatannya menggunakan jentera dan kimia, dengan kawalan pengeluaran menjadikan serbuk pencuci bermutu dikeluarkan.

Antara serbuk pencuci yang didapati dalam bungkusan bag adalah serbuk pencuci untuk mencuci kain dan pakaian, dan untuk mencuci lantai simen dan sebagainya.

Serbuk pencuci boleh diperolehi dibungkus dalam botol-botol plastik untuk mencuci pinggan-mangkuk dan alat perkakas dapur. Antara jenama Serbuk Pencuci ialah Vim Powder.

CARA PROSES



Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Pertama

Serbuk Pencuci boleh dibuat dengan 3 kaedah:-

1. Membuat sabun ketul kemudian hancurkannya.

2. Membuat sabun ketul, hancurkannya kemudian tambahkan bahan kimia lain.

3. Mencampurkan beberapa bahan kimia untuk jadikan serbuk pencuci.

Cara Pertama

Bahan-bahan:

1. Minyak kelapa - 40kg
2. Kostik Lye 37 degree - 20 kg
3. Silikat - 2 kg
4. Serbuk Likapol - 2.5 kg
5. Warna sabun (Tannin Blue) - 10 gm
6. Resin - 5kg

Cara-caranya:

1. Sediakan Lye 37 degree terlebih dahulu, masukkan silikat dan kacau dengan senduk kayu. Larutkan pewarna dengan air dan campurkan dengan Lye. Letak ke tepi dahulu.

2. Isikan minyak ke dalam kuali, pastikan saiz kuali yang besar digunakan. Panaskan sehingga mencapai suhu 90F . (Nota Penting : Minyak mudah terbakar apabila terdedah kepada api. (Oleh itu elakkan minyak dari terkena api). Campurkan resin yang telah dihancurkan ke dalam minyak. Kacau sehingga larut.

3. Kemudian masukkan larutan Lye yang telah disediakan tadi sedikit demi sedikit ke dalam minyak yang telah panas dan kacau sehingga semua bahan telah bercantum. Kecilkan api.

4. Tambahkan Serbuk Likapool ke dalam campuran minyak itu sambil mengacaunya hingga sempurna ratanya. Padamkan api dan biarkan Bubur Sabun itu menyejuk sedikit.

5. Tuang Bubur Sabun itu ke dalam acuan kayu, tutup dengan guni atau selimut tebal supaya tidak masuk angin.

6. Keluarkan dari acuan pada keesokkan harinya. Potong memanjang dan biarkan ia kering di tempat berangin.

7. Setelah sabun itu benar-benar kering hancurkan sabun itu menjadi serbuk dan biarkan kering di bawah sinaran matahari. Setelah kering gunakan penapis untuk mendapatkan serbuk sabun yang halus dan cantik.

Kaedah Pembuatan Serbuk Pencuci - Cara Kedua
Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dapatkan:-



Ahad, 15 Februari 2015

KEJAYAAN CEMERLANG TIDAK MENUNGGU SESIAPA

MASA ADALAH SESUATU YANG AMAT BERHARGA



Pada amnya kebanyakan produk pengguna boleh dihasilkan secara kecil-kecilan dahulu tanpa perlu menggunakan mesin-mesin; misalnya produk seperti Sabun Cecair Pekat Pencuci Pinggan Mangkuk, Syampu Kereta, Sabun Cecair Pekat Pencuci Pakaian, Shower Cream (Krim Mandian) dan lain-lain yang berkenaan; sekiranya sekali proses membuatnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 100kg bagi satu regu, sebagai industri kecil di rumah sendiri; di mana ia boleh dihasilkan tanpa menggunakan mesin.

SETIAP KEINGINAN YANG DIMULAI DENGAN TINDAKAN PASTI AKAN MEMBAWA KE JALAN KEJAYAAN. KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN HASRAT ANDA UNTUK BERJAYA.


 

Ahad, 8 Februari 2015

Bahan-Bahan Yang Perlu Dalam Pembuatan Sabun

Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-
 1. Minyak
 2. Kostik
 3. Air bersih



Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:- 

1. Agen pengisi
2. Pewarna
3. Minyak wangi



Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain.

Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

 

Isnin, 2 Februari 2015

Kegunaan Sabun

Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing. Misalnya sabun buku.

Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap).


Sabun untuk bayi (Baby Soap).


Sabun untuk kucing (Cat Soap), anjing (Dog Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain- baju.

Dalam Serbuk Sabun.



Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi sabun cair pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. 

Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya. Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan cap dan namanya tertentu atau jenama.(Brand Name). 




Berfikir jauh ke depan; anda mampu menghasilkan produk jenama anda dan menjualnya di pasaran dan berkembang maju.

Sabtu, 31 Januari 2015

Sabun Dalam Kehidupan Seharian

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun di seluruh dunia.


Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita. Kehidupan sekarang telah mencapai kemajuan yang pesat berbanding pada zaman dahulu, yang mana manusia pada waktu itu hidup dalam hutan dan gua tanpa makanan yang berkhasiat dan membersihkan diri dengan bahan cucian yang sempurna.

Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan, penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Sejarah Pembuatan Sabun Moden


Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak hemp dengan campuran minyak jojoba.

Dalam zaman moden ini, penggunaan sabun telah meluas kerana pengetahuan mengenai peranan kebersihan dalam mengurangkan saiz populasi organisma patogenik. Pengeluaran sabun buku yang pertama secara besar-besaran mula berlaku pada kurun ke 19 dan pada waktu itu juga pengiklanan produk sabun ini mula berkembang.


Sejarah Sabun Saintis Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab.

Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. Pada tahun 981AD, sabun dijual pada harga 3 dirham.

Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal.

Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun. Contohnya; sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, tuang dalam acuan dan membiarkannya menyejuk dan mengeras.


 

Jumaat, 30 Januari 2015

Sejarah Penemuan Sabun



Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.


Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan, minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.


Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.


Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *