Selasa, 31 Januari 2017

Kegunaan Sabun


Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cecair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.

Misalnya sabun buku. Ini adalah sabun wangi yang berubat (Medicated Soap). Sabun untuk bayi (Baby Soap). Sabun untuk kucing (Cat Soap) dan sabun buku untuk mencuci kain-baju.

Dalam Serbuk Sabun. Untuk mencuci kain baju, basuh lantai dan dinding batu, basuh bilik mandi dan juga mencuci pinggan mangkuk.

Bagi cecair pencuci pula kegunaannya adalah seperti mencuci cermin, membasuh bilik mandi, mencuci lantai yang kotor seperti rumah, kilang-kilang dan rumah-rumah penginapan dan untuk mencuci tangan seperti dapat dilihat di restoran-restoran dan hotel-hotel. Begitu banyaknya rupa bentuk sabun dan kegunaannya.

Dalam dan luar negara banyak syarikat-syarikat yang membuat sabun dan mengadakan memberikan jenama tertentu (Brand Name).

Khamis, 26 Januari 2017

Sabun untuk cenderahati dan aksesori hantaran perkahwinan

Menambah pendapatan dengan jayanya.

Rebut peluang ini, jadilah pembekal sabun cenderahati door gift untuk tetamu di majlis. Suatu perniagaan yang menguntungkan dan bayangkan jika anda dapat membuat keuntungan hanya RM1 untuk satu sabun. 

Banyak mana yang akan dapat sehari untuk satu majlis yang puratanya tidak kurang daripada 1,500 orang tetamu bagi setiap majlis perkawinan? 


Berapa banyak pula pulangan pelaburan yang anda setelah menyempurnakan tempahan untuk 3 hingga 10 majlis jika itu yang anda penuhi dalam sehari? Ianya adalah sasaran untuk anda membuat pendapatan lumayan. Rebutlah peluang ini untuk memenuhi permintaan di tempat anda. 

JIKA ANDA DAPAT CARUMAN RM1 BAGI SETIAP CENDERAHATI. BAYANGKAN BANYAK MANA YANG ANDA AKAN PEROLEHI BAGI 3 HINGGA 10 MAJLIS SEHARI DENGAN TETAMU YANG SEKURANG-KURANGNYA 1,500 ORANG SETIAP MAJLIS.


Dalam satu email yang saya terima; seorang pengusaha cenderahati dan aksesori perkahwinan, telah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerana melalui ebook ini ia telah mahir membuat sabun, seterusnya memberi pulangan yang menguntungkan. 

Produk sabun sebagai cenderahati telah membuka lembaran baru serta kelainan dalam penyediaan bahan goodies untuk door gift. Beliau tidak lagi risau seperti sebelum ini ketika dia menerima komplen dan terpaksa menggantikan bekalan muffin atau coklat akibat bekalan yang tengit dan berkulat atau terpaksa menanggung risiko jika sesuatu terjadi akibat makanan yang tercemar. 

Dalam percakapan saya dengannya ; dia memberitahu istimewa sabunnya ialah nama pengantin akan dicop pada sabun atau membuat rekabentuk bagi memenuhi kreativiti seperti warna, corak atau haruman yang dikehendaki mengikut tema majlis perkahwinannya. 

Perniagaannya menjadi semakin dikenali sehingga ada yang sanggup untuk menunda tarikh perkahwinan bagi memastikan bekalan sabun cenderahati dapat disiapkan untuk tetamu yang hadir. 

Walaupun kini beliau masih belum mampu menerima semua tempahan. Masih ada ruang sekurang-kurangnya untuk membekalkan sabun cenderahati bagi keperluan segera kerana pelanggan boleh memilih beberapa jenis bekalan sabun awal yang telahpun disiapkan. 

Bagi yang ingin mendapatkan sabun dengan corak atau tema tertentu, beliau akan memenuhi permintaan khas mengikut kehendak pelanggan dan mohon pelanggan untuk maklum awal. 


Peniaga yang berasal dari Melaka itu meminta agar namanya dirahsiakan dahulu kerana khuatir jika beliau pula terpaksa mengecewakan banyak panggilan untuk tempahan yang terpaksa ditolak. Beliau memaklumkan tempahan sabun cenderahati untuk majlis perkahwinan musim cuti sekolah awal tahun depan telahpun penuh. 

Bagaimanapun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat beliau tidak keberatan untuk bekerjasama dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk membuat sabun cenderahati. Pelanggan mudah dicari jika kita dapat memanfaatkan media sosial seperti FB tambahnya lagi.

Jumaat, 20 Januari 2017

Kisah Sabun Pears

Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.



Kemudian beliau cipta sesuatu kimia untuk untuk lembutkan rambut dan dinamakan sabun oleh Pears. Pears menggunakannya dalam kerjanya iaitu gunting rambut dan mencukur pelanggan. Pelembut rambut itu sangat disukai oleh para pelanggannya dan perniagaannya telah berkembang maju.

Pada masa itu, ibukota London itu dibanjiri oleh orang ramai dari seluruh negeri. Berikutan itu, Pears telah segera menamatkan perantauannya ke seluruh negeri dan beliau membuka sebuah kedai menjual barang-barang wangi di sebuah jalan yang bernama Creak di Ibu Kota London.

Pears memerhatikan bahawa sabun yang direkakan olehnya untuk melembutkan rambut boleh juga digunakan untuk mengeluarkan kekotoran. Beliau terus menerus membuat kajian selanjutnya dan mengeluarkan dua sabun, satu untuk mencuci kain bajiu dan satu lagi untuk mencuci tubuh badan. (Sabun Mandi). Sabun tersebut itu beliau namakan Pears Soap dan mula berjual di kedainya.

Orang-orang England mula mengenali jasa Pears dan perniagaannya terus maju. Dan Pears Soap dikenali di seluruh negara. Pears mula berfikir untuk mengedarkan sabunnya seluruh dunia. Pada tahun 1887, syarikatnya telah bergabung dengan seorang sahabatnya Thomas J. Barratt. Barratt adalah seorang yang mahir dalam bidang pengiklanan. Apabila beliau bergabung maka nama sabun Pears mula dikenali ke seluruh dunia.


Barratt telah mengadakan pelbagai cara untuk iklannya. Satu daripadanya ialah membeli sebuah lukisan terkenal yang bernama Soap Bubbles yang berharga £2,200 dan mencetak berjuta-juta salinan dan mengedarkan seluruh dunia.

Lukisan itu menggambarkan seorang kanak-kanak bermain sabun air. Gambaran itu adalah sesuatu lukisan dengan maknanya yang mendalam.

Pada ketika itu, terdapat ramai pembeli yang berminat dan telah cuba untuk membeli lukisan asal itu. Namun, Barratt enggan menjualnya dan sehingga ke hari ini lukisan asal tersebut itu masih berada dan dikawal rapi di Ibu Pejabat Syarikat Pears Soap di England.

Satu lagi cara yang Barrat lakukan ialah beliau mencetak Sabun Pears di sebelah wang siling dan diedarkan kalangan masyarakat.



Pada masa itu Kerajaan British membenarkan syarikat-syarikat Awam untuk mengeluarkan syiling-syiling sendiri selain dari Kerajaan . Keluaran Kerajaan British satu sen bernilai 12 pence. Tetapi syarikat Pears Soap menjualkan satu siling keluarannya pada harga 14 pence. Oleh kerana untungnya 2 pence, masyarakat telah menggunakan syiling Pears lebih daripada syiling kerajaan.

Beribu-ribu orang di British membeli belah wang Pears untuk menukar wang dan mendapat keuntungan menerusi pertukaran wang tersebut. Pada masa ini, syarikat-syarikat Awam tidak dibenarkan lagi oleh Kerajaan British berbuat sedemikian.

Sehingga kini, sabun Pears masih boleh didapati di kedai-kedai dan gedung membeli belah seluruh dunia. Ramai orang yang membuat sabun telah menjadi jutawan.

Rabu, 18 Januari 2017

Manfaatkan Masa Terluang - Masa Itu Emas



PERIBAHASA Melayu mengatakan bahawa ‘masa itu emas’. Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas. Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa yang terluang. Manusia yang mengetahui pentingnya masa, dapat menghargai dan menilai kebenaran ini. Ulama amat arif dalam hal ini sehingga mengatakan bahawa masa adalah modal hidup seorang manusia.

Masa yang terluang hendaklah dimanfaatkan oleh manusia sebaik mungkin. Mereka perlu memikirkan bahawa masa yang sangat berharga itu sepatutnya digunakan untuk perkara yang berfaedah, sama ada untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Dalam suasana seperti musim hujan ini dan anda tidak dapat bergerak bebas ke mana-mana. 


Maka ada baiknya masa ini digunakan untuk membuat sabun bagi yang mempunyai kemahiran, bahan dan peralatan. Atau mencari maklumat untuk mendapat kemahiran ini.



Isnin, 26 Disember 2016

Anda Berminat Tapi Anda Sengaja Membiarkan



Mungkin kini anda sedang berkata di dalam hati, "Tidak mengapalah, saya akan dapatkan ebook ini nanti". Kemudian, anda akan meninggalkan blog ini dan meneruskan kerja-kerja seharian anda.. akhirnya, anda lupa tentang blog ini dan masalah anda untuk mencapai impian anda, terus menghantui fikiran anda tanpa ada jalan penyelesaiannya.

Apabila anda tiba di sini kerana suatu pencarian kerana anda ingin mencari jalan keluar bagi satu permasalahan. Lalu anda abaikan jawapannya.

Kini, masalah anda berulang kembali, setiap hari, hati anda akan merasa gelisah dan tidak henti-henti memikirkan, bagaimanakah caranya hendak mencari duit untuk memenuhi impian anda... masalah yang sama kini kembali ke fikiran anda dan terus menerus menganggu fikiran anda berulang-ulangkali.


Ahad, 11 Disember 2016

Rahsia Magnet Rezeki


AKU BERSYUKUR
Aku mencintai Allah.
Aku mencintai Rasulullah.
Allah Tuhanku. Muhammad Nabiku. Islam agamaku. Al-Qur’an Imamku. Ka’bah Qiblatku. Muslimin dan Muslimah saudaraku.
Aku mencintai kedua ibu bapa ku.
Aku mencintai diri ku dan keluarga ku.
Aku mencintai sanak saudara ku.
Aku mencintai negara ku.
Terima kasih Allah atas kelimpahan rahmat yang terus mengalir di segala sisi dalam kehidupan ku.
Aku bahagia dan bersyukur kerana waktu yang ku punya lebih dari cukup untuk keperluan ku.
Aku sangat sejahtera dan aku mensyukuri keadaan ini.
Kelimpahan rahmat dan kesejahteraan sentiasa melekat kepada ku dan aku melekat padanya.
Aku sangat bahagia saat ini kerana hal yang baik dan positif terus terjadi dalam kehidupan ku.
Setiap hari entah bagaimana caranya, aku selalu lebih baik dan lebih baik.
Aku memiliki hati yang bersyukur yang  terus menarik apa pun yang aku idamkan.
Aku tahu bahawa aku layak sejahtera dalam apa saja yang aku lakukan.

Isnin, 5 Disember 2016

Masanya untuk menambahkan pendapatan.

Pada sesetengah pengguna, sabun buatan sendiri adalah jauh lebih hebat.

Jika dibandingkan dengan sabun buku yang dibeli.

Sabun buatan sendiri mampu mengekalkan bahan semulajadi seperti gliserin dan pelembap, kedua-duanya membantu mencegah kulit anda daripada menjadi kekeringan atau gatal.



Jika anda membuat sabun, anda boleh memilih bahan yang benar-benar berkualiti untuk diletakkan ke dalam formula sabun anda; ini amat berguna kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, alahan atau kebimbangan mengenai kandungan bahan kimia.  

Kemahiran membuat sabun, akan memberikan anda suatu kelebihan untuk membuatnya bagi kegunaan sendiri atau sebagai sumber baru untuk anda menambahkan pendapatan dengan jayanya.

Semoga anda berjaya.

 

Jumaat, 2 Disember 2016

Menambah Pendapatan Tanpa Risiko

Gunakan masa yang ada untuk menghasilkan produk sendiri yang eksklusif. Membuat sabun ketul berjenama sendiri tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana untuk membuat kilang. Tetapi sabun jenama yang popular dan dihasilkan di kilang adalah bermula dengan komitmen setelah memulakannya secara kecil-kecilan.

Masa terluang yang anda ada harus dimanfaatkan untuk sesuatu yang memberikan pulangan. Banyak perkara boleh dibuat, ianya bergantung kepada minat anda. Minat juga harus dipupuk dan ditambahbaik ilmunya.

Jika anda ke pasar malam, hampir semua perniagaan sudah ada. Untuk menjadi jutawan pasar malam, anda harus mempunyai produk baru. Tak perlu semua orang jual ayam goreng, karipap atau mee rebus. Mulakan idea baru anda. Jika anda telah ada IDEA yang lain, maka teruskanlah idea anda itu. Saya hanya memberikan cadangan.


Anda mungkin punya idea yang lebih baik untuk mempamerkan produk sabun ketul anda.


Tetapi jika anda belum ada lagi, suka saya cadangkan kepada anda untuk membuat sabun sendiri pelbagai warna, corak, bau wangian atau ramuan herbanya. Cara pembungkusan yang menarik. Nah, cetak saja JENAMA sabun anda.


Selasa, 29 November 2016

Sesuatu Yang Berharga Ada Di Sini

Terima kasih kerana anda telah berkunjung ke blog ini. Sama ada anda hadir untuk mendapatkan maklumat atau tiba secara kebetulan saya ingin dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika anda sememangnya mencari ilmu untuk membuat sabun, semoga anda berjaya mendapatkan manfaat di sini.


Tetapi jika anda secara kebetulan datang ke blog ini, mungkin ini antara klu kejayaan masa depan anda. Ilmu membuat sabun, sememangnya ianya adalah ilmu yang tidak ternilai harganya dan amat bermanfaat untuk anda mengetahui cara untuk membuat sabun kerana kita semua adalah pengguna.

Sejak beribu tahun orang Mesir Purba telah membuat sabun bagi kegunaan untuk membersih. Amat malang, jika ilmu yang bukan rahsia besar itu tidak diambil peduli oleh kita semua. Mungkin anda tidak menyedari bahawa telah banyak pembaziran bahan mentah atau kos yang dibayar hanya kerana anda tiada pengetahuan dalam bidang yang patut diketahui.  

Kalau dalam sampah pun masih ada barangan berharga, tentunya banyak lagi perkara berharga dalam timbunan ilmu. Sebagai contoh, bagi pelombong timah tradisional yang menggunakan dulang untuk mendapatkan timah akan terlepas pandang kandungan emas yang turut terdapat di dalam timah yang diperolehi daripada aktiviti mendulang tersebut. 

Tetapi bagi pembeli bijih timah itu, selain timah dan adakalanya emas yang terdapat dalam bijih timah itu jauh lebih tinggi harganya. 

Negara kita mempunyai bahan mentah seperti minyak kelapa sawit. Bahan eksport ini telah dimanfaatkan oleh pengimport luar negara dalam menghasilkan pelbagai produk seperti gliserin, vitamin A dan termasuklah menghasilkan sabun berjenama. 

Untuk membeli sabun berjenama, kita sanggup membayar pada harga yang mahal. Maka, mengapa kita tidak membuat sabun sendiri yang mengadungi gliserin dan pelembab semulajadi.

Anda juga boleh membuat sabun dengan wangian pilihan anda, yang bahan-bahannya anda tidak tahu sumbernya. 

Mungkin tidak anda menyedari selama ini anda menjadi pengguna pada setengah bahan tertentu yang subahah dan tidak sesuai dengan anda. 

Pelajarilah cara membuat sabun, ilmu ini dapat dimanfaatkan. Jika anda tidak membuatnya sekarang, anda boleh melakukannya pada masa depan. 

Ahad, 27 November 2016

Jadilah Orang Hebat Yang Mencipta Peluang...

Dapatkan E-Book

“Jadilah orang hebat yang mencipta peluang, kerana dengan menunggu peluang anda menjadi orang yang semakin lemah. ” itulah ungkapan yang sering diungkapkan oleh pakar motivasi bila mana menyampaikan pidatonya dengan merujuk kepada Orison Swett Marden yang berkata menyarankan kita mencipta peluang.

Banyak pembahagian peluang yang dapat kita kategorikan tetapi maksudnya hanya membawa kepada satu iaitu satu bentuk elemen yang bisanya akan muncul tanpa dirancang. Peluang jika direbut akan menyebabkan ada orang lain yang tidak mendapatnya, bererti jika kita mendapatnya akan ada orang lain yang terlepas untuk mendapatnya. Maka, sebagai orang hebat kitalah yang perlu mencipta peluang itu.

Penciptaan peluang itu akan memberi manfaat kepada ramai orang. Contohnya; jika anda membuka sebuah kilang, akan ada orang yang dapat bekerja di kilang anda dan akan lahir satu peluang untuk orang lain memulakan bisnes warong berhampiran kilang anda atau mereka mendapat peluang untuk mengurus kantin di kilang anda. Produk yang dikeluarkan di kilang anda memerlukan bahan mentah.


Ini memberi peluang kepada pembekal untuk mendapat peluang dari anda. Pekerja kilang mungkin memerlukan pengangkutan untuk berulang-alik. Ramai yang mendapat manfaatnya. Orang yang hebat sentiasa melahirkan peluang, dan peluang itu ibarat sepohon pokok yang banyak ranting dan mengeluarkan banyak buah pada setiap rantingnya. 



Membuka sebuah resort atau pusat beli belah di dalam ceruk hutan yang tidak nampak logik sebenarnya pada pandangan seorang usahawan ianya akan mampu memberi peluang kepada ramai orang. Ramai orang yang secara tidak langsung pula akan merebut peluang yang terhasil daripada penciptaan peluang itu. Kita perlu menyedari bahawa peluang perlu diciptakan dan bukannya hanya menunggu peluang itu tiba dengan sendirinya. 



Sekarang, dengan minda kurniaan illahi ini hendaklah diguna dengan bijak untuk anda mencipta peluang. Yakinlah, insyaAllah peluang itu akan terbuka dengan seluas-luasnya dan kita sendiri yang perlu membuat keputusan sama ada berani berdepan dengan segala kemungkinan atau pun tidak. Peluang hanya akan tercetus bila mana anda meninggalkan apa saja perkara yang tidak perlu dan sia-sia. Gunakan masa dan kesempatan yang anda ada untuk mencipta peluang. 



Mungkin anda masih keliru, tetapi dengan niat yang ikhlas, berkat kesungguhan dan kesabaran anda akan berjaya untuk mencipta peluang yang bakal memberi manfaat kepada ramai orang. Pintu kepada penciptaan peluang ialah bila mana anda mempunyai kencenderungan mencari ilmu untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda terus membina rangkaian persahabatan. Hubungkan silaturahim dengan waris, sanak-saudara, sahabat taulan.

Bayangkan jika anda jadikan sabun sebagai produk anda, produk sabun lebih bertahan lama dari projek pembuatan makanan tetapi apa yang penting adalah minat anda.



Gabungjalinkan rakan-rakan anda sejak di bangku persekolahan sehinggalah anda mencapai umur sekarang. Jika anda mempunyai sahabat yang ramai dan ditambah pula anda yang mempunyai peribadi yang mulia. Nah, produk yang anda hasilkan pasti akan mendapat pengiklanan tanpa berbayar. Itu baru 1,000 orang sahabat tak termasuk lagi saudara mara, dan kalau anda ada 5,000 orang atau 50,000 orang. Wow…


Sabtu, 26 November 2016

Membuat Sabun Homemade Dengan Mudah



Sabun homemade biasanya menggunakan sabun asas yang diperbuat daripada minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak sawit yang kaya dengan vitamin.

Anda boleh membuat sabun homemade dengan mudah yang dirumus menggunakan bahan semulajadi untuk kegunaan sendiri.

Minyak-minyak dari sumber semulajadi ini membantu mereka yang mempunyai kulit sensitif dan juga menderita penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis, eczema dan masalah kulit kering. Penggunaan sabun biasa akan menyebabkan kulit anda akan jadi kering dan kasar.

Bagi sesiapa yang mementingkan penggunaan bahan organik, sabun buatan sendiri adalah alternatif bagi masalah sensitif pada kulit. Bahan-bahan semulajadi dalam sabun homemade atau sabun buatan sendiri akan menjadikan kulit lebih halus, lembut dan lembab tanpa rasa gatal, mengelupas atau kering.

Ini kerana sabun homemade dibuat dalam kuantiti bahan untuk surfaktan yg kecil serta menggunakan bahan semulajadi sahaja untuk menjaga kesegaran dan kualiti berbanding sabun biasa.

Sabun homemade mengandungi gliserin, agen pelembab semulajadi yang diperlukan oleh kulit secara semulajadi berbanding sabun biasa tidak mengandung gliserin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Anda tentu menginginkan kulit yang baik dan tentulah tidak berbaloi jika wang yang dibelanjakan tidak memberikan pulangan yang setimpal.


Minyak semulajadi dalam sabun homemade ini dapat membantu memberi keseimbangan kelembapan dan kesegaran kulit secara natural.

 

Khamis, 24 November 2016

Menggunakan Hydrometer



Hydrometer adalah alat penting yang digunakan dalam penyediaan lye dalam pembuatan sabun. Setiap pembuat sabun perlu mahir menggunakan alat ini bagi memastikan bahan kimia yang terdapat di dalam lye adalah mencukupi sebagaimana keperluan. Ketepatan timbangan bahan kimia tidak semestinya memberikan keputusan yang tepat sebagaimana yang dikehendaki kerana bahan kimia mentah mempunyai beza peratusan ketulenannya.


 

Sabun Homemade Istimewa dari Susan George Abdullah

'HOMEMADE'

Olive Bath Soap daripada olive oil Amat sesuai untuk smua jenis kulit.. Olive Oil bertindak sbg buih berkrim, melicinkan kulit & melembabkan kulit.. very creamy and kind to skin. Olive bastille soap feels like soap plus lotion. Like creamy lotion, smooth to the body, For face, wonderful Creamy, slippery lather..



'HOMEMADE' - Honey Bath Soap daripada Madu - Mengimbangi kadar minyak di wajah & kulit badan, Membersihkan kulit wajah/badan dari bakteria, Membantu mengatasi masalah jeragat dan tompok hitam/putih, Mengurangkan keradangan dan kesan kulit terbakar, Memberi Nutrien & vitamin semulajadi pada kulit badan & wajah, Membantu menghalus dan melicinkan kulit badan & wajah...



 

'Homemade' Sabun Mandian Body Scrub daripada Petola Bantal Yang dah kering Sesuai utk smua jenis kulit.. Membersihkan badan dgn bersih melalui sabut petola yg kering.. Pembelian/Tempahan Borong, sila Post Message kepada Susan di FACEBOOK nya.


  


 

Isnin, 21 November 2016

Belajar Membuat Sabun Untuk Menambah Pendapatan


Jika anda meluangkan sedikit masa di dalam pasaraya untuk melihat pilihan pengguna.

Hampir 70 peratus surirumah yang datang berbelanja akan menuju ke rak yang mempamirkan sabun.

Ramai pengguna yang baru membeli sabun pencuci yang dalam botol. Manakala yang telah biasa akan membeli sabun pencuci yang diisi dalam plastik refill.

Rata-ratanya mereka membeli sabun untuk kerja mencuci.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini.

Jangan menangguhkan minat anda hingga anda melengahkan peluang untuk berjaya.

Berikan fokus kepada rancangan anda. Anda pasti akan rasa beruntung jika anda dapat melakukan yang terbaik. Siapa tahu, suatu hari nanti anda mempunyai sebuah kilang yang menghasilkan sabun dengan jenama sabun anda diguna oleh kebanyakkan penduduk di dunia ini.

Anda mampu melakukannya. Peluang sentiasa terbuka luas. 

Isnin, 7 November 2016

Pembuatan Sabun Secara Komersil

Sebelum revolusi perindustrian berlaku di Eropah, pembuatan sabun hanyalah secara kecil-kecilan sahaja. Andrew Pears mula membuat sabun berkualiti, sabun jernih dan transparen pada tahun 1789.


Pada tahun 1862, cucunya Francis Pears telah membuka kilang sabun di Isleworth.

Manakala pada tahun 1850an, William Gossage telah menghasilkan sabun berkualiti yang murah. Sabun serbuk atau sabun debu pula telah dibuat oleh Robert Spear Hudson, dengan menghancurkannya menggunakan alu dan lesung.


Pada tahun 1885, William Hesketh Lever dan adiknya, James telah membeli bengkel pembuat sabun yang kecil di Warrington, pasangan adik beradik ini adalah pengasas perniagaan sabun terbesar yang dikenali Unilever. Syarikat ini adalah perintis dalam membiayai peruntukan untuk mula melaksanakan kempen pengiklanan sabun secara besar-besaran.

Jadikan minat kreatif anda untuk mengadakan peluang pekerjaan kepada komuniti anda, pelajarilah Cara Membuat Sabun.

Siapa tahu, berkat anda menolong mengadakan peluang pekerjaan untuk orang yang menganggur tanpa pekerjaan. Natijahnya, suatu masa nanti sabun dengan jenama anda menguasai pasaran sabun dunia.

Khamis, 27 Oktober 2016

MEMBUAT SABUN KOPI


Hari ini saya akan memberitahu anda cara membuat sabun dengan haruman kopi, untuk kegunaan sendiri atau dijadikan cenderahati.

FORMULA SABUN KOPI

Bahan-bahannya:
Sabun Asas - Gliserin
Serbuk Kopi

Tepung Susu
Pewangi pati kopi

Cara-caranya:

Sabun Asas dicairkan dengan cara memanaskannya  hingga mencair. Alihkannya ke tepi dan masukkan serbuk kopi dan tepung susu, kacau hingga melarut sehingga menjadi bubur sabun yang sebati.




Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *