Sabtu, 8 November 2014

Pelembut Kain Dengan Wangian Pilihan



Pelembut kain atau softener akan menjadikan kain, tuala atau pakaian anda lebih lembut dan segar dengan wangian pilihan, selain mencegah kerutan pada kain ianya juga dapat memudahkan kerja-kerja menyeterika pakaian.

Dengan menggunakan pelembut kain pada bilasan terakhir ketika anda membasuh pakaian ianya pasti dapat menjimatkan bil elektrik anda.

Kemahiran membuat pelembut kain dapat menjimatkan perbelanjaan dapur malah anda juga dapat mengeluarkan pelembut kain atau softener jenama anda sendiri.

Untuk mengetahui cara-cara membuatnya; klik Pelembut Kain / Softener

Seni ukir sabun

FRUITALE, rangkaian sabun kecantikan yang ceria berusaha mempopularkan dan memelihara seni kraf tangan sabun, satu tradisi Melayu yang digunakan sebagai hantaran perkahwinan.

Jenama berkenaan telah mengadakan Peraduan Kraf Sabun Buah Hatiku buat kali pertama dari Oktober hingga November, berjaya menarik minat sebanyak 350 penyertaan dari semua lapisan masyarakat seluruh negara yang mahu meluahkan perasaan kepada buah hatinya menerusi hasil kraf tangan masing-masing.

Sepuluh finalis telah menonjolkan bakat rekaan dan gubahan untuk memenangi hadiah wang tunai dan produk-produk bernilai lebih RM7,000 pada satu majlis yang meriah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kejutan terbesar dan agak luar biasa adalah apabila peserta lelaki, Wong Siew Keong, 37, yang bertugas sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat fesyen, diumumkan sebagai pemenang selepas dia berjaya mengatasi cabaran sengit daripada pencabar wanita lain.

Dia menampilkan rekaan bertemakan keindahan taman yang direka khas buat isteri tercinta yang sudah bersamanya sejak 13 tahun lalu.

"Isteri saya menjalankan perniagaan membuat hantaran untuk majlis perkahwinan atau pertunangan dan saya ada membantunya terutama ketika terlalu banyak tempahan.

" Bagaimanapun saya tidak pernah membuat sendiri semua rekaan atau gubahan berkenaan sebelum ini.

Dia mendapat tahu mengenai peraduan itu daripada rakan dan memujuk saya menyertai pertandingan ini," katanya sambil tersenyum malu.

Baginya seni mengukir sabun adalah suatu hobi pada masa lapang yang menarik kerana ia memerlukan ketelitian dan kehalusan seni kerja tangan.

Sementara itu, Noraniza Jamil, 21 dari Tangkak Johor yang mengusahakan perniagaan sendiri mengkhusus dalam rekaan seni sabun buku, meraih tempat kedua untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, manakala pereka sambilan, Fanny Phang Pit Fun, menduduki tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM 800.

Menurut Pengurus Produk Lam Soon (Bahagian Penjagaan Diri dan Produk Isirumah), Angeline Sim, pertandingan tersebut bertujuan menghidupkan tradisi kraf tangan di samping memupuk inovasi dan eksperimentasi terhadap kegunaan yang baru.

"Tradisi kraf tangan haruslah berkembang selari dengan perkembangan masa dan juga relevan supaya lebih ramai orang akan mengambil hobi ini serta kemahirannya tidak akan hilang," katanya.

Dipetik dari megaMODE m/s 8 Utusan Malaysia, Khamis 23/12/2010

Pelajarilah cara membuat sabun untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.

Sejarah Sabun Islam


Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah. Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra.

Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur.


Pada tahun 981AD, sabun yang dijual pada harga 3 dirham. Ahli kimia dari Parsi iaitu Al-Razi menulis satu manuskrip berkenaan resipi sabun yang asal. Manuskrip yang ditemui telah ditulis pada kurun ke 13 yang memperincikan resipi membuat sabun: Contohnya:- sedikit minyak bijan, renjisan potash, alkali dan sedikit kapur, yang dicampur semuanya dan dididihkan. Setelah masak, bubur sabun tadi dituang dalam acuan dan dibiarkannya menyejuk dan mengeras.

Cara Membuat Peluntur - Kelorok

Saya pernah mengenali seorang pembuat peluntur di tempat saya. Seorang lelaki berbangsa cina, saya tidak tahu nama sebenarnya tetapi saya hanya panggil namanya Ahong, disebabkan isterinya adalah balu Ah Hong. Saya pula pernah belajar sekelas di Tingkatan Lima bersama anak lelaki Ah Hong bernama Chiu.

Ahong memberitahu saya, dia membuat peluntur menggunakan bahan kimia yang berkualiti yang diimport dari negeri China. Pada waktu itu dia membuat perusahaan peluntur di Kg Tok Kaya, Kuala Terengganu dengan menggunakan jenama Kelorok Kita dan memakai cap penyu. Dijual dalam botol plastik seperti peluntur-peluntur yang terkenal di pasaran.

Ahong pernah membuat demonstrasi kepada saya bagaimana jeragat pada kopiah dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan peluntur buatannya.

Ahong menjual pelunturnya dari rumah ke rumah dan perniagaannya berkembang maju. Beberapa tahun kemudian apabila saya bertemu Ahong, dia telah bertukar ke bidang lain memandangkan usianya yang semakin tua dan anak-anaknya pula telah memilih bidang lain.

Perniagaan pelunturnya telah dijual kepada seorang pengusaha Melayu yang menjalankan pembuatan peluntur di Kuala Ibai. Kini saya tidak bertemu lagi produk tersebut di pasaran, tidak diketahui sama ada masih ada lagi atau tidak ataupun perusahaan ini telah menggunakan nama lain.

Kepada sesiapa yang masih ada dalam simpanan peluntur Kelorok Kita; atau gambar produk tersebut bolehlah berkongsi.

FORMULA MEMBUAT PELUNTUR

Bahan-bahannya:

Sodium Hypochlorite - 117.5 g
Sodium Hydroxide - 47.5 g
Sodium Bicarbonate - 35 g
Air Suling - 2.3 kg

Cara Membuat:

1. Sediakan larutan Sodium Bicarbonate dengan melarutkannya dengan air suling terlebih dahulu.
2. Dalam baldi besar yang lain, gaulkan dahulu Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide sehingga rata.
3. Tuangkan larutan Sodium Bicarbonate yang telah disediakan perlahan-lahan ke dalam baldi yang mengandungi campuran Sodium Hypochlorite dan Sodium Hydroxide. Kacau dengan menggunakan sudip plastic atau kayu hingga sebati.
4. AWAS: Kacau perlahan-lahan, jangan gopoh, percikan larutan boleh mencederakan mata.
5. AWAS: Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
6. Biarkan larutan stabil dan tiada lagi gas yang dikeluarkan sebelum dibotolkan.

AMARAN (LANGKAH KESELAMATAN)

1. Anda mestilah memakai sarung tangan getah, kasut but getah, baju berlengan panjang, cermin mata keselamatan dan memakai apron.
2. Pembuatan peluntur hendaklah dibuat di kawasan yang terbuka dan terlindung dan jauh dari rumah jiran.
3. Pastikan tiada kanak-kanak atau haiwan perliharaan ketika anda bekerja menggunakan bahan-bahan kimia ini atau di tempat anda menyimpan bahan-bahan ini.
4. Sediakan sebotol cuka makan untuk meneutralkan bahagian badan atau tempat-tempat yang terkena larutan beralkali ini dan dibilas dengan air yang banyak.
5. Ketika mengacau larutan, pastikan anda kacau dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, elakkan bahaya percikan larutan yang boleh mencederakan mata.
6. Gas yang dikeluarkan adalah beracun dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Oleh itu elakkan diri anda daripada menghidu gas yang dikeluarkan.
7. Larutan yang dicampur untuk menghasilkan peluntur ini akan mengeluarkan haba dan panas serta boleh menyebabkan kulit terbakar dan melecur.
8. Simpan dalam bekas yang dilabelkan dan diletakkan di tempat yang jauh dari kanak-kanak.
9. Gunakan botol plastic seperti botol peluntur dan jangan diisi penuh, biarkan ada ruang kosong dalam botol untuk kelegaan gas.
10. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA.

Formula di atas ini adalah formula untuk anda menghasilkan 2.5 kg peluntur buatan sendiri. Bagi pengeluaran secara industry banyak perkara yang perlu anda ketahui. Untuk maklumat selebihnya KLIK CARA MEMBUAT SABUN.

Kreativiti Dalam Membuat Sabun




Pelajari cara yang betul sebelum anda memulakannya.

Jumaat, 7 November 2014

Lain-lain Minyak

Minyak yang diperolehi melalui aktiviti penggalian dari dalam perut bumi atau minyak galian seperti minyak api, minyak diesel, atau minyak petrol tidak mempunyai gliserin garam atau bahan lemak. Oleh sebab itu minyak-minyak tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat sabun. Walaupun minyak-minyak seperti cendana, rose, melor mempunyai sedikit daripada bahan-bahan berbanding dengan minyak tumbuhan, ini tidak banyak digunakan dalam pembuatan sabun seperti minyak tumbuhan. Tetapi untuk menambahkan wangi dalam sabun mandi dan sebagai sedikit biasanya digunakan.

Minyak Tumbuhan Dan Kegunaannya Dalam Pembuatan Sabun




Terdapat lebih dari 150 jenis minyak di dunia ini. Di antaranya ialah minyak makan, minyak bahanapi, minyak pelincir, minyak ubat, minyak wangi dan sebagainya. Meskipun terdapat banyak jenis minyak, tidak semua minyak digunakan kecuali yang berkaitan dengan keperluan mereka. Ada juga antara kita yang tidak tahu nama minyak kecuali apabila urusan mereka ada kaitan dengan jenis minyak yang digunakan itu. Lagipun, tidak semua orang membuat kerja berasaskan minyak. Tetapi untuk menceburi bidang pembuatan sabun, kita perlu mengetahui jenis-jenis minyak yang akan digunakan serta bahan-bahan berkaitan yang akan kita gunakan.

Minyak Margosa



Minyak Margosa adalah minyak pahit, iaitu sejenis konstituen yang amat sesuai dalam perbuatan sabun. Sabun yang dibuat dengan menggunakan minyak ini adalah keras dan bergelembung-gelembung. Minyak tersebut berbau dan boleh juga menyembuhkan penyakit-penyakit kulit. Untuk mengelakkan baunya, ia boleh di campur dengan minyak kelapa. Minyak ini akan terlerai sendiri selepas ia di panaskan. Selepas itu minyak ini boleh dicampurkan dengan minyak-minyak tumbuhan yang lain.

SEJARAH SABUN

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM.

Manakala catatan pada Papyrus Eber di Mesir iaitu dokumen kesihatan pula sekitar 1550 SM menunjukkan orang-orang Mesir purba telah mandi dengan menggunakan bahan lemak dari haiwan , minyak tumbuhan dan garam alkali yang dibuat seperti bahan sabun. Dokumen Mesir Purba juga telah mencatatkan penggunaan bahan seumpama sabun ini digunakan dalam penyediaan bulu haiwan untuk tujuan menenun pakaian.

Dalam catatan sejarah Rom pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil.

Menurut lagenda Rom, sabun mendapat namanya dari Gunung Sapo, di mana tempat haiwan dikorbankan. Hujan yang turun akan mengalirkan air ke bawah dan turut membawa bersama lemak haiwan, lilin dan habuk dari kayu yang dibakar. Air hujan telah membuatkan bahan-bahan tadi bercampur dan menuruni gunung lalu mengalir sepanjang sungai Tiber. Wanita yang menggunakan air untuk membersihkan pakaian di sepanjang sungai itu mendapati air dari sungai yang mengandungi bahan seperti lilin itu telah mendapati kerja membersihkan pakaian yang kotor menjadi lebih mudah.

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *