Selasa, 30 November 2021

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

 

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

1. Bekas atau Periuk



Bahan alkali yang digunakan adalah sangat mengkakis, oleh itu sentiasa gunakan periuk yang dibuat dari stainless steel. Periuk selain stainless steel; yang mengandungi aluminium, besi, timah boleh menyebabkan reaksi berbahaya jika bersentuhan dengan larutan alkali ini. Jangan dicuba! Reaksinya bahan kimia ini menghasilkan toksik. Anda boleh juga menggunakan gelas ukur pyrex atau sejenisnya dan bekas dari plastik yang agak tebal. Anda memerlukan dua bekas/ periuk, satu untuk tempat larutan alkali dan satunya lagi untuk tempat minyak sekaligus meraksikan sabun.



2. Pengisar Batang atau Alat Pemukul Telur

Jika penggaulan dilakukan dengan Alat Pemukul Telur maka boleh memakan waktu hingga satu jam. Untuk mempersingkat waktu penggaulan gunakan Pengisar Batang, hanya memakan waktu kurang lebih 5 – 10 minit. Sentiasa gunakan peralatan yang dibuat dari stainless steel!



3. Sudip, Spatula Getah atau Plastik

Untuk memastikan semua sabun masuk ke dalam acuan.

4. Penimbang Digital

Cara paling baik untuk mengukur bahan untuk membuat sabun adalah dengan mengukur beratnya (g, kg, ouns, pound, dll).

Mengukur dengan isipadu (ml, liter, cc, dll) sering tidak tepat. Ketidaktepatan dalam mengukur bahan dapat membuat komposisi sabun menjadi tidak baik, seperti terlalu banyak minyak, terlalu banyak alkali. (berlebihan).

Oleh itu, anda memerlukan sebuah alat penimbang yang baik. Menggunakan Penimbang Digital menjadikan kerja lebih mudah dan ukuran yang lebih tepat.

5. Acuan

Anda boleh membuat acuan asas dari kotak kertas seperti kotak kasut dan anda hanya perlu lapisi kotak itu dengan plastik. Terdapat juga acuan individual dengan pelbagai bentuk menarik, sesuai untuk homemade. Boleh menggunakan acuan kayu jika ingin membuat sabun dalam jumlah yang besar. Jangan menggunakan acuan dengan alas aluminium, seperti bekas bekas susu cair atau selinder kerepek. Untuk sabun berbentuk bulat penggunaan batang paip PVC merupakan pilihan dalam merekabentuk sabun buatan anda.

 

#carabuatsabun

Isnin, 29 November 2021

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

 

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

Sediakan alat pemarut keju, satu ketul sabun Shinzui, satu tin susu steril bear brand kemasan putih, satu sudu makan madu lebah asli dan putih telur dari sebiji telur saja, juga balang plastic atau kaca boleh tutup yang bersih untuk menyimpan baki ramuan.

Parut sabun ketul shinzui di dalam besin agar teksturnya menjadi lebih halus dan mudah larut dengan alat parutan keju.

Setelah sabun itu selesai diparut, tambahkan susu beruang putih, madu dan putih telur.

Kecok semua bahan hingga tercampur rata dan warna adunan menjadi krim. Anda boleh menggunakan mixer atau blender agar hasil campuran bertekstur mulus tidak menggental.

Setelah semua bahan tercampur, pindahkan campuran ke dalam bekas.

Gunakan ramuan pada bahagian tubuh yang hendak diputihkan seperti leher, tangan, kaki, ketiak dan bahagian siku atau lipatan tubuh yang mengalami pigmentasi.

Hindari menggunakan ramuan ini di bahagian muka yang kulitnya lebih sensitive. Setelah melakukan cara memutihkan badan dengan Susu Beruang dan sabun Shinzui, cuba usahakan agar tidak langsung berada di bawah sinaran panas matahari.

Biarkan selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih atau mandi seperti biasa.

Ramuan ini dikatakan cukup selamat untuk digunakan setiap hari, namun jangan lupa menggunakan losyen setiapkali selesai perawatan untuk mencegah kulit daripada menjadi kering.

Gunakan bahan – bahan tersebut secukupnya, dan sisanya boleh anda masukkan ke dalam balang plastic atau kaca, tutup rapat untuk digunakan lain kali. anda boleh menyimpan ramuan ini di dalam peti ais selama tiga minggu.

AWAS: Harap dilabel, nantikan si abang ingatkan mayonislah pula.


#carabuatsabun

Ahad, 28 November 2021

Karakteristik dari Jenis-jenis Sabun Mandi

Karakteristik dari Jenis-jenis Sabun Mandi

1. Sabun ketul

Sabun ketul merupakan salah satu jenis sabun mandi yang paling popular. Harganya yang murah dan penyimpanannya yang mudah, membuat sabun jenis ini digemari masyarakat. Jenisnya pun pelbagai, mulai dari sabun ketul yang mengandung antibakteri hingga sabun ketul yang berfungsi sebagai pelembap kulit. Kelebihan utama sabun ketul terletak pada nilai hematnya, sehingga sesuai digunakan anda yang menjadikan bajet sebagai faktor utama dalam memilih sabun. Selain harganya lebih murah, sabun ketul juga tidak mudah habis dan lebih tahan lama. Namun, jenis sabun ini kurang sesuai digunakan untuk mencuci tangan dan muka dalam jangka panjang. Sebab, kandungan bahan pelembapnya tidak banyak sehingga berisiko membuat kulit muka dan tangan menjadi kering.

2. Sabun Cair

Jenis sabun mandi lainnya yang tidak kurang popular adalah sabun cair. Sabun mandi ini disukai kerana penggunaannya lebih praktikal dan nilai hygeinnya lebih terjamin. Anda boleh membeli sabun cair dalam botol atau paket isi semula sesuai keperluan. Teksturnya tetap kental dan wangi hingga sampai habis. Sifat tersebut tentu berbeza dengan sabun mandi ketul yang aromanya mulai berkurang ketika ukurannya mengecil. Fungsi sabun cair sebenarnya sama seperti sabun ketul, hanya berbeda bentuk saja. Terkadang, sabun cair juga mengandungi scrub yang berfungsi mendukung proses eksfoliasi atau menanggalkan sel-sel kulit mati. Bagi anda yang minitikberatkan nilai yang praktikal dan efisien sebagai pertimbangan, memilih sabun mandi jenis sabun cair adalah amat tepat.

3. Sabun Mandi Khusus

Seperti namanya, sabun mandi jenis ini diperuntukkan khusus bagi orang-orang yang mengidap penyakit kulit tertentu seperti ekzema dan alergi. Biasanya, sabun mandi khusus mengandung bahan dasar glycerin atau gula sehingga warnanya transparan. Ada pula sabun mandi dengan kandungan sulfur atau belerang yang efektif mengatasi sejumlah masalah kulit. Bahan-bahan herbal lainnya juga kerap ditambahkan untuk membuat sabun mandi khusus lebih bermanfaat mengatasi masalah kesihatan kulit. Meskipun begitu, sabun jenis ini tidak disarankan untuk dijadikan sabun mandi sehari-hari apabila kulit anda berada dalam kondisi normal. Sebab, kandungan bahan kimia tambahan yang dihadirkan untuk manfaat perubatan, justru boleh mempengaruhi keadaan kulit normal anda.

4. Sabun Antibakteria

Sesuai namanya, sabun antibakteria dirancang dengan manfaat utama efektif membunuh bakteria dan jenis mikroorganisma lainnya pada kulit anda. Selain itu, sabun antibakteria juga baik untuk mengurangkan jerawat atau ruam peluh yang sering timbul di kulit punggung atau lengan atas. Dalam memilih sabun antibakteria, ada baiknya anda juga mempertimbangkan teknologi dan formula yang digunakan. Kemajuan penyelidikan dan pembangunan semakin banyak penemuan formula yang semakin baik, kemampuan sabun antibakteria untuk membasmi kuman penyebab penyakit juga akan menjadi semakin cekap.


INGIN EBOOK LENGKAP?

#carabuatsabun

Sabtu, 27 November 2021

MANFAAT SABUN

 Manfaat Sabun

1. Membersihkan Kulit Sehingga Bersih

Manfaat utama yang harus ada pada sabun mandi adalah kemampuan membersihkan sampai benar-benar bersih. Pastikan bahawa sabun mandi pilihan anda boleh membersihkan debu, peluh, kotoran, sebum, hingga partikel kotoran yang melekat pada tubuh anda secara bersih dan suci. Memilih sabun dengan manfaat pembersihan maksimum penting dilakukan, terutama apabila anda sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti berat atau kegiatan luar rumah.

2. Membasmi Mikroorganisma Yang Melekat Di Kulit

Kotoran, debu, dan keringat yang melekat pada kulit rentan mengakibatkan pertumbuhan mikroorganisma. Bahkan, berbagai jenis kuman yang melekat di kulit boleh menyebabkan penularan penyakit. Itu sebabnya, anda wajib memilih sabun mandi berkualiti yang mampu membasmi mikroorganisma di permukaan kulit. Akan lebih baik jika sabun tersebut mampu membunuh kuman dalam waktu cepat.

3. Mengatasi Berbagai Masalah Kulit

Masalah yang menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, ruam, dan gatal harus segera diatasi. Selain menggunakan ubat luar, anda perlu mendapatkan sabun mandi khusus dengan kandungan bahan tertentu. Ada banyak bahan organik yang berkesan mengatasi masalah kulit secara semulajadi. Tak cuma melembapkan kulit, sabun mandi yang tepat akan membuat kulit anda sihat dan cerah kembali.

4. Menyediakan Banyak Aroma Pilihan

Kepelbagaian aroma sabun mandi memberikan anda dapat memilih aroma yang bersesuaian dengan citarasa anda. Mandi dengan sabun kegemaran akan membuat anda lebih rileks. Aromanya yang menyegarkan berfungsi sebagai aromaterapi yang dapat meredakan stres. Bila anda telah bosan dengan wangian tertentu, anda boleh memilih aroma alternatif yang lain pula sebagai ganti untuk membangkitkan aura semangat anda. Itulah mengapa, sabun mandi seharusnya menawarkan pelbagai aroma yang berbeza untuk memberi banyak pilihan pada pengguna.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA ISIKAN MAKLUMAT ANDA DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN DI BAWAH.

#carabuatsabun

Jumaat, 26 November 2021

Menghasilkan Produk Sabun Terbaik

 

SABUN YANG TERBAIK

Sabun yang bermutu mempunyai daya membersih yang tinggi. Sabun tersebut tetap efektif meskipun ianya  diguna pada suhu dan kualiti air yang berbeda. Sabun ketul yang baik perlu memiliki tahap kekerasan yang cukup untuk memaksimumkan penggunaan yang berulang dan tahan terhadap penyerapan air ketika menggunakannya, dan pada waktu yang sama ia juga mampu menghasilkan buih dalam jumlah yang cukup untuk mendukung daya bersihnya.

Sifat-sifat yang dimiliki oleh sabun

1.                  Sabun bersifat alkali. Sabun adalah garam alkali dari asid lemak suhu tinggi sehingga akan dihidrolisis parsial oleh air. Kerana itu larutan sabun dalam air bersifat alkali.

 

2.                  Sabun menghasilkan buih atau busa. Jika larutan sabun dalam air dikecok maka akan menghasilkan buih, peristiwa ini tidak akan terjadi pada air berat (air yang mengandungi garam). Dalam hal ini sabun dapat menghasilkan buih setelah garam Mg atau Ca dalam air mengendap.

 

3.                  Sabun mempunyai sifat membersihkan. Sifat ini disebabkan proses kimia koloid. Sabun (garam natrium dari asid lemak) digunakan untuk mencuci kotoran yang bersifat polar atau pun non polar. Sabun mempunyai gugusan polar dan non polar. Ketika diguna sewaktu mencuci, sabun berperanan sebagai pengemulsi sehingga sabun dikatakan dapat membersihkan lemak dan kotoran. Molekul sabun mempunyai rantai hidrogen CH3(CH2)16 yang bertindak sebagai ekor yang bersifat hidrofobik (tidak suka air) dan larut dalam zat organik. Sedangkan COONa+ sebagai kepala yang bersifat hidrofilik (suka air) dan larut dalam air.

#carabuatsabun

Khamis, 25 November 2021

SABUN SEPINTAS LALU


SABUN SEPINTAS LALU

Sabun adalah surfaktan; gabungan natrium atau kalium dengan asid lemak daripada minyak tumbuhan atau haiwan yang berbentuk ketul, lembut, cair atau serbuk, berbuih yang digunakan sebagai pencuci bagi tujuan pembersihan, dengan tambahan wangian, dan bahan lainnya yang tidak membahayakan kesihatan. Kandungan utama penyusun sabun adalah asid lemak dan alkali. Asid lemak merupakan monokarboksilat berantai panjang dengan panjang rantai yang berbeda-beda, tetapi bukan siklik atau bercabang. Pada umumnya, monokarboksilat yang ditemui  adalah tidak bercabang dan memiliki jumlah atom yang genap.

#carabuatsabun

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *