Isnin, 6 Disember 2021

SABUN HITAM MENAWAN

 

SABUN HITAM MENAWAN

Sabun Hitam pada awalnya diperbuat dengan menggunakan debu yang dibakar dari tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa tua,kayu dari tunggul balak dan pelbagai kayu yang dipungut. Daun, kulit dan batang pokok dikering dan dibakar hingga menjadi abu, abu dikumpulkan di dalam bekas, diaduk dan dikacau dengan air sehingga rata. Sisa debu yang menimbul dipermukaan air akan dibuang dan air tersebut ditapis bagi membuang habuk dan kemudian dibiarkan hening dan sisa debuan akan mendap pada dasar bekas setelah dibiarkan semalaman. Air yang terhasil ini dipanggil air abu. Bagi mengelakkan mendapan kembali bercampur, air abu  ini akan diambil bahagian atas bagi diguna dalam pembuatan sabun tradisi. Manakala, untuk membuat Sabun Hitam, kesemua  air abu akan diambil bersekali dengan mendakan. Mendakan tersebut akan memberikan warna kehitaman pada sabun.

Minyak tumbuhan sama ada minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak jarak, minyak zaitun ataupun gabungan beberapa minyak tumbuhan dan minyak dari lemak binatang akan dipanaskan dalam kawah atau periuk hingga mencair dan larutan air abu dituang dan dikacau hingga merata dengan nyalaan api yang dikawal. Proses memasak ini akan mengambil masa beberapa jam, kadangkala lebih lama sehingga campuran tersebut menjadi bubur sabun. Bubur sabun itu akan dituang ke dalam bekas dan ditutup dengan daun besar atau kain guni dan dibiarkan membeku semalaman. Sabun ketulan besar itu akan dipotong dan dijemur dibawah teduhan hingga beberapa minggu bergantung kepada ramuan yang spesifik sebelum ianya dapat digunakan.

Kini untuk anda membuat sabun anda tidak perlu bersusah payah menghasilkan air abu yang boleh diganti dengan larutan NaOH. Anda hanya perlu menggunakan karbon tempurung kelapa atau dengan membakar tempurung kelapa yang diperolehi di pasar daripada penjual isi nyiur santan.

Penyediaan arang tempurung boleh dibuat dengan membakar tempurung tersebut hingga hangus keseluruhannya. Tumbuk dan ayak dengan penapis tepung, ulang menapis setelah menumbuk arang yang masih kasar. Simpan hasil tapisan di dalam bekas. Anda boleh juga gunakan penapis ruang lebih besar, untuk tekstur kasar sedikit bagi membuat Sabun Hitam Skrub.

FORMULA SABUN HITAM MENAWAN

Bahan-bahannya:

1. Minyak Kelapa                            

2. Minyak Kelapa Sawit                 

3. Shea Butter                                  

4. Arang / Karbon Tempurung

5. Pati Minyak Wangi                      

6. Air Suling                           

7. Natrium Hidroksid            

 

Cara-Cara Membuatnya:

1. Sukat air suling mengikut jumlah yang diperlukan, letak di dalam baldi atau jag besar.

2. Di dalam bekas yang lain sukat NaOH. Kemudian, tuangkan NaOH secara berhati-hati. AWAS.

3. Kacau hilang NaOH dengan sendut yang diperbuat dari kayu, plastic, getah, spatula kaca atau stainless steel yang ada pemegang, suhu akan meningkat kerana tindakbalas bahan kimia NaOH. Pastikan NaOH larut sepenuhnya. Sebaiknya buat di kawasan terbuka atau bilik yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Bau wap kimia sangat menyengat dan boleh menyebabkan anda lemas atau sesak nafas.

4. Bubuh larutan NaOH atau larutan lye itu di dalam bekas bertutup,tanda dengan marker tulisan besar dan terang "BAHAN KIMIA NaOH - LYE - BAHAYA" & simpan di tempat yang tidak mudah diambil oleh kanak-kanak atau tertumpah.

5. Biarkan larutan lye menyejuk pada suhu bilik atau pada  49OC. (Larutan lye yang telah sejuk biasanya ada jelaga air pada bahagian permukaan atas, tidak mengapa). Sebaiknya lye dibuat sehari atau dua hari lebih awal.

Penyediaan Minyak dan Lemak

1. Gunakan periuk stainless steel , sukat minyak atau lemak larut. (jangan gunakan periuk besi atau aluminium, bahan kimia akan mengkakis bekas).

2. Panaskan minyak pada suhu 49 -60oC.

3. Campurkan larutan lye yang telah sejuk ke dalam minyak dan kacau menggunakan sudip selama 2 minit.

4. Masukkan arang tempurung yang telah dihancurkan dan diayak terlebih dahulu ke dalam campuran tersebut . (Anda boleh juga mengambil sebahagian ke dalam teko dan mencampurkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan kembali dalam campuran penuh.)

5. Gunakan pengisar batang dan kisar untuk tempoh seminit.

6. Sesekali gunakan sudip untuk mengaul bahagian tepi bekas ke tengah agar campuran merata sepenuhnya.

7. Ulang mengisar sehingga campuran melikat dan bubur sabun terbentuk.

8. Tuang bubur sabun ke dalam acuan, tutup dengan kain tebal atau guni dan biarkan semalaman untuk ianya mengeras sepenuhnya.

9. Keesokkan harinya, keluarkan sabun dari acuan, potong mengikut saiz yang dikehendaki dan biarkan proses sejatpulih selama  4-6 minggu.

sejatpulih rahsiabuatsabun sejatpulih rahsiabuatsabun carabuatsabun sejatpulih

 

Ahad, 5 Disember 2021

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (SABUN CECAIR ASAS)

 

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (SABUN CECAIR ASAS)

Bahan – bahannya:

1. Sabun Cecair Asas                                            1 Liter

2. Pati Minyak Wangi                                             1% dari berat sabun

3. Pewarna Makanan                                           Beberapa titis. (Opsional)

4. Pengental (20% Larutan Garam)                    Beberapa ml. (Opsional)

Cara-Cara Membuatnya:

1. Siapkan sabun cecair asas dan masukkan ke dalam bekas pencampuran.

2. Siapkan pati minyak wangi kemudian campurkan ke dalam sabun cecair asas dan gaul terus sampai tercampur rata.

3. Tambahkan pewarna makanan jika ingin mengubah warna.

4. Siapkan larutan garam dengan memanaskan air hingga mendidih, kemudian larutkan garam ke dalam air mendidih dan gaul hingga larut semua. Tambahkan beberapa ml hingga mencapai kekentalan yang anda inginkan.

5. Masukkan ke dalam botol. Sabun cair siap untuk digunakan.

#buatsabuntanpabahankimia tanpa bahan kimia

Sabtu, 4 Disember 2021

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (MENGULANG KEMBALI)

 

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (MENGULANG KEMBALI)

Bahan – bahannya:

1. Sabun Ketul Asas (Tersedia)                 500 gram

2. Minyak Zaitun Extra Virgin                    36 gram

3. Susu Kambing                                        100 gram

4. Campuran Pati Minyak Wangi          1% dari berat sabun

Cara-Cara Membuatnya:

1. Sediakan sabun ketul yang telah dibuat, kemudian parut atau potong kecil – kecil.

2. Masukkan ke dalam periuk double boiler dan tutup.

3. Panaskan hingga 30 minit supaya mencair. Untuk mempercepat pencairan, anda boleh menambahkan sedikit cairan ke dalamnya.

4. Setelah 30 minit, lihat kelikatannya dan jika ada bahagian yang masih belum mencair sepenuhnya, panaskan kembali.

5. Setelah semua mencair, anda boleh menambahkan susu kambing, gaul susu kambing tersebut hingga melarut.

6. Kemudian tambahkan minyak zaitun. (Sebelum menambahkan pati minyak wangi, pastikan dahulu suhu sabun tidak melebihi tahap pengewapan yang anda gunakan.)

7. Masukkan ke dalam acuan. Dan biarkan hingga 1 hari supaya sabun mengeras, setelah itu keluarkan sabun dari acuan.

8. Anda sudah menggunakannya jika sudah mengeras atau selepas 1 minggu setelah sabun itu telah benar-benar keras.

 

Carabuatsabun carabuatsabun carabuatsabun carabuatsabun carabuatsabun

Jumaat, 3 Disember 2021

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (CAIRKAN & TUANG) MELT & POUR

 

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (CAIRKAN & TUANG)

MELT & POUR

Bahan – bahannya:

1. Melt & Pour Sabun asas                       500 gram

2. Mix Essential Oils (1% dari berat sabun asas): 500 gram x 1/100= 5 ml

3. Lemon Essential Oil                                           50%

4. Patchouli Essential Oil                          20%

5. Peppermint Essential Oil                     30%

6. Pewarna Makanan (Optional)          Beberapa titis

Cara-Cara Membuatnya:

1. Timbang sabun asas sesuai keperluan, kemudian potong dadu untuk memudahkan sabun asas mencair.

2. Masukkan ke dalam bekas untuk pemanasan dan panaskan hingga semua sabun asas mencair.

3. Setelah semua sabun asas mencair. Tambahkan beberapa titis warna sesuai keinginan dan gaul hingga rata.

4. Jangan langsung menambahkan pati minyak wangi, biarkan hingga menjadi bubur sabun kembali terlebih dahulu sebelum wangian itu dibubuh.

5. Setelah itu baru tambahkan pati minyak wangi dan gaul sekali dalam bentuk garis bersilang.

6. Masukkan ke dalam acuan. Biarkan hingga mengeras, untuk segera anda boleh memasukkannya ke dalam freezer selama 15 minit. Setelah itu sabun sudah siap untuk digunakan.

7. Jangan menyimpan sabun yang sudah siap dalam keadaan terbuka, wangian akan meresak ke udara. Bungkus dengan kertas minyak, pembalut plastik atau masukkan ke dalam bekas kedap udara.

#carabuatsabun

Khamis, 2 Disember 2021

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

Menggunakan 3 macam campuran minyak, dengan jumlah isipadu minyak sebanyak 1000 gram.

Bahan-Bahannya:

1.                  Minyak Kelapa                              300 gram (30%)

2.                  Minyak Kelapa Sawit                   300 gram (30%)

3.                  Minyak Zaitun                                400 gram (40%)

4.                  Air Suling                                          290 gram

5.                  NaOH                                              145 gram

Cara-Cara Membuatnya:

1. Siapkan semua alat dan bahan. Jangan lupa selalu gunakan alat keselamatan; seperti sarung tangan getah, cermin gugel keselamatan, mask, kasut getah.

2. Tuangkan air ke dalam bekas dan timbang sesuai ukuran, sebaiknya yang boleh memuatkan untuk isipadu 5 kilogram. (Baldi berzaiz tong plastic cat adalah sesuai untuk hasilkan produk sebanyak itu. Jangan guna bekas yang kecil kerana ianya akan menyukarkan kerja, bahan membuak atau tertumpah ketika membancuh, mengecok dan sebagainya.)

3. Ambil NaOH di dalam bekas yang berasingan dan timbang sesuai dengan ukuran formula. Secara hati-hati masukkan NaOH ke dalam air sedikit demi sedikit. Anda akan melihat tindakbalas, air dengan secara langsung akan mendidih dan mengeluarkan wap yang menusuk hidung (merupakan reaksi yang normal). Elakkan dari menghidu wap bahan kimia ini.

4. Kecok sampai semua NaOH larut. Diamkan beberapa saat sehingga  larutan mencapai suhu dibawah 40oC. *AWAS: Pastikan anda sentiasa memasukkan NaOH ke dalam air, jangan sebaliknya. Jika memasukkan sebaliknya akan menyebabkan letusan bahan kimia. Berbahaya! Larutan yang terhasil ini dikenali sebagai larutan lye.

5. Sementara menanti suhu larutan lye menurun sejuk. Timbang sesuai ukuran dan campur minyak ke dalam bekas yang sudah disediakan. *Jika minyak kelapa/kelapa sawit mengental maka cairkan terlebih dahulu. Jika tidak ada yang menggumpal maka tidak perlu dipanaskan. Kalau perlu dipanaskan cukup sekadar ianya mencair sahaja.

6. Ketika suhu larutan lye sudah mencapai sekitar 30-35oC, tuangkan lye itu ke dalam minyak secara perlahan sehingga selesai.

7. Gaul secara terus menerus menggunakan Pemukul Tangan sampai bubur sabun terbentuk, biasanya memakan waktu lama. Gunakan stick blender jika ingin lebih cepat menjadi bubur sabun.

8. Ketika adunan sabun sudah menjadi bubur sabun, berhenti mengecok. Siapkan acuan yang sudah dilapisi plastik atau kertas minyak.

9. Tuangkan ke dalam acuan, jangan lupa untuk mengumpulkan sisa-sisa yang ada di pinggir periuk dengan menggunakan spatula getah atau plastik atau sudip kayu.

10. Tutup menggunakan kain atau tuala yang tidak digunakan lagi pada bahagian atas acuan. Untuk menjaga agar suhu panas menyejuk perlahan-lahan dan melanjutkan proses saponifikasi. Letakan di tempat yang selamat dari jangkauan anak-anak dan biarkan selama 1-2 hari.

11. Kemudian keluarkan sabun dari acuan. Potong sesuai ukuran yang diinginkan. Simpan di tempat yang kering dengan aliran udara yang baik, biarkan sekitar 4 minggu.

12. Sabun memasuki masa sejatpulih. Saat sejatpulih, semak pH tiap satu minggu sekali. Sabun sudah boleh digunakan jika sudah neutral. Neutral bermakna proses saponifikasi sudah sempurna dan tidak ada lagi mengandungi alkali bebas.

#sejatpulih

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *