Jumaat, 3 Disember 2021

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (CAIRKAN & TUANG) MELT & POUR

 

MEMBUAT SABUN TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA (CAIRKAN & TUANG)

MELT & POUR

Bahan – bahannya:

1. Melt & Pour Sabun asas                       500 gram

2. Mix Essential Oils (1% dari berat sabun asas): 500 gram x 1/100= 5 ml

3. Lemon Essential Oil                                           50%

4. Patchouli Essential Oil                          20%

5. Peppermint Essential Oil                     30%

6. Pewarna Makanan (Optional)          Beberapa titis

Cara-Cara Membuatnya:

1. Timbang sabun asas sesuai keperluan, kemudian potong dadu untuk memudahkan sabun asas mencair.

2. Masukkan ke dalam bekas untuk pemanasan dan panaskan hingga semua sabun asas mencair.

3. Setelah semua sabun asas mencair. Tambahkan beberapa titis warna sesuai keinginan dan gaul hingga rata.

4. Jangan langsung menambahkan pati minyak wangi, biarkan hingga menjadi bubur sabun kembali terlebih dahulu sebelum wangian itu dibubuh.

5. Setelah itu baru tambahkan pati minyak wangi dan gaul sekali dalam bentuk garis bersilang.

6. Masukkan ke dalam acuan. Biarkan hingga mengeras, untuk segera anda boleh memasukkannya ke dalam freezer selama 15 minit. Setelah itu sabun sudah siap untuk digunakan.

7. Jangan menyimpan sabun yang sudah siap dalam keadaan terbuka, wangian akan meresak ke udara. Bungkus dengan kertas minyak, pembalut plastik atau masukkan ke dalam bekas kedap udara.

#carabuatsabun

Khamis, 2 Disember 2021

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

FORMULA ASAS MEMBUAT SABUN MANDI KETUL

Menggunakan 3 macam campuran minyak, dengan jumlah isipadu minyak sebanyak 1000 gram.

Bahan-Bahannya:

1.                  Minyak Kelapa                              300 gram (30%)

2.                  Minyak Kelapa Sawit                   300 gram (30%)

3.                  Minyak Zaitun                                400 gram (40%)

4.                  Air Suling                                          290 gram

5.                  NaOH                                              145 gram

Cara-Cara Membuatnya:

1. Siapkan semua alat dan bahan. Jangan lupa selalu gunakan alat keselamatan; seperti sarung tangan getah, cermin gugel keselamatan, mask, kasut getah.

2. Tuangkan air ke dalam bekas dan timbang sesuai ukuran, sebaiknya yang boleh memuatkan untuk isipadu 5 kilogram. (Baldi berzaiz tong plastic cat adalah sesuai untuk hasilkan produk sebanyak itu. Jangan guna bekas yang kecil kerana ianya akan menyukarkan kerja, bahan membuak atau tertumpah ketika membancuh, mengecok dan sebagainya.)

3. Ambil NaOH di dalam bekas yang berasingan dan timbang sesuai dengan ukuran formula. Secara hati-hati masukkan NaOH ke dalam air sedikit demi sedikit. Anda akan melihat tindakbalas, air dengan secara langsung akan mendidih dan mengeluarkan wap yang menusuk hidung (merupakan reaksi yang normal). Elakkan dari menghidu wap bahan kimia ini.

4. Kecok sampai semua NaOH larut. Diamkan beberapa saat sehingga  larutan mencapai suhu dibawah 40oC. *AWAS: Pastikan anda sentiasa memasukkan NaOH ke dalam air, jangan sebaliknya. Jika memasukkan sebaliknya akan menyebabkan letusan bahan kimia. Berbahaya! Larutan yang terhasil ini dikenali sebagai larutan lye.

5. Sementara menanti suhu larutan lye menurun sejuk. Timbang sesuai ukuran dan campur minyak ke dalam bekas yang sudah disediakan. *Jika minyak kelapa/kelapa sawit mengental maka cairkan terlebih dahulu. Jika tidak ada yang menggumpal maka tidak perlu dipanaskan. Kalau perlu dipanaskan cukup sekadar ianya mencair sahaja.

6. Ketika suhu larutan lye sudah mencapai sekitar 30-35oC, tuangkan lye itu ke dalam minyak secara perlahan sehingga selesai.

7. Gaul secara terus menerus menggunakan Pemukul Tangan sampai bubur sabun terbentuk, biasanya memakan waktu lama. Gunakan stick blender jika ingin lebih cepat menjadi bubur sabun.

8. Ketika adunan sabun sudah menjadi bubur sabun, berhenti mengecok. Siapkan acuan yang sudah dilapisi plastik atau kertas minyak.

9. Tuangkan ke dalam acuan, jangan lupa untuk mengumpulkan sisa-sisa yang ada di pinggir periuk dengan menggunakan spatula getah atau plastik atau sudip kayu.

10. Tutup menggunakan kain atau tuala yang tidak digunakan lagi pada bahagian atas acuan. Untuk menjaga agar suhu panas menyejuk perlahan-lahan dan melanjutkan proses saponifikasi. Letakan di tempat yang selamat dari jangkauan anak-anak dan biarkan selama 1-2 hari.

11. Kemudian keluarkan sabun dari acuan. Potong sesuai ukuran yang diinginkan. Simpan di tempat yang kering dengan aliran udara yang baik, biarkan sekitar 4 minggu.

12. Sabun memasuki masa sejatpulih. Saat sejatpulih, semak pH tiap satu minggu sekali. Sabun sudah boleh digunakan jika sudah neutral. Neutral bermakna proses saponifikasi sudah sempurna dan tidak ada lagi mengandungi alkali bebas.

#sejatpulih

Rabu, 1 Disember 2021

BAHAN UNTUK MEMBUAT SABUN MANDI

 

BAHAN UNTUK MEMBUAT SABUN MANDI

Bahan utama pembuatan untuk menghasilkan sabun mandi adalah minyak, alkali, dan air.

Ada pelbagai jenis minyak yang tersedia untuk pembuatan sabun. Dengan mengetahui sifat-sifat setiap minyak anda boleh menentukan kombinasi mana yang paling baik untuk pilihan kulit pengguna. Penggunaan minyak yang dinyatakan dalam blog ini hanya sebagai panduan.

Untuk lebih jelas, terdapat banyak artikel berhubung berbagai macam minyak serta bahan lain yang diperlukan dalam menghasilkan produk sabun yang berkualiti.

1. Minyak

Kelapa (Coconut Oil), memberikan buih yang melimpah pada sabun mandi dan juga menyumbang terhadap tahap kelembutan sabun ketul.

Kelapa Sawit (Palm Oil), merupakan minyak utama dalam pembuatan sabun, sebilangan besar pembuat sabun konvensional menggunakan minyak kelapa sawit. Minyak kelapa sawit memberikan kekerasan pada sabun mandi dan mempercepat proses saponifikasi.

Zaitun (Olive Oil), merupakan minyak yang penting dalam sabun kerana memberikan kelembutan pada kulit dan memberikan kesan kemewahan.

2. Alkali (NaOH)

Natrium Hidroksida (NaOH) digunakan untuk membuat sabun ketul. Gunakan NaOH yang tulin dengan bentuk kepingan atau pellet, bukan yang sudah dilarutkan.

3. Air

Air digunakan untuk melarutkan NaOH. Sebaiknya gunakan air yang benar-benar murni H2O cari Air Suling / Air, Demineralisasi (Demineralized Water) / Deionized Water tanpa ada tambahan mineral yang lainnya. Elak daripada anda menggunakan air telaga, perigi, tasik atau air yang dipam dari perut bumi.

 

#carabuatsabun

Selasa, 30 November 2021

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

 

CARA MEMBUAT SABUN MANDI SEDERHANA

1. Bekas atau Periuk



Bahan alkali yang digunakan adalah sangat mengkakis, oleh itu sentiasa gunakan periuk yang dibuat dari stainless steel. Periuk selain stainless steel; yang mengandungi aluminium, besi, timah boleh menyebabkan reaksi berbahaya jika bersentuhan dengan larutan alkali ini. Jangan dicuba! Reaksinya bahan kimia ini menghasilkan toksik. Anda boleh juga menggunakan gelas ukur pyrex atau sejenisnya dan bekas dari plastik yang agak tebal. Anda memerlukan dua bekas/ periuk, satu untuk tempat larutan alkali dan satunya lagi untuk tempat minyak sekaligus meraksikan sabun.



2. Pengisar Batang atau Alat Pemukul Telur

Jika penggaulan dilakukan dengan Alat Pemukul Telur maka boleh memakan waktu hingga satu jam. Untuk mempersingkat waktu penggaulan gunakan Pengisar Batang, hanya memakan waktu kurang lebih 5 – 10 minit. Sentiasa gunakan peralatan yang dibuat dari stainless steel!



3. Sudip, Spatula Getah atau Plastik

Untuk memastikan semua sabun masuk ke dalam acuan.

4. Penimbang Digital

Cara paling baik untuk mengukur bahan untuk membuat sabun adalah dengan mengukur beratnya (g, kg, ouns, pound, dll).

Mengukur dengan isipadu (ml, liter, cc, dll) sering tidak tepat. Ketidaktepatan dalam mengukur bahan dapat membuat komposisi sabun menjadi tidak baik, seperti terlalu banyak minyak, terlalu banyak alkali. (berlebihan).

Oleh itu, anda memerlukan sebuah alat penimbang yang baik. Menggunakan Penimbang Digital menjadikan kerja lebih mudah dan ukuran yang lebih tepat.

5. Acuan

Anda boleh membuat acuan asas dari kotak kertas seperti kotak kasut dan anda hanya perlu lapisi kotak itu dengan plastik. Terdapat juga acuan individual dengan pelbagai bentuk menarik, sesuai untuk homemade. Boleh menggunakan acuan kayu jika ingin membuat sabun dalam jumlah yang besar. Jangan menggunakan acuan dengan alas aluminium, seperti bekas bekas susu cair atau selinder kerepek. Untuk sabun berbentuk bulat penggunaan batang paip PVC merupakan pilihan dalam merekabentuk sabun buatan anda.

 

#carabuatsabun

Isnin, 29 November 2021

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

 

Memutihkan Badan Dengan Susu Beruang Dan Sabun Shinzui

Sediakan alat pemarut keju, satu ketul sabun Shinzui, satu tin susu steril bear brand kemasan putih, satu sudu makan madu lebah asli dan putih telur dari sebiji telur saja, juga balang plastic atau kaca boleh tutup yang bersih untuk menyimpan baki ramuan.

Parut sabun ketul shinzui di dalam besin agar teksturnya menjadi lebih halus dan mudah larut dengan alat parutan keju.

Setelah sabun itu selesai diparut, tambahkan susu beruang putih, madu dan putih telur.

Kecok semua bahan hingga tercampur rata dan warna adunan menjadi krim. Anda boleh menggunakan mixer atau blender agar hasil campuran bertekstur mulus tidak menggental.

Setelah semua bahan tercampur, pindahkan campuran ke dalam bekas.

Gunakan ramuan pada bahagian tubuh yang hendak diputihkan seperti leher, tangan, kaki, ketiak dan bahagian siku atau lipatan tubuh yang mengalami pigmentasi.

Hindari menggunakan ramuan ini di bahagian muka yang kulitnya lebih sensitive. Setelah melakukan cara memutihkan badan dengan Susu Beruang dan sabun Shinzui, cuba usahakan agar tidak langsung berada di bawah sinaran panas matahari.

Biarkan selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih atau mandi seperti biasa.

Ramuan ini dikatakan cukup selamat untuk digunakan setiap hari, namun jangan lupa menggunakan losyen setiapkali selesai perawatan untuk mencegah kulit daripada menjadi kering.

Gunakan bahan – bahan tersebut secukupnya, dan sisanya boleh anda masukkan ke dalam balang plastic atau kaca, tutup rapat untuk digunakan lain kali. anda boleh menyimpan ramuan ini di dalam peti ais selama tiga minggu.

AWAS: Harap dilabel, nantikan si abang ingatkan mayonislah pula.


#carabuatsabun

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *