Selasa, 14 Mei 2019

Sodium Karbonat


Sodium Karbonat tidak mempunyai bahan pedas yang banyak dan tidak bahaya. Dalam proses pembuatan sabun, Sodium Karbonat tidak digunakan bersendirian tetapi ia akan dikombinasikan dengan Kostik Soda atau Kostik Potash, bahan lemak atau resin. Sodium Karbonat akan menjadikan minyak berbuih dengan banyak dalam periuk. Oleh itu, pastikan periuk yang lebih besar digunakan untuk mengelakkan ianya tumpah.

Isnin, 13 Mei 2019

Kostik Potash


Kimia ini dinamakan Potassium dalam kajian sains. Ianya mempunyai bahan pedas lebih banyak dari Kostik Soda. Ia juga mempunyai kuasa menarik air lebih kuat dari Kostik Soda. Oleh itu kimia ini juga digunakan dengan perhatian teliti seperti Kostik Soda.

Ahad, 12 Mei 2019

Kepentingan Kostik Soda


 

Pemahaman tentang Kostik Soda amatlah penting dalam proses pembuatan sabun. Anda akan dapat menetukan dan bahan pedas Kostik Soda itu bahagian apakah Kostik Soda itu. Pengetahuan anda berhubung jenis Kostik Soda ini akan membantu anda dalam buatan sabun (ada tiga cara membuat sabun yang kami akan bincang dalam pelajaran berikut).

Sebagai contohnya:- Jika anda ketahui Kostik Soda itu mengandungi bahan pedas 76 hingga 77 peratus ini mempunyai bahan pedas yang banyak. Soda ini boleh digunakan untuk membuat sabun “cara sejuk”.

Sabtu, 11 Mei 2019

Natrium Hidroksid


Nama yang biasa disebut ialah Kostik Soda. Ini adalah satu  kimia garam yang pedas dan ia boleh memasakkan  lain-lain bahan. Elakkan terkena pada kulit dan anggota badan kerana ianya boleh menyebabkan bahagian yang terkena akan melecur. Oleh itu berhati-hati apabila menggunakannya.

NaOH mempunyai kuasa menarik air dan karbon dioksida dalam udara. Oleh itu ianya perlu disimpan dalam bekas yang bertutup rapat. Gunakan sudu plastik ketika mengeluarkannya, jangan sekali-kali menggunakan tangan. Bekas yang menyimpan bahan ini perlu ditutup segera apabila dibuka.

Jumaat, 10 Mei 2019

Bahan Kimia


Antara bahan yang diperlukan dalam pembuatan sabun ialah bahan kimia iaitu kimia pedas (kostik). Tanpa kostik sabun tidak dapat dibuat.


Untuk membuat sabun ada empat jenis kostik iaitu:-

Khamis, 9 Mei 2019

Bagaimana anda boleh membersihkan minyak?


Dalam proses membuat sabun secara besar-besaran, jentera yang menggunakan elektrik dan pengunaan bahan-bahan kimia. Proses pembuatan sabun berskala besar ini melibatkan perbelanjaan yang besar.


Tetapi dalam hal ini, anda akan mula belajar membuat sabun cara-cara perbelanjaan banyak bukanlah sesuai. Ikutilah proses-proses membersihkan sebarang minyak.

Rabu, 8 Mei 2019

Cara Membersihkan Minyak


Sebelum ini, anda telah diperjelaskan berhubung sepuluh jenis minyak-minyak dan tindakbalasnya dalam proses membuat sabun. Anda boleh memakai mana-mana minyak tersebut bagi membuat sabun. Tetapi sebelum itu, minyak-minyak yang akan digunakan itu hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.


Sabun yang dibuat dengan menggunakan minyak yang tidak tulen akan menghilangkan bau asalnya. Semua minyak hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digunakan. Oleh yang demikian kita mestilah mempelajari cara-cara membersihkan minyak.

Selasa, 7 Mei 2019

Minyak Untuk Dicampur Dalam Pembuatan Sabun


Minyak Linseed (Linseed oil)

Minyak Linseed ini berwarna kuning dan tebal kandungannya. Minyak ini diperolehi dari biji Lin iaitu buah pokok Flex.

Minyak ini juga digunakan oleh pencetak-pencetak dakwat pencetakan. Minyak ini boleh dicampur dengan minyak-minyak lain samarata dan sabun yang diperbuat daripadanya adalah lembut dan berbuih. Oleh kerana minyak ini agak mahal sedikit, orang-orang Eropah menggunakan minyak ini untuk membuat sabun yang bermutu tinggi dan mahal harganya.

Minyak Zaitun


Minyak zaitun diperolehi dari biji zaitun. Pokok zaitun banyak di tanam di Negeri India Selatan. Minyak ini berwarna kuning dan juga boleh diperolehi dalam warna hijau.

Isnin, 6 Mei 2019

Antara Minyak Untuk Pembuatan Sabun


Minyak Kelapa


Ini adalah minyak yang mudah dikenali oleh kita. Putih atau kuning warnanya dan apabila tercampur dengan warna lain-lain bahan kimia penukaran berlaku cepat. Kandungan glycerin dalam minyak ini adalah 12 peratus. Oleh sebab itu sabun yang dibuat menggunakan minyak ini putih dan berbuih banyak.

Minyak kelapa menjadi beku di musim sejuk atau di tempat-tempat tinggi seperti di Cameron Highlands.

 

Minyak Lenga


Minyak ini dalam bahasa Inggeris ialah Sesame Oil. Ini juga satu minyak yang sering digunakan oleh suri rumah dalam masakan.

Ahad, 5 Mei 2019

Minyak Tumbuhan Dan Kegunaannya Dalam Buatan Sabun


 

Terdapat lebih daripada 150 jenis minyak di dalam dunia ini. Antaranya terkandung minyak makan, minyak bahanapi, minyak ubat, minyak wangi dan sebagainya. Bukan mudah semua orang dapat menggunakan semua minyak. Ada juga antara kita yang tidak tahu semua nama minyak. Lagipun bukan semua orang membuat kerja berasaskan minyak. Tetapi untuk menceburi bidang ini, kita perlu mengetahui bahan-bahan yang akan kita gunakan.

Sabtu, 4 Mei 2019

Lain-lain Minyak




Dalam minyak fosil yang diperolehi daripada aktiviti penggalian dari bumi seperti minyak api, minyak diesel dan minyak petrol tidak mempunyai gliserin garam atau bahan lemak. Oleh sebab itu minyak-minyak tersebut tidak boleh digunakan untuk membuat sabun. 

Jumaat, 3 Mei 2019

Minyak Yang Sesuai Untuk Sabun


Antara tiga bahagian minyak tersebut minyak dari tumbuh-tumbuhan adalah sungguh sesuai untuk membuat sabun. Dalam minyak tumbuhan terdapat gliserin, alkali dan kimia-kimia lemak. Gliserin dan bahan-bahan lemak membuat untuk menukarkan bahan-bahan sabun dan menjadikan sabun. Oleh itulah diketahui bahawa minyak tumbuh-tumbuhan sungguh sesuai untuk membuat sabun.

Lemak yang didapati dari binatang-binatang juga boleh menjadikan minyak. Dalam minyak ini terkandung gliserin dan bahan lemak yang sesuai untuk sabun. Tetapi minyak ini patut dicampurkan dengan minyak tumbuhan untuk membuat sabun.

Khamis, 2 Mei 2019

Pemilihan Minyak Untuk Membuat Sabun


Minyak Tumbuh-Tumbuhan


Keluaran minyak dari pokok-pokok tumbuhan, biji-bijian dan buah-buahan. Misalnya, minyak bijan, kelapa, minyak kacang, minyak lenga, minyak kelapa sawit, minyak cendana dan lain-lain lagi.

 

Minyak Haiwan


Keluaran minyak atau lemak dari haiwan seperti lembu, ayam, khinzir, ikan dan sebagainya.

Rabu, 1 Mei 2019

Minyak



Minyak adalah di antara bahan yang penting untuk kehidupan manusia ialah minyak.  Minyak boleh diperolehi daripada tumbuhan, lemak binatang-binatang dan juga dari sebahagian ikan. Manakala minyak fosil untuk bahanapi pula adalah sebatian hidrokarbon yang diperolehi dari perut bumi.

Minyak terbahagi kepada lima bahagian:-

(a)  Minyak makan, (edible oil)
(b)  Minyak haiwan, (animal fats)
(c)  Minyak fosil, (fuel oil)
(d)  Minyak wangi, (aromatic oil)
(e)  Minyak ubat, (medicated oil)

Selasa, 30 April 2019

Bahan Yang Perlu Dalam Pembuatan Sabun

Bahan-Bahan Yang Perlu

Dalam industri pembuatan sabun, terdapat tiga bahan penting yang berikut diperlukan iaitu:-

1. Minyak 
2. Lye 
3. Air bersih

Tanpa ketiga-tiga bahan itu, sabun tidak dapat dibuat. Manakala, untuk membuat industri sabun secara kecil-kecilan dengan pelaburan sedikit modal, tiga bahan tambahan berikut diperlukan iaitu:-

1. Agen pengisi 
2. Pewarna
3. Minyak wangi

Bahan-bahan tersebut digunakan dalam pembuatan sabun. Minyak wangi terpilih digunakan dalam pembuatan sabun wangi mandi wangian murah dalam sabun mencuci kain. Pengisi sabun hanya banyak digunakan dalam sabun berkualiti rendah. Pembuat sabun putih tidak menggunakan warna.

Isnin, 29 April 2019

Kisah Sabun Pears

Pada abab ke 17, seorang pemuda yang bernama Andrew Pears tinggal di negeri England. Pears tidak mempunyai wang atau harta benda tetapi ia seorang yang rajin dan cerdik serta sentiasa suka belajar dan mengkaji.

Untuk mencari nafkahnya, beliau telah mempelajari cara untuk menggunting rambut dan merantau ke seluruh desa bagi mendapatkan rezeki. Di waktu lapang beliau mengkaji kimia-kimia dan beliau mencipta sesuatu warna baru dan air wangi.

Ahad, 28 April 2019

Kegunaan Sabun

Apabila disebut sabun anda mesti menggambarkan sabun buku untuk mandi. Ada dua lagi bentuk sabun – iaitu serbuk dan cair yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara tiga rupa sabun iaitu buku, serbuk, dan cair tiap-tiap bahagian boleh diasingkan untuk kegunaannya masing-masing.

Sabtu, 27 April 2019

SABUN

Sabun 

Sabun adalah bahan yang sangat penting pada setiap hari dalam kehidupan manusia. Dalam zaman yang serba canggih ini boleh dikatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali sabun. Begitulah penting kegunaan sabun di seluruh dunia.

Sebagai mana pentingnya makanan untuk kehidupan manusia, begitulah pentingnya sabun untuk membersihkan tubuh badan kita serta kain baju dan sekeliling kita.

Jumaat, 26 April 2019

Sejarah Pembuatan Sabun Moden

Castile Soap kemudian dihasilkan di Eropah pada kurun ke 16. Sabun castile ini masih popular dan dibuat eksklusifnya dari minyak tumbuhan berbanding dengan penggunaan lemak haiwan. Sabun Bronner sebagai contoh dibuat berdasarkan minyak hemp dengan campuran minyak jojoba.

Khamis, 25 April 2019

Sejarah Sabun Islam

Sabun yang asli dibuat daripada lemak sayuran seperti minyak zaitun, minyak aromatik seperti thyme dan dicampur dengan Lye iaitu dikenali sebagai al soda al-kawia yang mula-mula dihasilkan oleh ahli kimia Islam dalam dunia perubatan Islam. Sejak itu, formula untuk membuat sabun yang digunakan tidak berubah.

Sejak kurun ke 7 lagi, sabun telah dihasilkan di tebing barat iaitu Nablus, dan di Iraq iaitu di Kufa’ dan Basra. Sabun yang kita kenali sekarang adalah sebenarnya saboon (dalam bahasa Arab) dari warisan sejarah Sabun Arab. Sabun Arab telah diwangikan dan diwarnakan. Sesetengah adalah dibuat dalam bentuk cecair dan bentuk pepejal. Malah dirumus sebagai sabun yang khas untuk digunakan ketika bercukur. 

Rabu, 24 April 2019

Sejarah Sabun Rome

Dalam catatan sejarah Rome pula, ketika pemerintahan Pompeii pada 79 AD, bahan seumpama sabun ini telah dibuat secara pengilangan. Bagaimanapun, penyataan ini agak keliru terhadap bermulanya penggunaan bahan sabun mineral. Dalam pada itu, terdapat bukti soapstone telah digunakan di Fullonica untuk pembersihan dan membersihkan tekstil. 

Selasa, 23 April 2019

Sejarah Sabun

Manusia telah mengenali kebersihan sedari awal lagi. Air digunakan sebagai bahan utama untuk mencuci, misalnya membersihkan anggota badan yang terkena kekotoran seperti lumpur, darah dan sebagainya. Bukti awal purba yang ditemui melalui ekskavasi yang dijalankan telah menunjukkan bahawa bahan seumpama sabun telah dibuat sekitar 2800 SM di Babylon. Formula seumpama sabun menunjukkan bahan tersebut mengandungi air, alkali dan minyak cassia yang tercatat pada kepingan tanah liat sekitar 2200 SM. 

Jumaat, 5 April 2019

Pendapatan lumayan kraftangan bunga sabun.



Sabun adalah pelengkap dalam kehidupan; penjagaan kebersihan untuk kesihatan manusia. Kini disebabkan peribadi sabun itu sendiri wangi dan membersih ia dijadikan kraftangan bunga sabun untuk diabadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Aktiviti ini selain dilihat sebagai nilai tambah ianya juga mampu memberikan tambahan pendapatan yang agak lumayan dengan jayanya kepada surirumah yang aktif mengusahakannya.

Setiapkali tiba musim cuti persekolahan, kenduri perkahwinan dibuat merata tempat dan permintaan untuk memenuhi keperluan cenderahati akan meningkat sehingga puluhribuan unit. Bayangkan tambahan pendapatan yang bakal dijana dengan sedikit pelaburan modal. Hanya sedikit sahaja pelaburan, usaha anda bakal meraih keuntungan.

Selasa, 12 Mac 2019

Bahan-Bahan Pengisi Dalam Sabun

Bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk mengisi dalam sabun adalah seperti resin, serbuk batu sabun (soap stone powder), Starch, Bahan Wangi dan warna yang digunakan.

Bahan yang utama dalam pembuatan sabun ialah Minyak atau lemak, Lye (Kostik Soda), dan air suling. Penggunaan pengisi dalam pembuatan sabun adalah untuk memastikan sabun tidak dibazirkan semasa kerja-kerja penyucian dilakukan, manakala minyak wangi pula akan menarik perhatian pengguna.

Pembuat sabun murah menggunakan Soap Stone Powder atau Tepong Ubi (Starch) dicampurkan dalam proses pembuatan. Terdapat juga resin dicampurkan dengan lemak, bahan pedas dan air untuk membuat sabun murah.

Penggunaan pengisi akan menjadikan sabun akan bertambah berat tetapi dalam masa yang sama mutunya menurun. Oleh itu, sabun lebih mudah dijual pada harga yang mampu dibeli pada harga yang sederhana.

Harga sabun dapat dikurangkan memandangkan harga pengisi seperti resin, soap stone powder, starch adalah lebih murah daripada bahan-bahan penting seperti minyak dan kimia. Oleh itu, pembuat sabun akan memasukkan bahan pengisi untuk sabun yang dijual pada harga yang murah.

Ahad, 3 Mac 2019

MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN KEMAHIRAN



Pelajari bagaimana anda boleh memulakan usaha untuk membuat sabun dan menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Meskipun ramai orang mempunyai idea yang sama mencari sumber pendapatan tetapi kreativiti anda untuk mendapat keuntungan lumayan melalui sabun akan terserlah apabila anda telah mula membuatnya.

Isnin, 2 April 2018

Membuat Sabun - Hobi Yang Bermanfaat



Musim kahwin bermula sebaik cuti persekolahan bermula. Lazimnya begitulah pemilihan tarikh dibuat. Sepertinya anda terfikir bagi mengadakan kelainan untuk memberikan cenderahati untuk tetamu yang hadir. Unik dan berbeda tetapi praktikal. Apa kata saya cadangkan anda menghasilkan sabun sendiri? Mungkin ramai menganggap ini kerja seni yang rumit, memerlukan modal besar dan peralatan khas. Tanggapan tersebut adalah silap sama sekali.

Sekarang anda boleh membuat sabun untuk kegunaan seisi keluarga dengan mudah sebenarnya. Kaedah membuat sabun sememangnya mudah dan praktikal, atas pilihan anda. 

Membuat sabun seperti dibuat oleh kebanyakkan orang baru untuk bermula adalah mudah dan menyeronokkan. Bahan-bahan yang diperlukan juga boleh didapati dengan harga yang anda mampu. Setelah mempelajari kaedah dan teknik yang ditunjukkan, anda mampu menghasilkan sabun dengan bentuk, warna dan wangian pilihan anda sendiri. 

Selain untuk diguna sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hobi yang boleh menjana pendapatan. Jadi, jangan berlengah lagi untuk memulakan sesuatu yang menarik, bermanfaat dan menyeronokkan ini.





Sabtu, 24 Februari 2018

Anda Ingin Belajar Membuat Sabun?

Cara Buat Sabun. Baca info dalam blog ini.

Anda boleh memulakan minat sabun ini sebagai hobi, atau ingin menjalankan perniagaan dari rumah, kedai, kilang kecil dan seterusnya menjadi pengilang dengan penghasilan produk yang berkualiti serta berdaya saing yang mampu menampung permintaan yang tinggi dari pengguna domestik hinggalah ke peringkat antarabangsa. Pelajarilah cara membuat sabun sekarang juga.

Isnin, 12 Februari 2018

Membina Kejayaan Produk Jenama Anda



Apa yang ada pada jenama? Kenapa jenama sangat penting dalam perniagaan sehingga sesetengah syarikat di negara maju sanggup melabur sampai jutaan ringgit untuk memperkembangkan jenama produk mereka?

Penjenamaan (branding) di dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya.

Jenama adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal.

Tidak kiralah sebesar mana pun atau sekecil mana pun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai. Jenama bukan setakat menaikkan nilai sesuatu barangan, malah jenama juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku di pasaran.

Rabu, 7 Februari 2018

Kejayaan Jenama Produk Anda



Ambillah peluang yang datang ini.

Contohnya begini: Anda sekarang berada di negara anda, anda berkunjung ke pasaraya dan anda sekarang melihat banyak produk sabun berada di pasaran. Banyak produk sabun jenama luar negara yang memenuhi rak sedia untuk dibeli oleh anda.

Untuk anda yang positif, anda nampak ini adalah satu peluang yang tak boleh diabaikan. Anda boleh dan mempunyai peluang besar untuk menjual produk sabun anda dan akan tentunya menjadi seorang yang membanggakan negara bila mana produk anda pula yang akan berada di rak-rak pasaraya di luar negara pula.

Luangkan masa anda hari ini untuk melihat rak-rak pasaraya di tempat anda. Bukan hanya di pasaraya-pasaraya malah kedai runcit 7E di kawasan perumahan anda juga penuh dengan produk luar negara. Apalagi BERTINDAKLAH pada HARI INI JUGA.

Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan akan nampaklah peluang yang ada, kerana peluang ini mahu menjadi milik anda sebenarnya.

 

Untuk Pertanyaan Lanjut

Nama

E-mel *

Mesej *